Dunia Seni Silat Melayu Selangor

Dunia Seni Silat Melayu Selangor Badan Pengamal Seni Silat dan Seni Warisan Melayu Negeri Selangor. Memartabat Membudaya serta Mendau

Merafak Sembah Setinggi-tinggi Tahniah dan Ucap Selamat sempena Ulang Tahun Hari Kelahiran Ke-55 Duli Yang Maha Mulia Te...
04/06/2026

Merafak Sembah Setinggi-tinggi Tahniah dan Ucap Selamat sempena Ulang Tahun Hari Kelahiran Ke-55 Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin.

Semoga Allah Subhanahu Wata’ala lanjutkan usia Tuanku dalam keafiatan dan senantiasa berada dalam lindungan Allah serta hidup dengan penuh kebahagiaan, dianugerahkan segala taufik dan hidayah, kewibawaan dan kebesaran, kehormatan dan kemuliaan, darjat dan daulat, fid-dunia wal-akhirat.

Daulat Tuanku!

Patik merafak sembah setinggi-tinggi tahniah dan menjunjung kasih ke hadapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Ba...
31/05/2026

Patik merafak sembah setinggi-tinggi tahniah dan menjunjung kasih ke hadapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVII, Sultan Ibrahim, atas segala kebijaksanaan, kepimpinan serta keprihatinan Baginda dalam menerajui negara.

Sesungguhnya, patik sekalian rakyat Malaysia sentiasa menzahirkan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada institusi Raja Berperlembagaan serta mendoakan agar Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku sentiasa dikurniakan keafiatan, kesejahteraan, kebahagiaan dan keberkatan dalam memayungi negara tercinta.

Semoga Allah SWT melanjutkan usia Baginda, mengurniakan kekuatan dan kebijaksanaan yang berterusan dalam memimpin negara ke arah kemakmuran, perpaduan dan kesejahteraan rakyat.

Daulat Tuanku. Daulat Tuanku. Daulat Tuanku.

31/05/2026
Selamat Menyambut Ulang Tahun Ke-10 DSSM Selangor (2016–2026)Sedekad Melestarikan Warisan, Memperkukuh Persaudaraan dan ...
30/05/2026

Selamat Menyambut Ulang Tahun Ke-10 DSSM Selangor (2016–2026)

Sedekad Melestarikan Warisan, Memperkukuh Persaudaraan dan Memartabatkan Seni Silat Melayu untuk Generasi Kini dan Akan Datang.

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 🌙✨Semoga setiap pengorbanan yang dilakukan dengan ikhlas diterima oleh Allah SWT, ...
26/05/2026

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 🌙✨

Semoga setiap pengorbanan yang dilakukan dengan ikhlas diterima oleh Allah SWT, dan setiap langkah kehidupan dipenuhi keberkatan, ketenangan serta rezeki yang melimpah. Aidiladha mengajar kita tentang erti keikhlasan, kesabaran dan kasih sayang sesama insan.

Di hari yang mulia ini, marilah kita menghargai keluarga, sahabat dan mereka yang sentiasa ada dalam perjalanan hidup kita. Semoga silaturahim terus erat dan hati sentiasa dipenuhi kebaikan.

Hari Arafah mengajar kita tentang keikhlasan, kesabaran dan harapan. Semoga Allah membuka pintu rezeki, kesihatan, kebah...
25/05/2026

Hari Arafah mengajar kita tentang keikhlasan, kesabaran dan harapan. Semoga Allah membuka pintu rezeki, kesihatan, kebahagiaan serta mengurniakan kehidupan yang lebih baik buat kita dan insan tersayang.

“Tiada hari yang lebih banyak Allah membebaskan hamba-Nya daripada api neraka melainkan pada Hari Arafah.”

Selamat menyambut Hari Arafah.
Semoga doa-doa yang dipendam menjadi kenyataan, dan setiap langkah kita sentiasa berada dalam rahmat-Nya.

16/05/2026

SILEK TUO LENGGENG ( #2)

Apabila menceritakan Sejarah Silat Pusako Ampek tidak boleh lari dari tokoh-tokoh hebat Silek Tuo Lenggeng berikut seperti. Nasihat Guru Tuo kami Guru Tuo Arizan namo-namo ini jangan kalian lupo.
Pendekar Rajo
Imam Abu
Pak Nawi
Pak Hashim
Yusuf Binu
Saenan Bagak
Mat Diah Hassan
Pandekar Karim (Sesapan Minangkabau)
Pak Susuih (Langat)
Mari sedekahkan bacaan Al Fatihah kepada mereka yang telah kembali.
Ada banyak lagi nama-nama yang saya sendiri tak dapat gali. Kalau ada sahabat-sahabat lama Lenggeng yang tahu boleh tuliskan di ruangan komen atau jika ada gambar-gambar lama yang berkaitan dengan tokoh2 ini atau Silat Semulajadi boleh share di bahagian komen.
**********
Klik link untuk tengok program Master Class Silek Tuo Lenggeng.
Jom masuk ke grup event:
https://www.facebook.com/events/1450512843036736/?active_tab=discussion
teratas

Gambar: Silat Semulajadi Daching

Sesiapa yang di Perak Jom hadir beramai ramai. Forum di moderasikan oleh YB Mohamad Zuraimi Razali YDP GASSSAK, YDP DSSM...
07/05/2026

Sesiapa yang di Perak Jom hadir beramai ramai. Forum di moderasikan oleh YB Mohamad Zuraimi Razali YDP GASSSAK, YDP DSSM Perak dan Timbalan Presiden DSSM MALAYSIA

https://www.facebook.com/share/18uaP541WC/

Address

Johol

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dunia Seni Silat Melayu Selangor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Dunia Seni Silat Melayu Selangor:

Share