Tunku Laksamana Johor Cancer Foundation

Call Directions Website Contact the organization

Tunku Laksamana Johor Cancer Foundation An official page of Tunku Laksamana Johor Cancer Foundation

Temui kami Ahad ini untuk aktiviti kesedaran kanser, kuiz, panduan pemeriksaan sendiri payudara serta Kaunter Khidmat & ...
18/09/2026

Temui kami Ahad ini untuk aktiviti kesedaran kanser, kuiz, panduan pemeriksaan sendiri payudara serta Kaunter Khidmat & Sokongan untuk pertanyaan berkaitan bantuan dan sokongan emosi.

Jumpa anda di sana!

Jom kita semua meluangkan masa bersama keluarga sempena Hari Keluarga Johor pada 20 September ini. Memandangkan keadaan cuaca dan kualiti udara yang masih perlu diberi perhatian, persediaan awal penting supaya semua yang hadir kekal selesa dan selamat sepanjang program ini berlangsung.

😷 Pakai pelitup muka terutama ketika berada di kawasan terbuka
☂️ Bawa payung sebagai persediaan menghadapi cuaca
💧 Pastikan air masak dibawa bersama dan diminum secukupnya
👶 Sebaiknya elakkan daripada membawa bayi dan golongan yang berisiko sekiranya tidak perlu
🏠 Kurangkan aktiviti di luar jika keadaan kualiti udara kurang baik

Kesihatan dan keselamatan sentiasa menjadi keutamaan. Sama-sama kita jaga diri dan keluarga agar Hari Keluarga Johor dapat diraikan dengan selamat, selesa dan penuh bermakna.







Selamat Hari Malaysia 🇲🇾Semoga semangat perpaduan terus menyatukan kita untuk bersama membina Malaysia yang lebih prihat...
15/09/2026

Selamat Hari Malaysia 🇲🇾
Semoga semangat perpaduan terus menyatukan kita untuk bersama membina Malaysia yang lebih prihatin, saling menyokong dan sentiasa mengambil berat terhadap mereka yang memerlukan.

Tunku Laksamana Johor Cancer Foundation telah meneruskan program Home Visit di daerah Kluang pada 10 September 2026 bagi...
11/09/2026

Tunku Laksamana Johor Cancer Foundation telah meneruskan program Home Visit di daerah Kluang pada 10 September 2026 bagi menyantuni pejuang-pejuang kanser yang kurang berkemampuan. Program yang diketuai oleh Encik Mohd Ikmal Izam Zaini, Ketua Pegawai Eksekutif TLJCF ini turut disertai Encik Mohd Amirul Ashraf bin Mohd Esak, Penolong Pegawai Daerah Kluang, serta wakil-wakil daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat, Majlis Agama Islam Negeri Johor, Jabatan Kerja Sosial Perubatan Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom, Kluang dan rakan strategik program Home Visit TLJCF.

Lawatan dimulakan di rumah Hamzah P Paria Kutty, 67, pejuang kanser otak. Keadaannya baik, boleh menguruskan diri namun penglihatannya separa buta. Kemudian, lawatan diadakan di rumah Muhammad Rayyan Rayqal Muhammad Izwan, 13, pejuang kanser tulang. Beliau mula terlantar sejak dua bulan lalu dan bergantung dengan ubat morfin bagi mengurangkan rasa sakit. Lawatan diteruskan ke rumah Siti Aidah Samsudin, 59, pejuang kanser payudara. Penyakit kanser dihidapinya sejak 2008 berulang pada tahun 2025 dan beliau sudah menjalani rawatan kemoterapi. Seterusnya, rombongan Home Visit ke rumah Mohamed Ali Mat Daud, 52, pejuang kanser usus. Beliau telah menjalani pembedahan, menggunakan beg stoma dan masih dalam rawatan kemoterapi. Lawatan diakhiri di rumah Siti Hasmah Ahmad, 43, pejuang kanser payudara. Beliau masih dalam rawatan kemoterapi dan masih mampu menguruskan diri sendiri.

