Seni Warisan Selatan Johor Pages

Seni Warisan Selatan Johor Pages Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Seni Warisan Selatan Johor Pages, Non-Governmental Organization (NGO), Lot 19, Jalan Mulia , Kg Baru Sri Aman, Johor Bahru.

20/07/2025

KEMUNCAK EMPAYAR KESULTANAN JOHOR-RIAU-LINGGA-PAHANG

Empayar Kesultanan Johor-Riau-Lingga-Pahang mencapai zaman kemuncaknya semasa pemerintahan Sultan Abdul Jalil Syah III (1623-1677).

Johor-Riau-Lingga-Pahang berjaya menguasai Selat Melaka, menjadikannya pusat perdagangan utama dunia dan memperoleh keuntungan besar dari aktiviti perdagangan.

Menjadi makmur dan maju di bawah pemerintahan Sultan Abdul Jalil Syah III, kekayaan empayar didorong oleh aktiviti perdagangan dan penguasaan sumber kekayaan.

Pelabuhan dan pengkalan di Bintan, Lingga, Tambelan, Singapura dan pesisir Sungai Johor mengulangi kegemilangan semasa era Kesultanan Melaka

Kekuatan politik dan ketenteraan Johor-Riau-Lingga-Pahang meningkat apabila berjaya mempertahankan kedaulatannya dan mengalahkan kuasa besar seperti Portugis pada 1641.

Teknologi persenjataan juga berkembang dan tidak ketinggalan keris variasi JRLP juga mula tersebar di seluruh pelusuk jajahan takluk Kesultanan Johor-Riau-Lingga-Pahang waktu ini.

Keberkesanan pemerintahan Istana Johor didukung oleh Majlis Orang Kaya Kesultanan yang dianggotai tokoh hebat seperti:

-Dato' Bendahara Paduka Raja Tun Habib Abdul Majid
-Dato' Laksamana Paduka Raja Tun Abdul Jamil
-Temenggong
-Seri Bija Diraja
-Seri Nara Diraja
-Seri Nara Menteri
-Seri Bija Wangsa
-Seri Pikrama Raja
-Seri Mahawangsa
-Tuan Pikrama
-Paduka Seri Maharaja
-Maharaja Indera Maha Denda

Kesultanan ini turut mencatat perkembangan pesat dalam bidang budaya, intelektual, dan persuratan, terutamanya dalam bahasa Melayu.

Pada zaman inilah, Sejarah Melayu atau Sulalatus Salatin, Hikayat Hang Tuah dan pelbagai lagi kesusasteraan besar Melayu dihasilkan.

Dialek bahasa Melayu-Riau turut mula menjadi lingua franca dan meninggalkan legasi besar sebagai bahasa Melayu standard yang digunakan oleh rakyat Malaysia sekarang.

Kredit peta oleh Majlis Dato Lembaga Adat Sungei Ujong

Sultan Ibrahim Sultan Iskandar The Royal Johor HRH Crown Prince of Johor JOHOR Southern Tigers Amir Fadhli Bin Razali Murtaza Maarof Seni Warisan Selatan Johor Pages

Address

Lot 19, Jalan Mulia , Kg Baru Sri Aman
Johor Bahru
81300

Telephone

+60197694620

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Seni Warisan Selatan Johor Pages posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share