19/06/2026
Tarikh : 11/06/2026
Lokasi : Beit Lahiya, Utara Gaza
Alhamdulillah, buat sekali lagi, set alat tulis dan buku telah berjaya diagihkan kepada lebih 500 orang pelajar di Sekolah Tal Al-Zaatar, Beit Lahiya, Utara Gaza bagi membantu mereka meneruskan pembelajaran dalam keadaan yang serba mencabar.
Turut diagihkan ialah sebuah radio yang akan digunakan sebagai pembesar suara untuk perhimpunan sekolah serta pelbagai aktiviti dan urusan harian yang lain.
Sekolah ini terletak berhampiran kawasan sempadan garis kuning, sebuah zon berisiko tinggi yang sering berdepan ancaman keselamatan. Namun begitu, para pelajar, guru dan penduduk setempat terus teguh mempertahankan tanah air mereka serta tidak pernah berputus asa dalam menuntut ilmu.
Tal Al-Zaatar merupakan satu-satunya sekolah yang masih beroperasi di Utara Gaza, menjadi simbol ketabahan, harapan dan kekuatan rakyat Gaza.