Persatuan Bekas Pelajar MRSM Kubang Pasu

Directions Contact the organization

Persatuan Bekas Pelajar MRSM Kubang Pasu ANSARA Persatuan Bekas Pelajar MRSM Kubang Pasu Setiap pelajar yang telah tamat pengajian dari satu-satu institut pengajian digelar sebagai alumni.

Maka, MRSM Kubang Pasu turut tidak terlepas dengan ratusan alumni yang dilahirkan pada setiap tahun hasil didikan daripada sistem pendidikan MARA sejak tahun 2008. Alumni MRSM KP telah pun bermula daripada kumpulan pelajar (batch) pertama pada tahun 2008 dan setakat pada tahun 2016, seramai 8 (batch) pelajar telah menamatkan pengajian dan hampir kesemuanya melanjutkan pelajaran ke peringat universiti serta sebahagian telah memasuki alam pekerjaan. Idea penubuhan persatuan ini mula tercetus pada tahun 2014 dan pada tanggal 15 Ogos 2015, secara rasminya Jawatankuasa Penaja Persatuan Bekas Pelajar MRSM (ANSARA) Cawangan Kubang Pasu telah berjaya ditubuhkan dengan sebulat suara melantik alumni batch pertama, Muhammad Izrin Nabil B. Ismail sebagai Presiden yang pertama bagi sesi 2015/2017. Dengan visi dan misi yang kekal sama seiring ANSARA Kebangsaan, penubuhan ANSARA KP bertujuan merapatkan hubungan sesama alumni dan mengukuhkan silaturahim bersama para pelajar, para guru dan pengurusan maktab.

Syabas & Tahniah!ANSARA Kubang Pasu mengucapkan setinggi-tinggi tahniah buat pasukan debat MRSM Kubang Pasu atas pencapa...
26/09/2026

Syabas & Tahniah!

ANSARA Kubang Pasu mengucapkan setinggi-tinggi tahniah buat pasukan debat MRSM Kubang Pasu atas pencapaian membanggakan melangkah ke peringkat separuh akhir dalam Kejohanan Debat MRSM Se-Malaysia 2026 Piala Timbalan Perdana Menteri.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada para pelajar, barisan jurulatih, serta guru-guru pembimbing yang telah berusaha gigih dan membuktikan kewibawaan di pentas kebangsaan.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin semangat untuk terus melakar kejayaan yang lebih gemilang di masa hadapan!

Ψ₯ΩΩ†ΩŽΩ‘Ψ§ Ω„ΩΩ„ΩŽΩ‘Ω°Ω‡Ω وَΨ₯ΩΩ†ΩŽΩ‘Ψ§ Ψ₯ΩΩ„ΩŽΩŠΩ’Ω‡Ω Ψ±ΩŽΨ§Ψ¬ΩΨΉΩΩˆΩ†ΩŽANSARA Kubang Pasu merakamkan setinggi-tinggi rasa dukacita dan salam takzia...
26/09/2026

Ψ₯ΩΩ†ΩŽΩ‘Ψ§ Ω„ΩΩ„ΩŽΩ‘Ω°Ω‡Ω وَΨ₯ΩΩ†ΩŽΩ‘Ψ§ Ψ₯ΩΩ„ΩŽΩŠΩ’Ω‡Ω Ψ±ΩŽΨ§Ψ¬ΩΨΉΩΩˆΩ†ΩŽ
ANSARA Kubang Pasu merakamkan setinggi-tinggi rasa dukacita dan salam takziah atas pemergian:
Allahyarham Badrul Hisyam bin Arshad
(Kakitangan MRSM Kubang Pasu)

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh almarhum, memaafkan segala kesilapannya, dan menempatkannya di syurga bersama orang-orang yang beriman.

Semoga seluruh ahli keluarga arwah dikurniakan kesabaran dan ketabahan atas kehilangan ini.
Al-Fatihah.

Ikhlas daripada:
ANSARA Kubang Pasu

Innalillah wainna ilaihi rajiun. Salam takziah buat seluruh keluarga Allayarham Badrol Hisyam bin Arshad yang telah kemb...
26/09/2026

Innalillah wainna ilaihi rajiun.

