Majlis Angkatan Fisabilillah

Majlis Angkatan Fisabilillah Majlis Angkatan Fisabilillah bernaung di bawah Panji² (EPANCO MALAYSIA)

| DOA AWAL TAHUN HIJRAH |Doa Awal Tahun Hijrah (1448H) dibaca selepas masuk waktu Maghrib pada 16 Jun 2026M (Khamis) ber...
16/06/2026

| DOA AWAL TAHUN HIJRAH |

Doa Awal Tahun Hijrah (1448H) dibaca selepas masuk waktu Maghrib pada 16 Jun 2026M (Khamis) bersamaan 1 Muharram 1448H. Berdasarkan kalendar Islam, pertukaran tarikh hijri (hijrah) bermula selepas waktu maghrib.

Subhanallah ♥️

Bismillahir rahmanir rahim.
"Allahumma antal-abadiyyul-qadim, wa hadzihi sanatun jadidatun, as'aluka fihal-'ishmah minash-shaytani wa awliya'ih, wal-awn 'ala hadhihin-nafsil-ammarati bis-su', wal-ishtighala bima yuqarribuni ilayka zulfa, ya Dhal-Jalali wal-Ikram.

"Maksud Doa Awal Tahun"Ya Allah, Engkau-lah Yang Kekal Abadi, Yang Maha Awal. Dan ini adalah tahun yang baru. Aku memohon kepada-Mu di dalam tahun ini perlindungan daripada syaitan dan juga para walinya (bala tenteranya).Aku memohon pertolongan-Mu atas nafsu (yang sering menyuruh kepada kejahatan) ini, serta aku memohon sibuk (melakukan) amalan yang dapat mendekatkan diriku kepada-Mu sedekat-dekatnya. Wahai Tuhan Yang Mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan."

Salam Aidiladha..
26/05/2026

Salam Aidiladha..

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin..
20/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf Zahir & Batin..




27/02/2026

𝗜𝗦𝗨 𝗣𝗘𝗟𝗔𝗝𝗔𝗥 𝗜𝗣𝗧𝗔 𝗠𝗘𝗠𝗜𝗝𝗔𝗞 𝗔𝗟-𝗤𝗨𝗥𝗔𝗡

MAJLIS ANGKATAN FISABILILLAH memandang serius dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan seorang pelajar IPTA yang didakwa memijak kitab suci Al-Quran seperti yang tular di media sosial.

Perbuatan tersebut adalah sangat biadap, tidak bermoral serta jelas berunsur 𝟯𝗥 (𝗮𝗴𝗮𝗺𝗮, 𝗸𝗮𝘂𝗺 𝗱𝗮𝗻 𝗶𝗻𝘀𝘁𝗶𝘁𝘂𝘀𝗶 𝗱𝗶𝗿𝗮𝗷𝗮) yang boleh mencetuskan ketegangan antara masyarakat dan menggugat keharmonian negara. Tindakan menghina kitab suci umat Islam merupakan satu provokasi melampau yang tidak boleh dipandang ringan.

Sehubungan itu, MAJLIS ANGKATAN FISABILILLAH mendesak pihak 𝗨𝗻𝗶𝘃𝗲𝗿𝘀𝗶𝘁𝗶 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 𝗣𝗮𝗵𝗮𝗻𝗴 𝗔𝗹-𝗦𝘂𝗹𝘁𝗮𝗻 𝗔𝗯𝗱𝘂𝗹𝗹𝗮𝗵 (𝗨𝗠𝗣𝗦𝗔) agar menjalankan siasatan secara telus serta mengambil tindakan disiplin yang tegas terhadap pelajar terlibat tanpa sebarang kompromi, selaras dengan peruntukan tatatertib yang sedang berkuat kuasa.

MAJLIS ANGKATAN FISABILILLAH turut memberi amaran keras kepada mana-mana individu agar tidak sekali-kali melakukan atau menyebarkan sebarang perbuatan berunsur penghinaan terhadap agama. Tindakan sedemikian bukan sahaja mencabar sensitiviti umat Islam, malah boleh mengundang tindakan undang-undang yang tegas.

MAJLIS ANGKATAN FISABILILLAH tetap komited mempertahankan kesucian agama Islam serta menolak sebarang bentuk penghinaan terhadap agama yang boleh merosakkan perpaduan dan keamanan negara.

✊🏼 𝘿𝙚𝙢𝙞 𝘼𝙜𝙖𝙢𝙖, 𝘽𝙖𝙣𝙜𝙨𝙖 𝘿𝙖𝙣 𝙏𝙖𝙣𝙖𝙝 𝘼𝙞𝙧

AHLAN WASAHLAN bulan suci Ramadan! ✨Semoga bulan penuh berkah ini membawa kebahagiaan, kedamaian & kemakmuran bagi kita ...
18/02/2026

AHLAN WASAHLAN bulan suci Ramadan! ✨

Semoga bulan penuh berkah ini membawa kebahagiaan, kedamaian & kemakmuran bagi kita semua. Jom sama-sama kita manfaatkan kesempatan ini untuk membersihkan jiwa, memperkuat iman & meningkatkan hubungan kita dengan Allah SWT.

Selamat menjalankan ibadah puasa kepada seluruh umat Islam di seluruh dunia. Ramadan Kareem! ♥️




⚪🔴🟢

Salam Nisfu Sya'ban..  #2026
02/02/2026

Salam Nisfu Sya'ban..


#2026

اللهم بارك لنا في رجب وشعبان وبلغنا رمضان Ya malam ini, lepas Maghrib ialah malam Israk Mikraj. Peristiwa Israk dan Mikr...
17/01/2026

اللهم بارك لنا في رجب وشعبان وبلغنا رمضان

Ya malam ini, lepas Maghrib ialah malam Israk Mikraj. Peristiwa Israk dan Mikraj nabi besar kita nabi Muhammad ﷺ terjadi pada 27 Rejab tahun ke-12.

Kisah luar biasa "dalam satu malam" ini paling penting dalam takwim Islam kerana menandakan seseorang itu Islam atau kufur. Ia sebuah mukjizat dari Allah bagi nabi Muhammad ﷺ yang tak pernah dilakukan oleh rasul dan nabi sebelumnya.

Hanya nabi Muhammad ﷺ sajalah yang diberikan anugerah dan kehormatan oleh Allah untuk melakukannya sebagai petanda betapa tingginya penghargaan Allah kepada nabi Muhammad ﷺ.

اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ

Address

Johor Bahru
81300

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Majlis Angkatan Fisabilillah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share