Pekida Daerah KULAI

Directions

Pekida Daerah KULAI Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia
Daerah Kulai
Ditubuhkan pada 2014

28/09/2026

INNALILLAHI WA INNA ILAIHI RAJI’UN

Dengan penuh rasa dukacita dan hati yang hiba, Presiden, Barisan Ahli Majlis Tertinggi, Barisan Ayahanda serta seluruh ahli PEKIDA Malaysia merakamkan setinggi-tinggi ucapan takziah atas pemergian Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali yang telah kembali ke rahmatullah pada hari ini.

Pemergian seorang tokoh wanita yang begitu besar jasanya kepada negara merupakan satu kehilangan yang amat dirasai. Ketokohan, jasa, pengorbanan dan sumbangan beliau dalam bidang perubatan, pendidikan, kesihatan, kebajikan serta kemasyarakatan akan terus dikenang sebagai sebahagian daripada sejarah dan khazanah negara.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah, mengampuni segala dosa dan kesalahannya, menerima segala amal kebajikannya serta menempatkan beliau bersama golongan yang beriman dan beramal soleh.

Semoga seluruh keluarga diberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi saat kehilangan yang amat besar ini.

Al-Fatihah.

PRESIDEN, BARISAN AHLI MAJLIS TERTINGGI, BARISAN AYAHANDA DAN SELURUH AHLI PEKIDA MALAYSIA

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-69 | ISNIN 31/8/2026Ucapan tulus ikhlas daripada Ayahanda Fadzil, Kekanda Berlima,...
31/08/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-69 | ISNIN 31/8/2026

Ucapan tulus ikhlas daripada Ayahanda Fadzil, Kekanda Berlima, Pengerusi dan AJK Daerah serta Jemaah daerah Kulai.

SALAM MAULIDUR RASUL 1448H 2026M | SELASA 25/8/2026Selawat dan Salam buat Junjungan besar Nabi Muhammad SAW.Daripada Aya...
25/08/2026

SALAM MAULIDUR RASUL 1448H 2026M | SELASA 25/8/2026

Selawat dan Salam buat Junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
Daripada Ayahanda Fadzil, Kekanda Berlima, Pengerusi dan AJK Daerah Kulai serta jemaah Daerah Kulai.

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-12 PEKIDA DAERAH KULAI 2026 | AHAD 9/8/2026Himpunan gambar yang dirakam sepanjang mesyua...
20/08/2026

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-12 PEKIDA DAERAH KULAI 2026 | AHAD 9/8/2026

Himpunan gambar yang dirakam sepanjang mesyuarat agung berlangsung di Warung 800 Pekan Nenas.Terima kasih diatas kehadiran barisan Ayahanda,Kanda Berlima,Pengerusi dan AJK Daerah serta para jemaah Daerah Kulai.

Semoga ikatan ukhuwah diantara kita akan kekal selamanya.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 9.30 malam.

#

16/07/2026
27/05/2026

KATEGORI YANG LAYAK BUAT TUNTUTAN DANA E-SEDEKAH @ TABUNG KEBAJIKAN PEKIDA MALAYSIA

- PEMBEDAHAN JANTUNG
- SAKIT KRONIK TERLANTAR
- RUMAH TERBAKAR
- RAWATAN DIALISIS
- HILANG ANGGOTA BADAN (MAJOR)

SILA LAYARI https://semak.pekida.org.my/ DENGAN SEGERA...

SALAM AIDILADHA 1446H 2026M | RABU 27/5/2026Salam Aidiladha! Moga pengorbanan dan ibadah kita pada hari ini mendapat gan...
27/05/2026

SALAM AIDILADHA 1446H 2026M | RABU 27/5/2026

Salam Aidiladha! Moga pengorbanan dan ibadah kita pada hari ini mendapat ganjaran yang besar di sisi-Nya."

PROGRAM ZIARAH AIDILFITRI DAN MARHABAN PEKIDA DAERAH KULAI | AHAD 19/4/2026Himpunan gambar yang dirakam sepanjang progra...
19/04/2026

PROGRAM ZIARAH AIDILFITRI DAN MARHABAN PEKIDA DAERAH KULAI | AHAD 19/4/2026

Himpunan gambar yang dirakam sepanjang program berlangsung.
Terima kasih diatas kehadiran Ayahanda Fadzil, Tuan Pengerusi dan Jemaah daerah Kulai.

