Kelab Kebajikan Staf Fakulti Kejuruteraan Elektrik UTM

Directions

Kelab Kebajikan Staf Fakulti Kejuruteraan Elektrik UTM Objektif penubuhan Kelab Kebajikan Staf Fakulti Kejuruteraan Elektrik (KKSFKE) UTM ialah:

1.

Matlamat KKSFKE ialah membina suatu masyarakat madani yang dihormati dalam lingkungan masyarakat Fakulti Kejuruteraan Elektrik khasnya dan Universiti Teknologi Malaysia amnya. Mengadakan kegiatan-kegiatan untuk menanam dan meningkatkan kesedaran
beragama, iaitu agama rasmi Malaysia.

2 Memupuk semangat serta nilai ukhuwwah dan persaudaraan serta mengeratkan
tali silaturahim di kalangan staf dan keluarga Fakulti Kejuruteraan Elektrik.

3 Menjalinkan hubungan serta kerjasama diantara KKSFKE dan pertubuhan lain di
luar Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Universiti Teknologi Malaysia dan mengambil bahagian dalam aktiviti yang sesuai dengan dasar KKSFKE bagi faedah dan kepentingan bersama.

4 Menjalankan dan memajukan kegiatan-kegiatan sukan dan riadah di kalangan
ahli sebagai sumbangan ke arah memajukan sukan di peringkat Universiti dan negara.

5 Mengadakan berbagai rancangan dan projek serta menyediakan kemudahan untuk meningkatkan kebajikan ahli.

FKE Green Earth Week 2026Inovasi Lestari Mencetus Ekosistem Bestari
18/08/2026

FKE Green Earth Week 2026

Inovasi Lestari Mencetus Ekosistem Bestari

MESYUARAT AGUNG KKSFKE 2026 Mesyuarat Agung KKSFKE 2026 telah berlangsung dengan jayanya pada 23 Jun 2026 secara atas ta...
23/06/2026

MESYUARAT AGUNG KKSFKE 2026

Mesyuarat Agung KKSFKE 2026 telah berlangsung dengan jayanya pada 23 Jun 2026 secara atas talian.

Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada barisan AJK KKSFKE sesi 2024–2026 atas segala komitmen, sumbangan dan khidmat bakti yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan.

Tahniah dan selamat menjalankan amanah kepada AJK KKSFKE sesi 2026–2028 yang telah dilantik untuk menerajui KKSFKE bagi sesi baharu.

Semoga KKSFKE terus maju dan menjadi wadah kebajikan yang memberi manfaat kepada seluruh warga FKE.

Sumbangan: Baik Pulih dan Naik Taraf Surau FKE30 Jun 2025Pihak KKSFKE ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua...
21/06/2026

Sumbangan: Baik Pulih dan Naik Taraf Surau FKE
30 Jun 2025

Pihak KKSFKE ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penyumbang yang telah berinfak bagi tujuan penambahbaikan surau fakulti.

KKSFKE turut menyumbang sebanyak RM500 sebagai sokongan terhadap pelaksanaan inisiatif ini.

Penghargaan khas juga buat Team 3F (Flash Facilities FKE) serta semua yang terlibat atas usaha dan tenaga yang dicurahkan dalam memperkemaskan kemudahan surau.

Semoga segala sumbangan dan usaha kita semua mendapat ganjaran pahala yang berlipat ganda, insya-Allah. 🀲

Sumbangan Hadiah Cabutan Bertuah ELEKTRA MAHALO 2025 🎁KKSFKE telah menyumbangkan hadiah cabutan bertuah bernilai RM500 b...
21/06/2026

Sumbangan Hadiah Cabutan Bertuah ELEKTRA MAHALO 2025 🎁

KKSFKE telah menyumbangkan hadiah cabutan bertuah bernilai RM500 bagi memeriahkan Majlis ELEKTRA MAHALO 2025 yang berlangsung pada 2 Disember 2025 di Le Grandeur, Senai, Johor.

Sumbangan ini merupakan salah satu bentuk sokongan KKSFKE terhadap program penghargaan yang dianjurkan bagi meraikan dan menghargai warga FKE.

Majlis Persaraan Puan Rahimah binti Mazlan 🌹22 Mei 2026KKSFKE merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima k...
21/06/2026

Majlis Persaraan Puan Rahimah binti Mazlan 🌹
22 Mei 2026

KKSFKE merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Puan Rahimah binti Mazlan atas segala jasa, bakti dan komitmen yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan beliau.

Terima kasih atas segala sumbangan dan kenangan yang telah ditinggalkan. Jasa dan dedikasi Puan Rahimah akan sentiasa dikenang oleh warga FKE dan KKSFKE.

Selamat Bersara.

