19/08/2026
Memperkasa Koperasi Belia, Membina Ekonomi Masa Hadapan
Alhamdulillah, sekali lagi diberi peluang untuk menyertai Persidangan Perundingan Belia Negara Peringkat Daerah Johor Bahru 2026.
Pada tahun 2024, saya telah diberi peluang membawa usul berkaitan ekonomi dan kewangan. Pada tahun 2026 p**a, saya membawa satu usul yang lebih khusus, iaitu
βMemperkasa Koperasi Belia melalui Geran Padanan dan Sokongan Ekosistem Keusahawanan Negeri Johor.β
Idea ini tercetus daripada satu cabaran yang kita hadapi apabila had umur belia ditetapkan pada 15 hingga 30 tahun. Persoalannya, bagaimana kita memastikan anak muda yang telah melepasi had umur tersebut masih mempunyai ruang untuk terus menyumbang, memimpin dan bergiat aktif dalam organisasi serta pembangunan ekonomi?
Saya melihat koperasi belia sebagai salah satu platform yang mampu menjawab cabaran ini.
Melalui koperasi, belia bukan sahaja berpeluang membina dan mengembangkan ekonomi, tetapi juga dapat membina kemahiran keusahawanan, mengurus organisasi, mengembangkan jaringan serta terus memainkan peranan dalam pembangunan masyarakat.
Sebab itu, usul ini bukan sekadar mengenai geran atau bantuan kewangan, tetapi tentang membina ekosistem yang mampan untuk melahirkan lebih ramai usahawan dan pemimpin muda Johor.
Kita mahu belia bukan sekadar menjadi penerima manfaat, tetapi menjadi pemilik, penggerak dan pencipta peluang ekonomi.
Semoga usul ini dapat menjadi sebahagian daripada usaha memperkukuh peranan koperasi sebagai platform pembangunan ekonomi belia dan memastikan semangat kepimpinan anak muda terus berkembang, walaupun selepas mereka melepasi had umur belia.
Belia diperkasa, koperasi diperkuat, ekonomi Johor dibangunkan bersama.