* Ranting Inas ( Rumah abg bro )
* Ranting Taib andak ( Rumah abg oll )
* ( Rumah Izam )
* Ranting Sri Pulai ( Rumah Ayah Fadhil )
* Ranting Gunung Pulai ( Rumah Hishamuddin )

31/03/2026

MENDESAK HUKUMAN PALING MAKSIMUM TERMASUK HUKUMAN MATI BAGI PESALAH MEMANDU DI BAWAH PENGARUH ALKOHOL

KENYATAAN RASMI
PRESIDEN PEKIDA MALAYSIA

30 MAC 2026

1. PEKIDA Malaysia menzahirkan rasa dukacita yang amat mendalam terhadap kejadian tragis yang meragut nyawa seorang lagi anak bangsa ekoran perbuatan tidak bermoral dan tidak berperikemanusiaan seorang pemandu mabuk. Setiap kali insiden seperti ini berlaku, masyarakat dipaksa melihat bagaimana sebuah keluarga hilang tempat bergantung, anak-anak kehilangan ayah, dan masa depan sebuah rumahtangga musnah dalam sekelip mata. Sikap cuai dan keangkuhan segelintir individu yang memilih untuk memandu di bawah pengaruh alkohol kini telah menjadi ancaman serius yang tidak lagi boleh dipandang ringan.

2. PEKIDA Malaysia menegaskan bahawa undang-undang sedia ada ternyata gagal memberikan kesan yang memadai kepada pesalah. Hukuman ringan yang diamalkan selama ini tidak mencerminkan nilai sebenar sebuah nyawa manusia yang diragut secara sia-sia. Justeru, kami mendesak agar kerajaan serta pihak berautoriti segera melakukan pindaan menyeluruh terhadap Akta Pengangkutan Jalan 1987, dengan menetapkan hukuman paling berat termasuk hukuman mati melalui proses perundangan yang sah terhadap mana-mana individu yang memandu dalam keadaan mabuk sehingga menyebabkan kematian. Sudah tiba masanya negara bersikap tegas dan tidak lagi berlembut terhadap penjenayah jalan raya yang meragut nyawa tanpa belas kasihan.

3. PEKIDA Malaysia juga menyeru agar penguatkuasaan diperhebat secara besar-besaran, termasuk operasi berterusan, pemeriksaan mengejut dan tindakan serta-merta terhadap premis hiburan yang menjadi punca penyalahgunaan alkohol secara tidak terkawal. Pemandu mabuk bukan sahaja membahayakan diri sendiri, tetapi turut mengancam keselamatan seluruh masyarakat. Undang-undang mesti diperkasakan agar mereka yang mengambil mudah isu ini sedar bahawa tindakan mereka membawa risiko hukuman paling keras.

4. Kami turut menyampaikan takziah yang mendalam kepada keluarga Allahyarham. Beliau seorang yang bekerja keras, berjuang mencari rezeki untuk anak-anaknya, namun nyawanya diragut oleh perbuatan tidak bertanggungjawab seorang manusia yang mabuk. Kehilangan ini bukan sekadar statistik, tetapi sebuah tragedi yang menggoncang hati nurani masyarakat.

5. PEKIDA Malaysia berdiri teguh bersama keluarga mangsa dan seluruh rakyat Malaysia yang menuntut keadilan. Cukuplah nyawa umat Islam dan rakyat Malaysia terus menjadi korban akibat kecuaian yang tidak sepatutnya berlaku. Sudah tiba masanya negara mengambil pendirian tegas: siapa yang memandu dalam keadaan mabuk dan meragut nyawa, wajib berdepan hukuman paling keras yang dibenarkan oleh undang-undang.

Yang benar,

DATO' HJ. MOHD F**D BIN HJ MAT ISA,
PRESIDEN,
PERTUBUHAN KEBAJIKAN DAN DAKWAH ISLAMIAH MALAYSIA (PEKIDA MALAYSIA)

Address

Taman Sri Pulai
Johor Bahru
81300

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pekida Daerah KULAI posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share