Salam takziah buat seluruh keluarga Allayarham Badrol Hisyam bin Arshad yang telah kembali ke rahmatullah hari ini. Semoga beliau ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

SALAM TAKZIAH...
Warga MRSM Kubang Pasu merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham Badrol Hisham bin Arshad, salah seorang kakitangan (pemandu) MRSM Kubang Pasu yang telah kembali ke rahmatullah pada 26 September 2026.

Ψ₯ΩΩ†ΩŽΩ‘Ψ§ Ω„ΩΩ„ΩŽΩ‘Ω‡Ω وَΨ₯ΩΩ†ΩŽΩ‘Ψ§ Ψ₯ΩΩ„ΩŽΩŠΩ’Ω‡Ω Ψ±ΩŽΨ§Ψ¬ΩΨΉΩΩˆΩ†ΩŽ

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham, mengampuni segala dosa dan kesalahan beliau, menerima segala amal kebajikan serta menempatkan roh Allahyarham dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Semoga seluruh ahli keluarga diberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi kehilangan insan tersayang ini.
Al-Fatihah.
🀲 Aamiin Ya Rabbal β€˜Alamin.

Selamat menyambut Hari Malaysia 2026 kepada seluruh rakyat Malaysia! πŸ‡²πŸ‡Ύβœ¨Perpaduan adalah nadi kemakmuran negara. Walau d...
16/09/2026

Selamat menyambut Hari Malaysia 2026 kepada seluruh rakyat Malaysia! πŸ‡²πŸ‡Ύβœ¨

Perpaduan adalah nadi kemakmuran negara. Walau di mana pun kita berada, semangat cinta akan negara sentiasa menyatukan kita di bawah satu bendera.

Salam ingatan tulus ikhlas daripada kami ANSARA Kubang Pasu.

Semoga Malaysia kita terus harmoni dan gemilang! β€οΈπŸ’›πŸ’™

Terus sokong dan ikuti perkembangan kami di semua platform rasmi:
πŸ“± ANSARA Kubang Pasu | (Facebook, Instagram, X)

π’π„π‹π€πŒπ€π“ π‡π€π‘πˆ πŒπ„π‘πƒπ„πŠπ€!Keluarga besar ANSARA Kubang Pasu mengucapkan Selamat Hari Kebangsaan 2026 kepada seluruh rakyat Ma...
30/08/2026

π’π„π‹π€πŒπ€π“ π‡π€π‘πˆ πŒπ„π‘πƒπ„πŠπ€!

Keluarga besar ANSARA Kubang Pasu mengucapkan Selamat Hari Kebangsaan 2026 kepada seluruh rakyat Malaysia!

Di mana jua kita berada, semangat juang, daya usaha, dan nilai budi yang diterapkan sepanjang membesar di bumi Kubang Pasu kekal menjadi komulatif kekuatan kita untuk berbakti kepada tanah air tercinta. Kemerdekaan bukan sekadar kebebasan, tetapi sebuah amanah untuk terus menyumbang, berinovasi, dan melangkah ke hadapan demi kemajuan negara.

Semoga semangat perpaduan dan rasa cinta akan negara terus mekar dalam sanubari kita semua.

πŒπŽπ‚πŠ πˆππ“π„π‘π•πˆπ„π– πŸπŸŽπŸπŸ” πŠπ„πŒππ€π‹πˆ π‹π€π†πˆ!Assalamualaikum dan salam sejahtera para alumni MRSM Kubang Pasu ✨Pihak ANSARA Kubang P...
26/08/2026

πŒπŽπ‚πŠ πˆππ“π„π‘π•πˆπ„π– πŸπŸŽπŸπŸ” πŠπ„πŒππ€π‹πˆ π‹π€π†πˆ!

Assalamualaikum dan salam sejahtera para alumni MRSM Kubang Pasu ✨

Pihak ANSARA Kubang Pasu dengan kerjasama Unit Bimbingan & Kaunseling MRSM Kubang Pasu ingin menjemput para alumni yang berminat untuk bersama-sama menjayakan Program Mock Interview MRSM Kubang Pasu 2026.