Majlis Penyediaan dan Agihan Bubur Lambuk FKE 2026 5 Mac 2026 (Khamis)KKSFKE dengan kerjasama BKSS FKE telah menganjurka...
21/06/2026

Majlis Penyediaan dan Agihan Bubur Lambuk FKE 2026

5 Mac 2026 (Khamis)

KKSFKE dengan kerjasama BKSS FKE telah menganjurkan Program Penyediaan dan Agihan Bubur Lambuk sempena bulan Ramadan. Program ini berjaya dilaksanakan hasil sokongan dan sumbangan ikhlas daripada staf FKE yang bersama-sama menyumbang bagi menampung kos penyediaan bubur lambuk.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah menyumbangkan masa, tenaga dan dana dalam menjayakan program ini. Semangat kebersamaan dan sikap saling membantu yang ditunjukkan mencerminkan nilai murni yang sentiasa diamalkan oleh warga FKE.

Semoga program seperti ini terus menjadi wadah untuk mengeratkan hubungan silaturahim, memupuk semangat perpaduan serta menyemai budaya bersedekah dan berkongsi rezeki dalam kalangan warga FKE. Semoga setiap sumbangan dan usaha yang diberikan mendapat keberkatan serta ganjaran yang berlipat ganda. βœ¨πŸ€πŸŒ™

πŸŒ™ Sumbangan Ramadan dan Aidilfitri KKSFKE πŸŒ™Sempena bulan Ramadan dan sambutan Aidilfitri, KKSFKE telah menyampaikan sumb...
21/06/2026

πŸŒ™ Sumbangan Ramadan dan Aidilfitri KKSFKE πŸŒ™

Sempena bulan Ramadan dan sambutan Aidilfitri, KKSFKE telah menyampaikan sumbangan kordial kepada ahli-ahli sebagai tanda penghargaan dan sokongan kepada warga KKSFKE.

Sumbangan tersebut telah disampaikan semasa Majlis Perjumpaan Bersama Dekan FKE yang berlangsung pada 13 Mac 2026.

Inisiatif ini diharapkan dapat menyemarakkan semangat kebersamaan, memupuk budaya saling menghargai serta mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga KKSFKE.

πŸ“… 13 Mac 2026

Majlis Persaraan, Perpindahan dan Sumbangan kepada Ahli KKSFKEπŸ“† 17 April 2026 (Jumaat)πŸ•‘ 9.00 am - 11.30 amπŸ“ Ruang Legar ...
21/06/2026

Majlis Persaraan, Perpindahan dan Sumbangan kepada Ahli KKSFKE
πŸ“† 17 April 2026 (Jumaat)
πŸ•‘ 9.00 am - 11.30 am
πŸ“ Ruang Legar Pejabat UG, P19a

Staf Bersara
1. En.Samura bin Ali ( 1/1/2026)
2. Dr.Fuziaton bt Baharudin (27/1/2026)
3. Pn.Fazilawati bt Ramli (27/2/2026)
4. Dr.Mokhtar bin Harun (11/3/2026)
5. Prof. Dr. Mohd Fua'ad bin Rahmat ( 14/4/2026)
6. Dr.Yusri bin Yunos (16/4/2026)

Staf Berpindah
1. Pn.Azlina bt Mohd Lazim ( 1/4/2026)

Staf menunaikan Haji
1. Dr Mohd Rijal Bin Hamid
2. Prof Ir Dr Sharul Kamal Bin Abdul Rahim

T-SHIRT DAN BENDERA FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRIKDimaklumkan bahawa KKSFKE telah menaja sebanyak RM15 bagi setiap helai ...
21/06/2026

T-SHIRT DAN BENDERA FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRIK

Dimaklumkan bahawa KKSFKE telah menaja sebanyak RM15 bagi setiap helai T-Shirt rasmi KKSFKE yang ditempah oleh ahli.

T-Shirt rasmi KKSFKE ini telah digunakan oleh kontinjen FKE semasa Sukan USG sebagai identiti fakulti dan simbol semangat kebersamaan warga FKE.

Selain itu, KKSFKE turut menyumbangkan bendera Fakulti Kejuruteraan Elektrik bagi menyemarakkan semangat kesukanan serta memberi sokongan kepada kontinjen FKE sepanjang kejohanan.

November 2025
KKSFKE SESI 2024/2026

Majlis Perpisahan Puan Norliza binti Abd Rahim yang akan berpindah ke Jabatan Pendaftar berkuatkuasa 1 September 2025Uca...
31/08/2025

Majlis Perpisahan Puan Norliza binti Abd Rahim yang akan berpindah ke Jabatan Pendaftar berkuatkuasa 1 September 2025

Ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Puan Norliza atas segala jasa, sumbangan serta komitmen sepanjang berkhidmat di Fakulti Kejuruteraan Elektrik.

Semoga terus berjaya dan dipermudahkan urusan dalam setiap langkah yang mendatang.

KKSFKE

Address

Faculty Of Electrical Engineering, Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
Johor Bahru
81310

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelab Kebajikan Staf Fakulti Kejuruteraan Elektrik UTM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share