10/04/2026
SEKITAR PROGRAM KONVOI RAYA LUAR DAERAH JOHOR 2026 (MELAKA, KOTA TINGGI & JOHOR BAHRU)
Syawal disambut dengan penuh kesyukuran. Seiring dengan amalan ziarah-menziarahi pada musim perayaan ini, Persatuan Orang Pekak Islam Johor (JDIA) baru-baru ini telah selesai menganjurkan Program Konvoi Raya yang berlangsung selama 3 hari 2 malam (3 hingga 5 April 2026).
Siri konvoi ini meliputi perjalanan merentas ke negeri Melaka, serta sekitar daerah Kota Tinggi dan Johor Bahru. Inisiatif ini dilaksanakan bertujuan untuk menyemarakkan lagi suasana Aidilfitri, di samping memperkukuh tali silaturahim dan memupuk semangat kebersamaan dalam kalangan komuniti orang pekak di kawasan yang terlibat.
Sepanjang program berlangsung, konvoi telah selamat menyantuni 19 buah kediaman, merangkumi:
📍 Melaka (5 Rumah)
• Puan Fara
• Puan Wan Nadia
• Puan Salina
• Puan Amisah
• Encik Hairee
📍 Kota Tinggi (8 Rumah)
• Puan Farahin
• Encik Izuan
• Puan Salidah
• Encik Ramadan
• Encik Yusof
• Encik Hisamuddin
• Encik Azhan
• Encik Amirul
📍 Johor Bahru (6 Rumah)
• Encik Mamat
• Puan Yatie
• Puan Radihah
• Puan Nisa
• Encik Hafiz
• Puan Nazirah
Diharapkan program seumpama ini dapat terus mengeratkan jalinan persahabatan serta mengukuhkan kesatuan dalam kalangan komuniti kita. Usaha ini juga menjadi medium penting untuk memastikan tradisi kunjung-mengunjungi kekal terpelihara sebagai teras sambutan Aidilfitri.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan konvoi ini. Semoga segala usaha yang dilaksanakan ini diberkati dan memberi manfaat kepada seluruh ahli komuniti.