πŸ“… Tarikh: 9 & 10 Oktober 2026 (Jumaat & Sabtu)
πŸ“ Tempat: MRSM Kubang Pasu, Kedah

Kami membuka peluang kepada para alumni untuk menyertai sebagai:

🎀 Panel Temuduga
Memberikan pengalaman, pandangan serta bimbingan kepada pelajar-pelajar MRSM Kubang Pasu sebagai persediaan menghadapi sesi temuduga sebenar.

πŸ“‹ Jawatankuasa Program
Membantu dalam aspek pengurusan dan memastikan kelancaran perjalanan program.

Bagi alumni yang berminat, pendaftaran boleh dibuat melalui imbasan kod QR atau tekan pautan berikut (profil bio):

Panel Temuduga:
https://go.mrsm-iv.com.my/reg-panel

Jawatankuasa:
http://go.mrsm-iv.com.my/reg-committee

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada:
πŸ“ž Saudara Ammar Muzaffar
011-6381 3281

Debaran semakin terasa..Nantikan..
25/08/2026

Debaran semakin terasa..

Nantikan..

π’π€π‹π€πŒ πŒπ€π”π‹πˆπƒπ”π‘ 𝐑𝐀𝐒𝐔𝐋 πŸπŸ’πŸ’πŸ–π‡ / πŸπŸŽπŸπŸ”πŒ "Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu..." ...
24/08/2026

π’π€π‹π€πŒ πŒπ€π”π‹πˆπƒπ”π‘ 𝐑𝐀𝐒𝐔𝐋 πŸπŸ’πŸ’πŸ–π‡ / πŸπŸŽπŸπŸ”πŒ

"Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu..." (Surah Al-Ahzab: 21)

Menghayati tema MADANI Dihayati, Ummah Diberkati, marilah kita bersama-sama memperbanyakkan selawat ke atas Baginda SAW serta meneladani akhlak, kepimpinan, dan sifat kasih sayang Baginda dalam kehidupan seharian.

Semoga ukhuwah dan ikatan silaturahim sesama kita sentiasa diberkati dan dirahmati Allah SWT.

Ikhlas daripada ANSARA Kubang Pasu

Ikuti Pertandingan Akhir Debat Aspirasi ANSARA 2026 Piala ANSARA Kubang Pasu
11/07/2026

Ikuti Pertandingan Akhir Debat Aspirasi ANSARA 2026 Piala ANSARA Kubang Pasu

Saksikan pusingan akhir Debat Aspirasi ANSARA 2026 Piala ANSARA Kub...

Ψ₯ΩΩ†ΩŽΩ‘Ψ§ Ω„ΩΩ„ΩŽΩ‘Ω°Ω‡Ω وَΨ₯ΩΩ†ΩŽΩ‘Ψ§ Ψ₯ΩΩ„ΩŽΩŠΩ’Ω‡Ω Ψ±ΩŽΨ§Ψ¬ΩΨΉΩΩˆΩ†ΩŽDengan penuh rasa dukacita, ANSARA Kubang Pasu merakamkan ucapan takziah kep...
05/07/2026

Ψ₯ΩΩ†ΩŽΩ‘Ψ§ Ω„ΩΩ„ΩŽΩ‘Ω°Ω‡Ω وَΨ₯ΩΩ†ΩŽΩ‘Ψ§ Ψ₯ΩΩ„ΩŽΩŠΩ’Ω‡Ω Ψ±ΩŽΨ§Ψ¬ΩΨΉΩΩˆΩ†ΩŽ

Dengan penuh rasa dukacita, ANSARA Kubang Pasu merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarhamah Nurul Najwa A’thirah binti Ahmad Zaki (SPM 2013) yang telah kembali ke rahmatullah pada 5 Julai 2026.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah, mengampunkan segala dosa dan kesilapan beliau, melapangkan kuburnya serta menempatkannya dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Semoga seluruh ahli keluarga yang ditinggalkan dikurniakan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi ujian yang amat berat ini.

Al-Fatihah.

Ikhlas daripada,
ANSARA Kubang Pasu

Address

MRSM Kubang Pasu, Lot 1929 Jalan Kg. Gelong
Jitra
06000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Bekas Pelajar MRSM Kubang Pasu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Persatuan Bekas Pelajar MRSM Kubang Pasu:

Shortcuts

Share