27/09/2026
🔴 SIARAN LANGSUNG | PERSIDANGAN DEWAN MUDA JOHOR 2026 – HARI KEDUA
Persidangan Dewan Muda Johor bersambung pada hari kedua dengan pembentangan usul-usul daripada anak muda Johor.
📅 Ahad, 27 September 2026
⏰ 10.00 pagi
📜 ATURAN URUSAN PERSIDANGAN DAN USUL-USUL
1️⃣ MUHAMMAD AQASHAH BIN ARSHAD, DMJ MAHKOTA 01, daripada Jawatankuasa Pendidikan & Penerangan akan mencadangkan:
"BAHAWA Persidangan ini mencadangkan agar Kerajaan Negeri Johor melaksanakan Rancangan Sarapan Murid Johor (RSMJ) bagi murid sekolah rendah sebagai pelengkap RMT KPM, bagi meningkatkan nutrisi dan tumbesaran murid."
2️⃣ MICHELLE TANG, DMJ PALOH 02, daripada Jawatankuasa Kesihatan & Alam Sekitar akan mencadangkan:
"BAHAWA Persidangan ini menggesa Kementerian Kesihatan Malaysia, melalui Jabatan Kesihatan Negeri Johor dan dengan sokongan Kerajaan Negeri, memperkukuh pengurusan katil dan aliran pesakit di hospital kerajaan di Negeri Johor bagi mengurangkan kesesakan Jabatan Kecemasan dan masa menunggu katil tanpa menjejaskan keselamatan klinikal."
3️⃣ NURSYAHIRA BINTI SAMA'ON, DMJ PARIT YAANI 02, daripada Jawatankuasa Pentadbiran, Perumahan & Kerajaan Tempatan akan mencadangkan:
"BAHAWA Persidangan ini mencadangkan agar Kerajaan Negeri Johor memperkenalkan subsidi sewaan bersasar dan memperkasakan Skim Rumah Transit Bangsa Johor (RTBJ) kepada pelajar latihan industri dan graduan baharu bagi meringankan beban kos perumahan golongan muda di kawasan pertumbuhan utama negeri."
4️⃣ PUTRI AMALYN SOFEA BINTI NEK ZALANI, DMJ PERMAS 02, daripada Jawatankuasa Undang-Undang & Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan mencadangkan:
"BAHAWA Persidangan ini mengambil ketetapan agar Kerajaan Negeri Johor memperkasa jaringan akses kepada keadilan domestik melalui pewujudan Mekanisme Rujukan Keadilan Domestik Bersepadu, yang menyelaras akses kepada bantuan guaman, penguatkuasaan perintah nafkah serta perkhidmatan perlindungan dan sokongan berkaitan, khususnya bagi wanita dan keluarga daripada golongan berpendapatan rendah dan sederhana rendah yang menghadapi kekangan mendapatkan akses kepada keadilan."
5️⃣ SAYANGNUR AMALIAALIEYA BINTI ISMAIL, DMJ MACHAP 02, daripada Jawatankuasa Pertanian, Asas Tani & Kemajuan Luar Bandar akan mencadangkan:
"BAHAWA Persidangan ini mencadangkan agar Kerajaan Negeri Johor melaksanakan secara berperingkat Skim Takaful LINDUNG TANI Johor, bagi melindungi petani, penternak, nelayan dan usahawan asas tani kecil daripada kerugian akibat bencana alam dan cuaca ekstrem."
📲 Tonton secara langsung di Facebook Dewan Muda Johor & Institut Dato' Onn (IDO).
Suara anak muda, idea untuk Johor! 💪
"Gelanggang Bakat-Bakat Terbaik Bangsa Johor"