Pasukan Sukarelawan Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor

Pasukan Sukarelawan Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor volunteerism community service for cancer patients

31/12/2023

Tahun 2024 bakal membawa kisah yang baru dan bermakna buat kita semua. Sambutlah tahun baru ini dengan semangat dan azam yang lebih teguh. Gapai segala impian yang belum dicapai. Hiasi hari-hari anda dengan kegembiraan, kebahagiaan dan kekuatan bagi menghadapi cabaran yang mendatang.

Selamat Tahun Baru 2024.

24/12/2023

Selamat menyambut ulang tahun keputeraan YAM Tunku Idris Iskandar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Temenggong Johor merangkap Ahli Lembaga Pengarah TLJCF.
Semoga Tunku sentiasa dalam rahmat dan lindungan Allah SWT.

24/12/2023

Selamat menyambut Hari Krismas kepada semua penganut agama Kristian. Semoga perayaan tahun ini dipenuhi kegembiraan dan kebahagiaan.

23/12/2023
22/12/2023
12/12/2023
04/12/2023

5 Disember 2023, genaplah 8 tahun kemangkatan Almarhum Tunku Abdul Jalil Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Laksamana Johor. Semoga roh Almarhum ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh.
Al-fatihah.


03/12/2023

Kanser perut merupakan sejenis kanser yang mengambil masa yang lama untuk terjadi dan kadang kala mengambil masa selama beberapa tahun.

Sebelum terjadinya kanser ini pesakit mungkin mengalami beberapa gejala-gejala tertentu, akan tetapi pada kebiasaannya pesakit tidak mempunyai sebarang gejala pada peringkat awal.

Disebabkan kesukaran untuk mendiagnosa pesakit ini pada peringkat awal, kebanyakan pesakit kanser perut kerap kali disahkan menghidap penyakit ini lewat dan di peringkat yang lanjut di mana kanser perut ini telah merebak ke bahagian badan yang lain. Berikut merupakan antara gejala-gejala kanser perut.






27/11/2023

Tunku Laksamana Johor Cancer Foundation telah dijemput menghadiri sebuah majlis Sambutan Ulang Tahun ke-4 Columbia Asia Hospital Tebrau yang berlangsung hari ini, 27 November 2023. Majlis yang diadakan di Columbia Asia Hospital Tebrau itu turut disempurnakan dengan sesi penyampaian cek replika sempena Lumina Fun Run 2023 yang telah dianjurkan 24 November lalu di Dataran Bandaraya Johor Bahru. Cek replika bernilai RM 10,000 itu diserahkan oleh Puan Rahani Yaacob, Pengurus Besar Wilayah Columbia Asia Tebrau kepada Encik Mohd Ikmal Izam Zaini, Ketua Pegawai Eksekutif TLJCF.
Terima kasih diucapkan kepada Columbia Asia Hospital Tebrau atas sumbangan yang diberikan. Semoga usaha memupuk gaya hidup sihat dengan aktiviti larian disamping menyumbang kepada pejuang-pejuang kanser dapat diteruskan pada masa akan datang.


Address

Johor Bahru

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pasukan Sukarelawan Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pasukan Sukarelawan Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor:

Share