Muafakat MRSM KuPa

Muafakat MRSM KuPa Collaboration Parent and Teachers for Kuparian Excellence

12/08/2026

οΏ½ #24 π˜½π™„π˜Ύπ˜Όπ™π˜Ό π˜Όπ™†π˜Όπ˜Ώπ™€π™ˆπ™„π™†

π™Žπ™π™π˜Όπ™π™€π™‚π™„ π˜½π™€π™‡π˜Όπ™…π˜Όπ™ π˜Ώπ™„ π™‡π™π˜Όπ™ π™‰π™€π™‚π˜Όπ™π˜Ό

Pihak MUAFAKAT MARA Malaysia dengan sukacitanya menjemput semua terutama nya anak anak SPM 2026 dan waris untuk menyertai sesi Bicara Akademik yang akan mengupas strategi belajar di luar negara.

Sesi ini sangat bermanfaat khususnya kepada anak anak SPM 2026 yang sedang membuat persediaan untuk mencari peluang belajar ke luar negara.

οΏ½ 12 Ogos 2026 (Rabu)
οΏ½ 9.00 malam
οΏ½ Platform: FB Live MUAFAKAT MARA Malaysia
οΏ½ Pautan: https://www.facebook.com/MUAFAKATMARAMalaysia/

οΏ½ Penyampai
1. Mej Hj Mahadi Hj Shukor, TUDM Bersara: Chairman EDUMi.my
2. Prof Madya Dr Abdul Rahman Jaaffar- CEO EDUMi.my - Live from FINLAND οΏ½
3. Dr Ameer Adeeb- CTO : Website EDUMi.my Application
4. Overseas Ground Support - services

οΏ½ Terbuka kepada semua guru-guru ibu bapa/waris dan pelajar SPM 2026 khasnya

οΏ½ Jangan lepaskan peluang keemasan ini!

Biro Akademik
MUAFAKAT MARA MALAYSIA
2025-2027

πŸŽ‰πŸ† UCAPAN SETINGGI-TINGGI TAHNIAH! πŸ†πŸŽ‰MUAFAKAT MRSM Kubang Pasu merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada dua ...
10/08/2026

πŸŽ‰πŸ† UCAPAN SETINGGI-TINGGI TAHNIAH! πŸ†πŸŽ‰

MUAFAKAT MRSM Kubang Pasu merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada dua orang pendebat hebat MRSM Kubang Pasu:

🌟 Nur Qalisya binti Hisam Masry β€” Batch Al-Itqan
🌟 Aniq Zharfan bin Muhd Nor β€” Batch Erudite

atas pencapaian membanggakan dalam Pertandingan Debat Antara Sekolah (IDC) IIUM 2026 – Kategori Bahasa Melayu, 7–9 Ogos 2026.

πŸ… Pencapaian:
β€’ Layak ke Pusingan Menang Mara
β€’ Aniq Zharfan – Pendebat Terbaik Pusingan 1
β€’ Tempat Kedua Pusingan 1

Kejayaan ini merupakan hasil usaha, keberanian, keyakinan dan semangat juang yang tinggi. Semoga Qalisya dan Aniq terus mengasah bakat, melangkah lebih jauh dan menjadi inspirasi kepada seluruh warga MRSM Kubang Pasu. πŸ’™πŸ’›

Terima kasih dan tahniah juga kepada guru pembimbing serta Unit Bahasa Melayu atas bimbingan dan komitmen dalam membentuk bakat hebat anak-anak KuPa.

Kami bangga dengan kalian! 🌟
Teruskan kecemerlangan dan harumkan nama MRSM Kubang Pasu di pentas yang lebih tinggi.

Daripada seluruh warga
MUAFAKAT MRSM KUBANG PASU ❀️

✨ SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPMRSM 2026 ✨Buat seluruh putera dan puteri INVICTUS, MUAFAKAT MRSM Kubang Pasu mengucap...
10/08/2026

✨ SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPMRSM 2026 ✨

Buat seluruh putera dan puteri INVICTUS, MUAFAKAT MRSM Kubang Pasu mengucapkan Selamat Menduduki Peperiksaan SPMRSM 2026, 10–27 Ogos 2026. πŸ“šβœπŸ»

Setiap usaha, pengorbanan dan kesungguhan kalian selama ini kini sampai ke medan untuk dibuktikan. Hadapilah setiap kertas dengan tenang, yakin dan penuh tawakal. Percayalah pada kemampuan diri dan berikan yang terbaik. ❀️

