25/08/2026
FUTSAL REMAJA ISMA ISKANDAR PUTERI PUPUK PERPADUAN ANAK MUDA MELALUI SUKAN
ISKANDAR PUTERI, 21 OGOS – Futsal Remaja ISMA Iskandar Puteri telah mengadakan aktiviti futsal pada Jumaat lalu dengan menghimpunkan seramai 25 orang anak muda dalam satu aktiviti riadah yang bukan sahaja mencergaskan tubuh badan,malah mengeratkan hubungan dan memupuk semangat perpaduan dalam kalangan generasi muda.
Aktiviti ini menjadi salah satu usaha menyediakan ruang yang positif kepada anak muda untuk berkumpul,berinteraksi dan mengisi masa lapang melalui aktiviti sukan.Selain itu,para peserta dapat memupuk nilai kerjasama,disiplin,semangat kesukanan dan sikap saling menghormati antara satu sama lain.
Lebih istimewa,penganjuran aktiviti ini turut mengambil semangat bulan kemerdekaan yang semakin hampir pada bulan ini.
Dalam konteks kemerdekaan,generasi muda merupakan pewaris masa hadapan negara.Oleh itu,semangat cintakan negara perlu diterjemahkan melalui tindakan dan akhlak seharian seperti mengamalkan gaya hidup sihat serta menggunakan tenaga dan masa muda untuk perkara yang bermanfaat.