JPKK Kampung Kempas Baru 甘拔士新村村委会

JPKK Kampung Kempas Baru 甘拔士新村村委会 宣传甘拔士新村和村委会活动。

✨ 恭喜拿督南利(Datuk Ramlee Bohani)成功胜选 N47 甘拔士(Kempas)州议员!战绩证明一切,服务深入人心!祝愿拿督在接下来的任期中大展拳脚,为甘拔士带来更多实质的发展与蜕变。实至名归,政通人和! 🥂🎉✨ Tahn...
12/07/2026

✨ 恭喜拿督南利(Datuk Ramlee Bohani)成功胜选 N47 甘拔士(Kempas)州议员!

战绩证明一切,服务深入人心!祝愿拿督在接下来的任期中大展拳脚,为甘拔士带来更多实质的发展与蜕变。实至名归,政通人和! 🥂🎉

✨ Tahniah diucapkan kepada Datuk Ramlee Bohani atas kemenangan beliau sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N47 Kempas!

Rekod prestasi membuktikan segalanya, perkhidmatan yang diberikan telah menambat hati rakyat! Semoga YB Dato' terus memacu kemajuan dan membawa perubahan yang lebih bermakna buat kawasan DUN Kempas dalam penggal perkhidmatan kali ini. Kejayaan yang amat layak dan sememangnya dinantikan. Selamat bertugas dengan penuh dedikasi! 🥂🎉

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Maju Johor.

Syukur Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT. Dengan penuh rasa syukur dan rendah diri, saya menerima keputusan Pilihan Raya Negeri Johor apabila diberikan mandat untuk terus berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.47 Kempas.

Kemenangan ini bukanlah kemenangan saya semata-mata, tetapi kemenangan seluruh warga Kempas yang telah memberikan kepercayaan, sokongan dan keyakinan kepada saya. Ia juga adalah hasil daripada kerja keras, pengorbanan serta komitmen yang tidak pernah luntur daripada seluruh jentera Barisan Nasional terutamanya Barisan Nasional Bahagian Pulai yang bertungkus-lumus sepanjang tempoh kempen.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih saya tujukan kepada setiap pengundi yang telah keluar menunaikan tanggungjawab demokrasi dan sekali lagi memberikan saya mandat untuk berkhidmat.

Insya-Allah, amanah yang diberikan ini akan saya pikul dengan penuh keikhlasan, integriti dan rasa tanggungjawab. Saya akan terus menjadi wakil kepada seluruh rakyat Kempas tanpa mengira latar belakang atau fahaman politik, serta berusaha membawa lebih banyak kemajuan dan kesejahteraan kepada DUN Kempas.

Terima kasih atas kepercayaan yang diberikan. Amanah ini akan saya pelihara sebaik-baiknya.

Kempas Sejahtera, Johor Maju.

12/07/2026

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Sejahtera dan Salam Maju Johor.

Alhamdulillah, setelah tamatnya tempoh membuang undi, saya ingin merakamkan setulus-tulus penghargaan kepada seluruh warga DUN N.47 Kempas yang telah menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi. Terima kasih kerana bersama-sama menjayakan proses demokrasi dengan penuh tertib, aman dan matang.

Tidak dilupakan buat keluarga saya yang sentiasa menjadi sumber kekuatan, terima kasih atas segala kesabaran, pengorbanan dan doa yang tidak pernah putus.

Sepanjang kempen ini, saya berpeluang bertemu ramai warga Kempas, mendengar pandangan, berkongsi harapan dan menyelami denyut nadi masyarakat. Pengalaman ini adalah satu amanah yang amat saya hargai.

Kini, marilah kita sama-sama menghormati proses demokrasi dan menantikan keputusan rasmi dengan hati yang tenang. Apa jua keputusannya nanti, semoga ia membawa yang terbaik buat DUN Kempas dan negeri Johor yang kita cintai.

Terima kasih, warga Kempas.

07/07/2026
07/07/2026

𝗣𝗥𝗡 𝗝𝗢𝗛𝗢𝗥 | 𝗞𝗘𝗡𝗔𝗟𝗜 𝗖𝗔𝗟𝗢𝗡 𝗕𝗔𝗥𝗜𝗦𝗔𝗡 𝗡𝗔𝗦𝗜𝗢𝗡𝗔𝗟

𝗥𝗔𝗠𝗟𝗘𝗘 𝗕𝗢𝗛𝗔𝗡𝗜
Ramlee Bohani
𝗡.𝟰𝟳 𝗞𝗘𝗠𝗣𝗔𝗦

Warga Kempas memerlukan wakil rakyat yang terus memperjuangkan perumahan, khidmat bandar, kebajikan rakyat dan keharmonian komuniti.

𝗞𝗘𝗦𝗧𝗔𝗕𝗜𝗟𝗔𝗡 𝗗𝗜𝗞𝗘𝗞𝗔𝗟𝗞𝗔𝗡, 𝗞𝗘𝗠𝗔𝗝𝗨𝗔𝗡 𝗗𝗜𝗧𝗘𝗥𝗨𝗦𝗞𝗔𝗡.
𝗨𝗡𝗗𝗜𝗟𝗔𝗛 𝗕𝗔𝗥𝗜𝗦𝗔𝗡 𝗡𝗔𝗦𝗜𝗢𝗡𝗔𝗟. 💙

07/07/2026

说 Onn Hafiz 是种族主义者,这个标签太重了。

政治人物可以被批评,政策可以被质疑,言论也可以被检视;但是不能因为一句政治立场,就直接把一个人打成种族主义者。

柔佛是多元社会,马来人、华人、印度人、各族群都在这里生活、工作、打拼。真正的州领导,不应该只看一个族群,而是要看整体发展、投资、就业、教育、基建和人民生活。

如果 Onn Hafiz 有做得不好的地方,我们可以批评。
如果政策不公平,我们可以监督。
但把所有政治分歧都上升成种族仇恨,只会让柔佛人越来越分裂。

我们要的是理性政治,不是标签政治。
我们要的是解决问题,不是制造仇恨。

不同政见不等于种族主义。
批评可以,但请公平一点。

#柔佛 #理性政治 #拒绝仇恨 #柔佛人 #马来西亚政治

Address

Jalan Banjaran Utama, Kempas Baru
Johor Bahru
81200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JPKK Kampung Kempas Baru 甘拔士新村村委会 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share