🀲 Ψ§Ω„Ω„ΩŽΩ‘Ω‡ΩΩ…ΩŽΩ‘ Ω„ΩŽΨ§ Ψ³ΩŽΩ‡Ω’Ω„ΩŽ Ψ₯ΩΩ„ΩŽΩ‘Ψ§ Ω…ΩŽΨ§ Ψ¬ΩŽΨΉΩŽΩ„Ω’ΨͺΩŽΩ‡Ω Ψ³ΩŽΩ‡Ω’Ω„Ω‹Ψ§

Ya Allah, permudahkanlah urusan putera-puteri Invictus. Kurniakanlah ketenangan hati, kefahaman yang jelas, ingatan yang baik serta ilham untuk memberikan jawapan yang terbaik. Semoga setiap usaha mereka dipermudahkan dan dikurniakan kejayaan yang cemerlang serta diberkati.

Terus melangkah, jangan pernah berputus asa. Usaha, doa dan tawakal β€” Insya-Allah kejayaan menanti. 🌟

Doa dan restu sentiasa mengiringi kalian daripada ibu bapa, guru-guru dan MUAFAKAT MRSM Kubang Pasu.

❀️ All the best, INVICTUS!
Unconquerable. Berjuang hingga ke garisan akhir! πŸ†

β€œSemoga dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan kejayaan cemerlang di dunia dan akhirat.”

πŸ“πŸ† TAHNIAH WIRA PINGPONG MRSM KUBANG PASU! πŸ†πŸ“Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada pasukan Pingpong MRSM K...
08/08/2026

πŸ“πŸ† TAHNIAH WIRA PINGPONG MRSM KUBANG PASU! πŸ†πŸ“

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada pasukan Pingpong MRSM Kubang Pasu atas pencapaian membanggakan dalam Kejohanan Pingpong Super X MRSM 2026 yang berlangsung pada 5 Ogos 2026 di Dewan Fuza Sport Arena, Kulim, Kedah.

πŸ₯‰ Tempat Ketiga Bersama – Beregu
Syed Uzayr & Muhammad Mujahid

πŸ₯ˆ Tempat Kedua – Perseorangan
Muhammad Adam

πŸ₯ˆ Tempat Kedua – Beregu
Muhammad Aizam Luqman & Muhammad Irfan

🌟 Lebih membanggakan, Muhammad Adam, Muhammad Aizam Luqman dan Muhammad Irfan turut berjaya melayakkan diri untuk mara ke PERINGKAT KEBANGSAAN yang bakal berlangsung di USM, Pulau Pinang! πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ“

Kejayaan ini merupakan hasil usaha gigih, disiplin, semangat juang yang tinggi serta komitmen yang tidak pernah mengenal erti mengalah. Setiap latihan dan pengorbanan akhirnya membuahkan hasil yang cukup membanggakan. πŸ’ͺ✨

MUAFAKAT MRSM Kubang Pasu amat berbangga dengan pencapaian anak-anak KuPa yang terus mengharumkan nama maktab. Semoga Adam, Aizam dan Irfan diberikan kekuatan, ketenangan serta dipermudahkan segala urusan untuk memberikan aksi terbaik di pentas kebangsaan nanti. πŸ€²πŸ»πŸ’™

Terima kasih dan tahniah juga kepada guru pembimbing, jurulatih serta semua pihak yang sentiasa memberikan bimbingan, sokongan dan dorongan kepada para pemain.

Selamat maju jaya ke Peringkat Kebangsaan! πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ†
Teruskan terbang tinggi, KuPa Warriors! πŸ”₯πŸ“

+

πŸΉπŸ† TAHNIAH WIRA MEMANAH MRSM KUBANG PASU! πŸ†πŸΉAlhamdulillah, setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas diucapkan kepada pa...
08/08/2026

πŸΉπŸ† TAHNIAH WIRA MEMANAH MRSM KUBANG PASU! πŸ†πŸΉ

Alhamdulillah, setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas diucapkan kepada pasukan memanah MRSM Kubang Pasu atas pencapaian yang amat membanggakan dalam Kejohanan Memanah SUPER X MRSM 2026 Peringkat Negeri Kedah yang berlangsung pada 6 Ogos 2026 di Padang Exceed Archery Sport Complex, Kelubi Luar, Jitra, Kedah.

