VOICE

Call Directions

VOICE Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from VOICE, Community Organization, Jalan Padi Ria, Bandar Baru Uda, Johor Bahru.

Dicampak dalam sungai
21/09/2026

Dicampak dalam sungai

Anak saudara 5 tahun maut dicampak ke sungai

Foto: BERNAMA

KOTA TINGGI: Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun maut dicampak ol3h bapa saudaranya ke dalam sungai di Kampung Padang, Tanjung Sedili, dekat sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman berkata, pihaknya menerima maklumat tentang kejadian tersebut pada pukul 9.30 pagi.

"Polis terima satu laporan berkenaan kejadian seorang lelaki warga tempatan berumur lingkungan 30-an mengamuk dengan bersenjakan parang serta mengejar seorang lelaki yang berumur 40 tahun.

"Sebelum kejadian itu, suspek dipercayai telah mencampak seorang kanak-kanak perempuan berumur lima tahun ke dalam sungai sehingga menyebabkan kematian ke atas kanak-kanak tersebut," katanya dalam satu kenyataan.

Bertindak atas maklumat sepasukan anggota Balai Polis Kuala Sedeli pergi ke lokasi kejadian dan berjaya menangkap suspek berkenaan iaitu lelaki warga tempatan berumur 37 tahun.

Semasa tangkapan dilakukan berlaku pergelutan dan menyebabkan kecederaan ke atas seorang anggota polis namun suspek berjaya ditahan.

Pembantu pegawai perubatan yang tiba di sungai tersebut mengesahkan kematian mangsa.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kota Tinggi dan akan dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Pasir Gudang esok untuk dibedah siasat.

Punca kejadian masih dalam siasatan dan suspek juga dipercayai mempunyai masalah kesihatan mental.

Kes disiasat bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara antara tidak 30 hingga 40 tahun dan dihukum 12 sebatan.

Terdahulu tular cerita mengenai seorang kanak-kanak dibunuh seorang lelaki dikatakan bapa saudaranya.- MAJESTIC

Nga bakal letak jawatan?
19/09/2026

Nga bakal letak jawatan?

Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari menggesa Timbalan Pengerusi DAP, Nga Kor Ming mengotakan ikrar untuk meletakkan jawatan susulan keputusan pengampunan bersyarat terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Kor Ming sebelum ini pernah menyatakan kesediaan meletakkan jawatan sebagai anggota Jemaah Menteri sekiranya Najib dibebaskan daripada hukuman penjara yang sedang dijalaninya dalam kes SRC International.

“Sekarang masa Nga kotakan janji untuk letak jawatan. Kalau boleh bawa DAP sekali keluar kerajaan,” katanya menerusi media sosial.

Pada 12 Julai lalu, Kor Ming dilaporkan sanggup meletakkan jawatan demi mempertahankan integriti sistem kehakiman sekiranya Najib dilepaskan walaupun telah didapati bersalah.

Semalam Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan membenarkan Najib menjalani baki hukuman di bawah tahanan rumah sehingga 23 Ogos 2028 menerusi pengampunan bersyarat, tertakluk kepada pembayaran denda RM50 juta serta syarat ditetapkan.

Najib kini menjalani hukuman enam tahun penjara yang telah dikurangkan daripada hukuman asal 12 tahun dalam kes SRC International.

Bermoral, beretika?
18/09/2026

Bermoral, beretika?

Adakah pengampunan Najib bermoral, beretika? - Hassan

Berikut adalah kenyataan penuh Ahli Parlimen Pasir Gudang:

KENYATAAN MEDIA
Ahli Parlimen Pasir Gudang

Tajuk: Bermoral dan Beretikakah Pengampunan Bersayarat Najib Razak?

Keputusan Yang di Pertuan Agong memberikan pengampunan bersyarat kepada mantan Perdana Menteri Najib Razak, pada hari ini Jumaat 18 September 2026 telah menghantar satu isyarat yang salah dari segi moral dan etika kehidupan sebuah negara bangsa dan kedaulatan sebuah negara Malaysia yang bermaruah.

2.Dari segi Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang biasa, apa yang diputuskan oleh Yang diPertuan Agong itu adalah sah, tiada cacat cela,menepati peraturan dan hukum, dan tidak boleh dicabar di Mahkamah sivil.

3.Tetapi sah dari segi undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan tidak bermakna sah dari segi moral dan etika kehidupan bernegara yang menjunjung keadilan, demokratik dan kesamarataan.

4.Jika Yang diPertuan Agong melaksanakan kuasa budibicaranya dan kuasa prerogative Baginda di bawah Perkara 42(1) Perlembagaan Persekutuan dengan memberi ampun dan lega hukum kepada mantan Perdana Menteri yang telah didapati bersalah oleh Mahkamah kerana perbuatan rasuah yang berskala mega dan global, maka keputusan Yang diPertuan Agong itu akan menimbulkan satu masalah besar dari segi moral dan etika.

