Persatuan ibu tunggal, janda, balu dan duda negeri johor

Persatuan ibu tunggal, janda, balu dan duda negeri johor Untuk ibu tunggal, janda, balu & duda yang masih mencari bahagia. terima kasih kerana menghubungi kami. mesej anda akan dibalas sebentar lagi�.

Di sini kita berkawan, berkenalan… dan mungkin bertemu cinta sejati ❤️
Ramai yang sudah jumpa pasangan di sini… giliran awak p**a! 💌 teruskan menyokong persatuan ini.

Teman sejatiOk la min nak tidurSelamat malam😬😴
11/10/2025

Teman sejati
Ok la min nak tidur
Selamat malam😬😴

salam jumaat
10/10/2025

salam jumaat

Assalamualaikum..Selamat pagi😬
08/10/2025

Assalamualaikum..
Selamat pagi😬

08/10/2025

kesunyian ini terlalu indah kan..

08/10/2025

Hai semua! 🌟 Anda boleh menyokong saya dengan menghantar Bintang - mereka membantu saya memperoleh wang untuk terus membuat kandungan yang anda s**a.

Setiap kali anda melihat ikon Bintang, anda boleh menghantar Bintang kepada saya!

08/10/2025

3 Rahsia Yang Ditutup Rapat-Rapat
1. Jodoh
Takde siapa tahu siapa jodoh kita dan boleh tentukan siapa jodoh kita. Tak guna kita fikir sedalam-dalamnya macam mana berjumpa jodoh dan bila berjumpa jodoh. Kenapa eh? Lagi banyak kita fikir lagi pening dan lost lah kita. Kenapa eh? Jodoh itu rahsia yang ditutup rapat-rapat. Oleh sebab itu, banyak berdoa pada Allah dan yakinlah bahawa jodoh yang ditentukanNya pasti yang terbaik dan pada masa yang kita dah bersedia dan mampu memikul tanggungjawab rumahtangga. Setiap hari sedekahkan al-fatihah dan doa yang terbaik buat bakal jodoh. Jadilah yang solehah, dapatlah nanti suami yang soleh. Yang dah bertemu jodoh, peliharalah ia dengan iman dan ihsan. Hiaskan perkahwinan itu dengan kasih sayang.
2. Rezeki
Rezeki pun rahsia yang ditutup rapat-rapat. Ada orang cacat tubuh badan dan derianya tapi, mampu membina empayar yang besar. Ada orang usaha satu hari, esok dah berjaya. Belajar main-main tapi result gempak. Baca sekali dah hafal and faham. Ada orang sempurna tubuh badan, satu kerja pun susah nak buat.Ada orang p**a kerja bagai nak gila, masih sama. Belajar pagi petang siang malam, result biasa2. Baca berpuluh puluh kali pun susah nak faham. Kejayaan,keluarga, harta, ketenangan dan banyak lagi adalah rahsia Allah. Sebab tu bila kita rasa kita boleh menentukan rezeki kita, otak boleh jadi gila dan rasa nak pecah. Bila kita rasa kita boleh tentukan rezeki kita, hati tak tenang dan selalu dalam kerisauan. Rezeki kita, Allah yang tentukan. Yakin lah orang berusaha pasti berjaya. Hidup susah itu bukan selamanya.Orang bijaksana belajar daripada kesalahan. Orang bersyukur tenang hatinya. Rezeki itukan rahsia Allah. Apa yang kita dapat hari ini adalah yang terbaik untuk membersihkan hati dan selalu bersyukur.
3. Ajal maut.
Sakit bukan punca meninggal dunia. Ada orang sakit kronik, hidup bertahun-tahun. Ada yang sihat walafiat, meninggal dalam tidur. Hidup mati itu rahsia Allah yang ditutup rapat-rapat.

Tertanya-tanya ke mana kelibat ZRA di KLIA?Di saat keriuhan sambutan dan laungan keperwiraan di KLIA tadi, saudara kami ...
08/10/2025

Tertanya-tanya ke mana kelibat ZRA di KLIA?

Di saat keriuhan sambutan dan laungan keperwiraan di KLIA tadi, saudara kami Tn Hj Zainal Rashid Ahmad p**ang secara senyap-senyap ke rumahnya dengan dibantu sdr Syirfan Indra dan geng-geng dia.

Airmata kami semua berlinangan bila memeluk lelaki berusia 58 tahun ini tadi di rumahnya tengah malam tadi.

Tubuhnya makin kurus, riak keletihan tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.