🌟 Pencapaian hebat KuPa Warriors:

* πŸ₯‡ Johan Keseluruhan MRSM SUPER X Negeri Kedah β€” Haris Hizaruddin, Haziq Hizaruddin & Wan Muhammad A’sy Sufyan Wan Mohd Hudri
* πŸ₯‡ Jarak 60m β€” Haziq Hizaruddin, Naib Johan; Haris Hizaruddin, tempat ketiga
* πŸ₯‡ Jarak 50m Lelaki β€” Haris Hizaruddin, Johan
* πŸ₯‡ Jarak 40m Lelaki β€” Haris Hizaruddin, Johan; Haziq Hizaruddin, Naib Johan
* πŸ₯‡ Jarak 30m Lelaki β€” Haris Hizaruddin, Johan
* πŸ† Keseluruhan Individu β€” Haris Hizaruddin, Johan; Haziq Hizaruddin, tempat keempat

Alhamdulillah, Haris dan Haziq akan mewakili Negeri Kedah ke Kejohanan Memanah SuperX 2026 peringkat kebangsaan di USM Pulau Pinang.

Pencapaian luar biasa ini membuktikan bahawa disiplin, fokus, latihan yang konsisten dan semangat juang yang tinggi mampu membawa anak-anak KuPa terbang lebih jauh. Setiap anak panah yang dilepaskan membawa bersama usaha, doa dan tekad untuk memberikan yang terbaik. 🎯

MUAFAKAT MRSM Kubang Pasu amat berbangga dengan kejayaan para atlet yang telah mengharumkan nama maktab. Penghargaan dan terima kasih juga buat guru pembimbing, jurulatih, pihak maktab serta ibu bapa yang sentiasa memberikan sokongan, dorongan dan doa.

Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus melakar lebih banyak kecemerlangan dan membawa nama MRSM Kubang Pasu ke peringkat yang lebih tinggi. 🌟

Teruskan membidik impian, KuPa Warriors! 🎯🏹
Aim High β€’ Fly High β€’ KuPa Fly High!

+

⚽ MUAFAKAT MRSM Kubang Pasu Berbangga Bersama KuPa Warriors! πŸ’™πŸ’›Alhamdulillah, MUAFAKAT MRSM Kubang Pasu berasa amat bang...
06/08/2026

⚽ MUAFAKAT MRSM Kubang Pasu Berbangga Bersama KuPa Warriors! πŸ’™πŸ’›

Alhamdulillah, MUAFAKAT MRSM Kubang Pasu berasa amat bangga dan bersyukur apabila Pasukan Bola Sepak MRSM Kubang Pasu telah mengenakan jersi tajaan MUAFAKAT sepanjang penyertaan mereka dalam Kejohanan Bola Sepak Super X MRSM Kedah 2026.

Sokongan ini merupakan tanda komitmen MUAFAKAT dalam membantu menyemarakkan semangat kesukanan serta memberi motivasi kepada anak-anak MRSM Kubang Pasu untuk terus berjuang dengan penuh dedikasi, disiplin dan semangat berpasukan.

Lebih membanggakan, pasukan berjaya menamatkan kejohanan dengan meraih Tempat Ketiga, sekali gus membuktikan bahawa usaha gigih dan semangat juang yang tinggi mampu menghasilkan kejayaan yang membanggakan.

Terima kasih kepada barisan jurulatih, guru penasihat, pengurusan maktab, para ibu bapa serta semua penyokong yang sentiasa memberikan sokongan padu kepada pasukan.

Semoga jersi ini menjadi simbol semangat, perpaduan dan kebersamaan antara MUAFAKAT dan seluruh warga MRSM Kubang Pasu dalam melahirkan lebih ramai pelajar yang cemerlang bukan sahaja dalam akademik, malah dalam bidang sukan dan sahsiah.

Tahniah KuPa Warriors! Teruskan melakar kejayaan dan mengharumkan nama MRSM Kubang Pasu di persada yang lebih tinggi. πŸ’ͺβš½πŸ†

πŸ† Tahniah Juara Badminton MRSM Kubang Pasu! 🏸πŸ₯‡Alhamdulillah, setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Muhammad Irham Dan...
06/08/2026

πŸ† Tahniah Juara Badminton MRSM Kubang Pasu! 🏸πŸ₯‡

Alhamdulillah, setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Muhammad Irham Danial dan Muhammad Adel Iman (Al-Itqan) atas kejayaan muncul sebagai JOHAN dalam Kejohanan Badminton Super X MRSM 2026 yang telah berlangsung pada 5 Ogos 2026 di Dewan Badminton Fuza, Kulim.

Lebih membanggakan, Muhammad Irham Danial turut terpilih mewakili MRSM ke Kejohanan Badminton Super X MRSM Peringkat Kebangsaan. Semoga pemilihan ini menjadi pembakar semangat untuk terus memberikan aksi terbaik dan mengharumkan nama MRSM Kubang Pasu di pentas kebangsaan.