Rombongan Home Visit juga berkesempatan melawat Muhammad Aisy Wafiy Mohd Saifuddin, 12, pejuang kanser tulang bagi memberikan sokongan moral.

Terima kasih diucapkan kepada semua agensi yang terlibat menjayakan program Home Visit daerah Kluang. Penghargaan juga buat rakan strategik program Home Visit iaitu Yayasan Sultan Ibrahim Johor, Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor, Waqaf An-nur, Foodbank Jishan dan Season Bakery & Confectionary atas sumbangan wang tunai, makanan kering dan barangan keperluan pesakit. Diharap lawatan ini memberikan keceriaan dan semangat baru buat pejuang kanser dan keluarga.


Program Home Visit diteruskan lagi di daerah Pontian pada 8 September 2026. Program ini disertai oleh Encik Mohd Ikmal I...
10/09/2026

Program Home Visit diteruskan lagi di daerah Pontian pada 8 September 2026. Program ini disertai oleh Encik Mohd Ikmal Izam Zaini, Ketua Pegawai Eksekutif TLJCF dan turut disertai Tuan Haji Mohd Farid bin Hassan, Pegawai Daerah Pontian, wakil-wakil daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat, Majlis Agama Islam Negeri Johor serta rakan strategik program Home Visit iaitu Yayasan Sultan Ibrahim Johor dan Food Bank JiShan.

Program dimulakan dirumah Faizal After, 41, pejuang kanser lelangit. Keadaannya agak lemah dan ada kalanya memerlukan bantuan mesin oksigen. Selepas itu, rombongan Home Visit ke rumah Rahidah Sudin, 42, pejuang kanser payudara. Beliau disahkan kanser Januari lalu, telah menjalani rawatan kemoterapi dan telah selesai menjalani pembedahan payudara Ogos lalu. Lawatan diteruskan lagi ke rumah Azaly Buang, 39, pejuang kanser limfoma. Beliau masih dalam rawatan kemoterapi, dan masih boleh menguruskan diri sendiri. Kemudian, lawatan diteruskan lagi ke rumah Hairulnizam Hussin, 44, kanser pangkal hidung. Keadaan kesihatannya agak merosot dan terpaksa berhenti rawatan buat seketika. Lawatan diakhiri di rumah Mohamad On Roslan, 45, pejuang kanser saluran gastrousus. Semasa lawatan diadakan beliau telah dimasukkan ke wad bagi menjalani rawatan kemoterapi.

Selepas selesai program Home Visit daerah Pontian, TLJCF dan rakan strategik turut mengadakan lawatan Ad-Hoc ke rumah Rohana Abdullah, 53, pejuang kanser payudara yang menetap di Senai, Johor. Hadir sama dalam lawatan ini ialah wakil daripada Jabatan Kebajikan Mesyarakat daerah Kulai dan Majlis Agama Islam Negeri Johor daerah Kulai. Beliau tinggal seorang diri di rumah pusaka milik arwah ibu bapa dan memerlukan sokongan emosi serta mempunyai masalah pengangkutan untuk memohon bantuan daripada agensi berkaitan.

Setinggi-tinggi penghargaan buat rakan strategik program Home Visit iaitu Yayasan Sultan Ibrahim Johor, Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor, Waqaf An-nur, FoodBank JiShan dan Season Bakery & Confectionery atas sumbangan wang tunai, makanan kering, dan makanan sedia dimakan buat pejuang kanser yang dilawati. Terima kasih juga diucapkan buat sukarelawan Cancer Support Group yang turut hadir memberikan sokongan kepada pejuang-pejuang kanser. Semoga pejuang kanser dipermudahkan rawatan dan diberikan ketabahan dalam menghadapi dugaan ini.


Selamat Hari Kemerdekaan ke-69 🇲🇾Semarakkan semangat kemerdekaan dengan penuh rasa syukur, cinta dan bangga terhadap tan...
30/08/2026

Selamat Hari Kemerdekaan ke-69 🇲🇾

Semarakkan semangat kemerdekaan dengan penuh rasa syukur, cinta dan bangga terhadap tanah air tercinta.
Semoga Malaysia terus maju, bersatu dan menjadi negara yang sentiasa penuh dengan harapan dan kasih sayang.


