15/10/2026
Berikut adalah sebahagian petikan ucapan saya dalam ucapan penangguhan Mesyuarat Penuh yang lepas.
Sidang mesyuarat sekalian,
Izinkan saya menyentuh beberapa perkara yang sering dibangkitkan oleh penduduk Taman Air Biru,
Iaitu berkaitan penempatan pekerja asing dan aktiviti perniagaan di kawasan ini.
Pertama,
saya berharap MBPG dapat mengkaji semula penggunaan rumah-rumah pangsa yang dijadikan penempatan pekerja asing. Sekiranya boleh,
biarlah lebih banyak unit diberikan kepada penduduk tempatan yang benar-benar memerlukan.
Tambahan p**a, kita sedia maklum telah ada pusat penempatan pekerja asing berpusat Jalan Keluli yang boleh dimanfaatkan dengan lebih optimum.
Kedua,
saya juga ingin menyentuh isu kedai runcit yang dikendalikan oleh warga asing.
Perkara ini sering menjadi perhatian penduduk kerana dikhuatiri akan menjejaskan peluang peniaga tempatan untuk menyewa lot-lot kedai yang disediakan terutama di kebayan-kebayan milik MBPG.
Saya berharap MBPG dapat terus memperkukuhkan pemantauan dan penguatkuasaan terhadap dasar larangan pengambilan pekerja asing dalam sektor peruncitan supaya dasar ini benar-benar mencapai matlamatnya.
Harapan kita bukanlah untuk menyekat pembangunan atau kehadiran tenaga kerja asing, tetapi memastikan pengurusannya lebih tersusun, peluang kepada rakyat tempatan terus terpelihara dan keharmonian masyarakat sentiasa dikekalkan.
Akhir sekali, saya berharap perkara-perkara yang saya bangkitkan ini dapat diberikan perhatian sewajarnya oleh pihak MBPG dan agensi berkaitan.