Tapi itulah ZRA. Dia tidak minta sanjungan, kata-kata pujian semua itu. Jangan ganggu dia. Dia telah laksanakan apa yang dia percaya dan perjuangkan selama ini.

Dia serahkan semuanya pada Allah yang Maha Esa. Dia ingin kembali sebagai insan biasa seperti mana hari-hari sebelumnya.

Jangan buang masa memuji dan menyanjungnya. Percayalah, dia tidak mahu semua itu!

Kredit FB : Syahril A. Kadir

Semoga kita dikurniakan orang yang tepat untuk sama-sama melayari bahtera kehidupan hingga syurga Allah. Aamiin.. ❤️🤲
08/10/2025

Semoga kita dikurniakan orang yang tepat untuk sama-sama melayari bahtera kehidupan hingga syurga Allah. Aamiin.. ❤️🤲

[TERKINI] Greta Thunberg Antara 171 Aktivis Flotila Gaza Dihalau Israel ke Greece Dan SlovakiaOleh Mynewshub | 6 Oktober...
06/10/2025

[TERKINI] Greta Thunberg Antara 171 Aktivis Flotila Gaza Dihalau Israel ke Greece Dan Slovakia

Oleh Mynewshub | 6 Oktober 2025

TEL AVIV, ISRAEL – Rejim Israel hari ini mengesahkan telah mengusir seramai 171 aktivis antarabangsa, termasuk aktivis alam sekitar terkenal Greta Thunberg, yang ditahan selepas menyertai misi flotila kemanusiaan ke Gaza minggu lalu.

Menurut kenyataan Kementerian Luar Israel, kump**an aktivis itu dihantar p**ang melalui penerbangan khas ke Greece dan Slovakia, melibatkan warganegara dari 20 buah negara termasuk Greece, Itali, Perancis, Ireland, Sweden, Poland, Jerman, Bulgaria, Lithuania, Austria, Luxembourg, Finland, Denmark, Slovakia, Switzerland, Norway, United Kingdom, Serbia, dan Amerika Syarikat.

---

❖ Latar Misi Flotila Gaza

Kump**an ini merupakan sebahagian daripada misi Freedom Flotilla Coalition dan Global Sumud Flotilla, yang membawa ubat-ubatan dan makanan untuk penduduk Gaza yang terjejas akibat sekatan Israel. Kapal-kapal flotila tersebut ditahan oleh tentera laut Israel di perairan antarabangsa minggu lalu, sebelum ratusan aktivis termasuk wartawan, doktor dan s**arelawan ditahan di pelabuhan Ashdod.

Aktivis yang dibebaskan mendakwa mereka diperlakukan secara tidak berperikemanusiaan, termasuk dikurung dalam sel yang sesak dan penuh serangga, seperti didedahkan dalam laporan The Guardian dan PBS NewsHour.

---

❖ Greta Thunberg dan Tokoh Lain Turut Ditahan

Greta Thunberg, yang sebelum ini menyertai pelayaran kemanusiaan bersama aktivis dari Sweden dan Norway, dilaporkan turut menjadi antara yang ditahan dan disoal siasat secara kasar.

Media antarabangsa seperti Reuters dan France24 melaporkan Thunberg kini telah dibebaskan dan diterbangkan ke Athens, sementara beberapa ahli politik Eropah termasuk bekas Datuk Bandar Barcelona, Ada Colau, turut berada dalam senarai deportasi.

---

❖ Kecaman Antarabangsa Terus Meningkat

Tindakan Israel itu menerima kecaman hebat dari pelbagai negara Eropah dan pertubuhan hak asasi manusia yang menyifatkan ia sebagai “tindakan menindas terhadap misi kemanusiaan”.
Beberapa kerajaan seperti Ireland, Sweden, dan Norway menuntut penjelasan rasmi mengenai tindakan keras terhadap rakyat mereka yang menyertai misi damai tersebut.

---

❖ Reaksi Global

Gelombang solidariti terus meningkat di seluruh dunia, dengan slogan seperti dan trending di media sosial. Aktivis di Eropah juga menggesa sekatan antarabangsa terhadap Israel dikaji semula, serta mendesak PBB menyiasat penahanan dan layanan terhadap aktivis kemanusiaan itu. - MYNEWSHUB

---

📌 Sumber: Reuters, France24, Al Arabiya English, The Guardian, PBS NewsHour
📸 Foto: Freedom Flotilla Coalition / Reuters

Salam pagi isnin
06/10/2025

Salam pagi isnin

Address

Johor Bahru

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan ibu tunggal, janda, balu dan duda negeri johor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share