Salam Maulidur Rasul 1448 Hijrah.Semoga akhlak mulia Rasulullah SAW terus menjadi inspirasi untuk menyemai rasa prihatin...
24/08/2026

Salam Maulidur Rasul 1448 Hijrah.

Semoga akhlak mulia Rasulullah SAW terus menjadi inspirasi untuk menyemai rasa prihatin dan kasih sayang dalam diri kita, khususnya dalam membantu mereka yang memerlukan.
Selamat menyambut Maulidur Rasul.

Program Home Visit diteruskan lagi di Daerah Johor Bahru, melibatkan lima orang pejuang kanser yang tinggal di kawasan P...
21/08/2026

Program Home Visit diteruskan lagi di Daerah Johor Bahru, melibatkan lima orang pejuang kanser yang tinggal di kawasan Pasir Gudang. Program yang diadakan pada 20 Ogos 2026 itu diketuai oleh Encik Mohd Ikmal Izam Zaini, Ketua Pegawai Eksekutif TLJCF, turut disertai oleh Puan Azura Shahira binti Azahar, Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan Masyarakat) Johor Bahru; wakil-wakil daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat, Majlis Agama Islam Negeri Johor serta rakan strategik program Home Visit iaitu Yayasan Sultan Ibrahim Johor, Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor dan Foodbank Jishan.

Lawatan dimulakan di rumah Faizah Hanim Mustafa, 63, pejuang kanser kolorektal. Beliau mengalami penurunan berat badan namun masih mampu menguruskan diri sendiri. Lawatan diteruskan ke rumah Noor Lini Mat Jusoh, 43, pejuang kanser usus. Beliau mula disahkan kanser pada 2017, kini kansernya telah merebak ke hati dan paru-paru. Seterusnya, rombongan Home Visit melawat Sabariah Jamilin, 52, pejuang kanser paru-paru. Beliau yang tinggal bersama suami perlu makan ubat Osimertinib setiap hari. Lawatan diteruskan lagi di rumah Mohd Halim Ahmad, 57, pejuang kanser paru-paru. Beliau masih dalam rawatan kemoterapi, dan menggunakan kerusi roda apabila ke hospital. Lawatan diakhiri di rumah Siti Haslina Ithnin, 42, pejuang kanser payudara. Beliau merupakan ibu tunggal mempunyai 7 orang anak, lima daripadanya masih bersekolah dan satu lagi masih menuntut pengajian di peringkat yang lebih tinggi. Perbelanjaan keluarga hanyalah bergantung kepada pendapatan anak sulung, serta bantuan daripada agensi kerajaan.

Kesemua pejuang kanser yang dilawati menerima sumbangan makanan kering, wang tunai, serta barangan keperluan pesakit sumbangan TLJCF dan agensi yang hadir. Pihak TLJCF mengucapkan terima kasih buat semua pihak yang menghulurkan sumbangan serta menjayakan program Home Visit kali ini. Semoga pejuang kanser diberikan kekuatan dalam setiap dugaan dan dipermudahkan rawatan.


Merafak sembah dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permai...
14/08/2026

Merafak sembah dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah, merangkap Pengerusi Tunku Laksamana Johor Cancer Foundation sempena Hari Ulang Tahun Keputeraan Baginda pada 14 Ogos 2026.

Seluruh warga kerja TLJCF mendoakan agar Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong sentiasa sihat dan dikurniakan rahmatNya.


Sorotan Laksamana Run 2026.
09/08/2026

Sorotan Laksamana Run 2026.



Address

Aras 1, Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, Iskandar Puteri
Johor Bahru
79100

Opening Hours

Monday 07:30 - 17:30
Tuesday 07:30 - 17:30
Wednesday 07:30 - 17:30
Thursday 07:30 - 17:30
Friday 07:30 - 17:00

Telephone

+6075570404

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Tunku Laksamana Johor Cancer Foundation posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Tunku Laksamana Johor Cancer Foundation:

Shortcuts

Share