5.Keputusan Yang diPertuan Agong itu yang sah dari segi undang-undang dan Perlembagaan kini dipersoalkan dari segi moral dan etika.Rakyat sekarang tertanya-tanya di manakah semangat kesamarataan di bawah Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan? Di manakah kedaulatan Undang-undang dan keluhuran Perlembagaan yang ditegakkan di dalam Rukunegara?

6.Rakyat sekarang mulai berasa sinis.Jika orang berada, orang ternama dan mereka dari golongan elit berkuasa boleh dilepaskan dari penjara dan diganti dengan tahanan di rumah dengan syarat denda RM50 juta dibayar kepada pihak berkuasa, jadi apa ada lagi pada maruah dan integriti negara Malaysia ini, jika kedaulatan undang-undang boleh ditebus dengan wang ringgit? Di sinilah persoalan moral dan etika muncul.

Oleh Hassan Abdul Karim
Ahli Parlimen Pasir Gudang

Jumaat 18 September 2026

Perlu jadi pusat graviti Melayu
25/07/2026

Perlu jadi pusat graviti Melayu

UMNO perlu jadi 'pusat graviti' pengundi Melayu - Khaled

JOHOR BAHRU: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menegaskan bahawa UMNO perlu menjadi tarikan 'pusat graviti' pengundi Melayu pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16) seperti yang berlaku dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, baru-baru ini.

Menurutnya, apabila keadaan tersebut berlaku menerusi penjajaran politik yang tersusun antara parti-parti Melayu seperti dalam PRN Negeri Sembilan, politik Melayu akan lebih stabil.

"UMNO bukan dominasi sempit terhadap orang Melayu tapi tersusun Kita bawa kestabilan politik orang Melayu. Kita lihat dalam 10 tahun kebelakangan ini orang Melayu berpecah belah dan porak peranda politiknya.

"Inilah ahli-ahli UMNO melakukan terjemahan ahli-ahli dalam PRN Johor lalu," katanya semasa merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Pasir Gudang di Four Points by Sheraton, Bandar Seri Alam di sini hari ini.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang berkata, strategi tersebut dilaksanakan dalam PRN Negeri Sembilan namun tiada kerjasama seperti itu semasa PRN Johor.

Dalam sidang akhbar selepas itu, Mohamed Khaled berkata, pendekatan yang dilakukan BN dan Perikatan Nasional (PN) adalah satu strategi politik tersusun yang memberi kestabilan terhadap politik orang Melayu.

Menerusi pendekatan itu katanya, akan dapat mengelakkan Melayu daripada terus berpecah seperti yang berlaku sebelum ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, PRU-16 akan diadakan bila-bila masa berdasarkan situasi politik semasa dan perkembangan dalam PRN Melaka dan PRN Negeri Sembilan akan menjadi 'petunjuk'.

Namun, bila waktu yang tepat diadakan PRU-16 masih tidak dapat dijangka.- MAJESTIC

Senarai Exco Johor yang baharu
18/07/2026

Senarai Exco Johor yang baharu

28/06/2026

Video pilihan

28/06/2026
Kempen jangan sampai semai kebencian
21/06/2026

Kempen jangan sampai semai kebencian

Saya terharu, lega jemputan 'ikhlas' Anthony Loke
13/06/2026

Saya terharu, lega jemputan 'ikhlas' Anthony Loke

11 Julai, 1 Ogos tarikh PRN Johor, N9
12/06/2026

11 Julai, 1 Ogos tarikh PRN Johor, N9

PRN Johor 11 Julai, N. Sembilan 1 Ogoe

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menetapkan tarikh pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-16 di Johor dan Negeri Sembilan dijalankan secara berasingan dengan masing-masing pada 11 Julai dan 1 Ogos depan.

Perkara itu dimaklumkan Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harunmenerusi menerusi sidang akhbar selepas Mesyuarat Khas Urusan Pilihan Raya Umum Dewan Negeri Johor Ke-16 dan Dewan Negeri Negeri Sembilan Ke-16 di Menara SPR hari ini.

Beliau berkata, hari penamaan calon bagi PRN Johor ditetapkan pada 27 Jun, manakala hari pengundian awal pada 7 Julai.

Menurutnya, bagi PRN Negeri Sembilan p**a, hari penamaan calon ditetapkan pada 18 Julai dan pengundian awal pada 28 Julai.

Pada 1 Jun lalu, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengumumkan pembubaran DUN Johor selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail.

DUN Johor mempunyai 56 kerusi dan PRN kali ini bakal menjadi pilihan raya ke-16 bagi negeri itu.

Sementara itu, DUN Negeri Sembilan dibubarkan pada 5 Jun selepas Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun mengumumkan pembubaran sehari sebelum itu.

Pembubaran DUN Negeri Sembilan yang mempunyai 36 kerusi dibuat selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir. – UTUSAN

Address

Jalan Padi Ria, Bandar Baru Uda
Johor Bahru
81200

Telephone

+60167199814

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when VOICE posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share