Kejayaan ini merupakan hasil daripada usaha gigih, disiplin, semangat juang yang tinggi serta komitmen yang tidak pernah mengenal erti putus asa. Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga MRSM Kubang Pasu untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik, sukan dan sahsiah.

Selamat maju jaya kepada Muhammad Irham Danial di peringkat kebangsaan. Semoga dikurniakan kesihatan, kekuatan, ketenangan dan kejayaan yang lebih gemilang. Kami seluruh warga Muafakat MRSM Kubang Pasu sentiasa mendoakan yang terbaik buat anda.

Syabas dan tahniah, KuPa Warriors! Teruskan mengorak langkah menuju kegemilangan! πŸ’™πŸ’›

πŸ† Tahniah MRSM Kubang Pasu! βš½πŸ’™Alhamdulillah, setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Pasukan Bola Sepak MRSM Kubang Pas...
06/08/2026

πŸ† Tahniah MRSM Kubang Pasu! βš½πŸ’™

Alhamdulillah, setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Pasukan Bola Sepak MRSM Kubang Pasu atas kejayaan meraih Tempat Ketiga dalam Kejohanan Bola Sepak Super X MRSM 2026 yang berlangsung pada 6 Ogos 2026.

Kejayaan ini adalah hasil daripada semangat juang yang tinggi, disiplin, kerja berpasukan serta usaha gigih para pemain, guru penasihat dan semua yang terlibat.

Sekalung penghargaan dan tahniah juga diucapkan kepada Guru Penasihat, Encik Firdaus Zamri dan Encik Izhar Idros, atas bimbingan serta komitmen yang telah membawa pasukan mencapai kejayaan yang membanggakan.

Semoga pencapaian ini menjadi pembakar semangat untuk terus melakar lebih banyak kejayaan pada masa hadapan serta mengharumkan nama MRSM Kubang Pasu di peringkat yang lebih tinggi.

Syabas KuPa Warriors! Teruskan berjuang, teruskan melakar kecemerlangan! πŸ’ͺβš½πŸ…

Alhamdulillah 🀲Sumbangan Facemask daripada MUAFAKAT MRSM Kubang Pasu telah selamat diserahkan kepada Timbalan Pengetua P...
04/08/2026

Alhamdulillah 🀲

Sumbangan Facemask daripada MUAFAKAT MRSM Kubang Pasu telah selamat diserahkan kepada Timbalan Pengetua Pembangunan Pelajar (TPPP) MRSM Kubang Pasu, En. Nasri Nasfi pada petang tadi melalui Puan Hilmiyati.

Sebanyak 1,850 keping facemask disumbangkan sebagai usaha bersama dalam membantu pihak maktab memastikan kesihatan, keselamatan dan kebajikan putera-puteri sentiasa terpelihara, khususnya dalam usaha mencegah penularan penyakit berjangkit Influenza.

Semoga sumbangan kecil ini memberi manfaat kepada warga MRSM Kubang Pasu dan menjadi asbab kepada persekitaran pembelajaran yang lebih selamat dan kondusif.

Terima kasih kepada semua pihak yang sentiasa menyokong setiap usaha MUAFAKAT demi kebajikan anak-anak.

29/07/2026

π™Žπ™„π™π˜Όπ™ π˜½π™π™‡π™„: π™‚π™€π™‰π™€π™π˜Όπ™Žπ™„ π˜½π™€π˜½π˜Όπ™Ž π™†π™€π™‚π˜Όπ™‰π˜Όπ™Žπ˜Όπ™‰
Pihak MUAFAKAT MARA Malaysia dengan sukacitanya menjemput semua terutamanya ibu ayah yang sedang kerisauan dan kebimbangan tentang keselamatan anak anak di asrama, samada dibuli atau menjadi pembuli.
Sesi ini sangat bermanfaat khususnya kepada semua termasuk pihak guru yang sering berhadapan dengan isu buli di kalangan anak anak di asrama .
πŸ—“οΈ 29 Julai 2026 (Rabu)
πŸ•˜ 9.00 malam
πŸ’» Platform: FB Live MUAFAKAT MARA Malaysia
πŸ”— Pautan: https://www.facebook.com/MUAFAKATMARAMalaysia/
🎀 Penyampai
Ustaz Fazrul Ismail
Yayasan Warisan Ummah Ikhlas
πŸ“Œ Terbuka kepada semua ibu ayah, guru guru juga anak anak
🌟 Jangan lepaskan peluang keemasan ini!
Biro Akademik
MUAFAKAT MARA MALAYSIA25/27

Address

MRSM Kubang Pasu
Jitra
06000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Muafakat MRSM KuPa posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Muafakat MRSM KuPa:

Shortcuts

Share