Masjid Sultan Iskandar Bandar Dato' Onn, Johor Bahru

Masjid Sultan Iskandar Bandar Dato' Onn, Johor Bahru Masjid Sultan Iskandar Bandar Dato' Onn, Johor Bahru, Johor, Malaysia Masjid ini diuruskan oleh Waqaf An-Nur Corporation Berhad (Waqaf An-Nur).

MASJID SULTAN ISKANDAR BANDAR DATO ONN

Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato’ Onn adalah masjid ke-6 dan terbesar dalam Rangkaian Masjid An-Nur yang mampu memuatkan sehingga 4,600 jemaah. Solat Jumaat pertama telah diadakan pada 26 Disember 2015. Masjid ini dibina oleh Johor Land Berhad, sebuah syarikat dalam Kumpulan JCorp dengan kos RM28 juta di atas tapak seluas 5.38 ekar. Sejumlah RM7.2 juta at

au lebih 25 peratus kos pembinaannya adalah hasil sumbangan syarikat dalam Kumpulan Johor Corporation dan orang ramai manakala selebihnya ditampung oleh Johor Land Berhad selaku pemaju Bandar Dato’ Onn.

01014010060023 BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD

🌙 𝐏𝐚𝐠𝐢 𝐀𝐡𝐚𝐝 𝐧𝐢, 𝐣𝐨𝐦 𝐡𝐢𝐝𝐮𝐩𝐤𝐚𝐧 𝐒𝐮𝐛𝐮𝐡 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚!Bawa keluarga, ajak kawan-kawan dan sama-sama meriahkan Program Semarak Subuh...
06/08/2026

🌙 𝐏𝐚𝐠𝐢 𝐀𝐡𝐚𝐝 𝐧𝐢, 𝐣𝐨𝐦 𝐡𝐢𝐝𝐮𝐩𝐤𝐚𝐧 𝐒𝐮𝐛𝐮𝐡 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚!

Bawa keluarga, ajak kawan-kawan dan sama-sama meriahkan Program Semarak Subuh Perdana di Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato' Onn.

📅 9 Ogos 2026 (Ahad)
⏰ 5.00 pagi
📍 Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato' Onn, Johor Bahru

🤲 Infaq makanan juga amat dialu-alukan bagi bersama-sama menjayakan program ini.

Jumpa anda di sana, insya-Allah!

06/08/2026

MAJLIS BACAAN YASIN, TAHLIL& DOA SELAMAT

6 OGOS 2026 (KHAMIS)

IMAM & BILAL BERTUGAS

06/08/2026

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐒𝐄𝐌𝐀𝐑𝐀𝐊 𝐒𝐔𝐁𝐔𝐇 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐍𝐀

Waqaf An-Nur menjemput seluruh masyarakat untuk bersama-sama mengimarahkan Program Semarak Subuh Perdana yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:

📅 9 Ogos 2026 (Ahad)
🕔 Bermula seawal jam 5.00 pagi
📍 Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato’ Onn, Johor Bahru

Antara aktiviti yang akan berlangsung ialah Qiamullail, Solat Subuh berjemaah dan tazkirah.

🍽️ Juadah sarapan disediakan secara percuma untuk 5,000 jemaah.

Bagi jemaah yang berhasrat menyumbang, infaq makanan amat dialu-alukan bagi bersama-sama menjayakan program ini.

Marilah bersama-sama mengimarahkan masjid, memperkukuh ukhuwah dan menyemarakkan budaya Solat Subuh berjemaah.

06/08/2026

Program Semarak Subuh Perdana Negeri Johor merupakan antara inisiatif dan komitmen berterusan Kerajaan Negeri dalam memperkukuh nilai kebersamaan, memupuk semangat perpaduan serta menyemarakkan penghayatan Islam dalam kehidupan masyarakat. Penganjurannya turut menjadi wadah untuk menghimpunkan Bangsa Johor dalam suasana penuh keberkatan dan ukhuwah.

Oleh itu, seluruh rakyat Johor beragama Islam dijemput hadir bagi bersama-sama mengimarahkan program ini. Semoga pertemuan yang bermula di rumah Allah SWT ini akan menjadi asbab kepada lahirnya masyarakat yang lebih bersatu, harmoni serta diberkati dalam membangunkan Johor yang lebih maju dan sejahtera.








Address

Bandar Dato' Onn
Johor Bahru
81100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Sultan Iskandar Bandar Dato' Onn, Johor Bahru posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Masjid Sultan Iskandar Bandar Dato' Onn, Johor Bahru:

Shortcuts

Share