Masjid Pulai Indah

Masjid Pulai Indah Masjid Taman Pulai Indah, Taman Pulai Indah, Johor

04/06/2026

Kematian bukan sekadar kehilangan, tetapi peringatan bahawa kita juga menuju destinasi yang sama. Semoga Allah merahmati mereka yang telah pergi dan mempersiapkan kita untuk hari yang pasti tiba.


02/06/2026

PERHATIAN!

Ini adalah peluang terakhir untuk memperbaharui Khairat Kematian MTPI. Pastikan nama anda kekal aktif dan tidak tercicir daripada senarai ahli.

Tarikh akhir ialah 31/06/2026 harap maklum.

01/06/2026

Live streaming of Masjid Taman Pulai Indah.Isnin 1/6/26 @ 16 Zulhijjah 1447H, Kuliah maghrib Disampaikan Oleh Al-Fadhil Ustaz Halim Shah.

01/06/2026

Jika kematian tidak lagi menjadi sebaik-baik nasihat, dan sebesar- besar peringatan bagi kita,

Maka ucapkanlah 𝐈𝐧𝐧𝐚𝐥𝐢𝐥𝐥𝐚𝐡𝐢 𝐰𝐚 𝐢𝐧𝐧𝐚 𝐢𝐥𝐚𝐢𝐡𝐢 𝐫𝐚𝐣𝐢𝐮𝐧,kerana mungkin saja hati kita telah mati lebih dahulu sebelum jasad kita.

Simulasi Haji Cilik 🕋Alhamdulillah, telah berlangsung program Simulasi Haji Cilik yang memberi peluang kepada anak-anak ...
31/05/2026

Simulasi Haji Cilik 🕋

Alhamdulillah, telah berlangsung program Simulasi Haji Cilik yang memberi peluang kepada anak-anak merasai dan memahami suasana serta perjalanan ibadah haji secara lebih dekat.

Semoga pengalaman ini dapat menanam rasa cinta kepada Islam dan memberi pendedahan awal tentang rukun Islam kelima kepada mereka.

Terima kasih atas kepercayaan memilih Masjid Taman Pulai Indah sebagai lokasi pembelajaran dan penganjuran program yang bermanfaat ini. Semoga segala usaha dalam mendidik generasi muda diberkati dan mendapat ganjaran daripada Allah SWT. 🤲✨





30/05/2026

Live streaming of Masjid Taman Pulai Indah.sabtu 30/5/26 @ 13 Zulhijjah 1447H, Kuliah maghrib Disampaikan Oleh Al-Fadhil Ustaz Abd Aziz.

30/05/2026

𝐊𝐞𝐦𝐞𝐫𝐢𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐈𝐛𝐚𝐝𝐚𝐡 𝐐𝐮𝐫𝐛𝐚𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟔 🐄✨

Semoga kita dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan dipertemukan lagi pada Ibadah Qurban tahun hadapan. Insya-Allah. 🤲🏻❤️


29/05/2026

Menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada DYMM Tuanku Sultan Johor atas kurniaan seekor lembu sempena Program Ibadah Qurban di Masjid Taman Pulai Indah pada tahun ini. 🐄✨

Sesungguhnya sumbangan dan keprihatinan Tuanku amat bermakna buat seluruh pihak masjid serta para kariah dalam bersama-sama menyemarakkan syiar Islam dan menghidupkan ibadah qurban yang penuh keberkatan ini.

Semoga Allah SWT sentiasa mengurniakan Tuanku kesihatan yang baik, dipanjangkan usia dalam keberkatan serta terus berada di bawah lindungan dan rahmat-Nya. Patik dan seluruh kariah merafakkan setinggi-tinggi penghargaan serta doa buat Tuanku.

Daulat Tuanku. 🤲🏻





📸 Liputan Program Ibadah Qurban Masjid Taman Pulai Indah 🐄✨Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT atas kelancaran Pro...
28/05/2026

📸 Liputan Program Ibadah Qurban Masjid Taman Pulai Indah 🐄✨

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT atas kelancaran Program Ibadah Qurban yang berlangsung dengan penuh semangat ukhuwah dan kebersamaan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada YB Tok Pandak Ahmad, ADUN Iskandar Puteri atas kesudian hadir bersama-sama meraikan dan menyantuni kariah Masjid Taman Pulai Indah.

Turut hadir memeriahkan program, Tok Mohd Farizul Mohd Hairi selaku Ketua Kampung Kangkar Pulai. Kehadiran para tetamu dan seluruh sukarelawan amat dihargai dalam menjayakan program penuh keberkatan ini.

Semoga segala usaha, pengorbanan dan amal kebajikan yang dilakukan diterima Allah SWT serta mengeratkan lagi ukhuwah sesama masyarakat. 🤍

Part 2 | Program Ibadah Qurban Masjid Taman Pulai Indah 🐄✨
28/05/2026

Part 2 | Program Ibadah Qurban Masjid Taman Pulai Indah 🐄✨


Address

Taman Pulai Indah
Johor Bahru
81110

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Pulai Indah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Masjid Pulai Indah:

Share