Persatuan Kebajikan Penduduk Taman Desa Halban

Persatuan Kebajikan Penduduk Taman Desa Halban Penggerak kepada aktiviti-aktiviti Taman Desa Halban, Jitra, Kedah
(No. Pendaftaran ROS: PPM-002-02-31122017)

Persatuan Kebajikan Penduduk Taman Desa Halban (PKPTDH) merupakan sebuah pertubuhan berdaftar di bawah Seksyen 7 Akta Pertubuhan 1966 dan Jabatan Pertubuhan Pendaftaran Malaysia (ROS) dengan nombor pendaftaran PPM-002-02-31122009. Taman Desa Halban merupakan sebuah kejiranan yang terletak di lokasi yang sangat strategik di Pantai Halban, iaitu sebuah kawasan berhampiran dengan Bandar Darulaman ata

u lebih dikenali sebagai Tanah Merah, Jitra, Kedah. Taman ini juga berada berhampiran dengan beberapa tempat tumpuan awam seperti kedai aksesori kenderaan Save Cost, Pasaraya Yawata, kompleks perniagaan Bandar Darulaman Jaya yang menempatkan rangkaian restoran makanan segera KFC, Secret Recipe, Domino's Pizza; kedai serbaneka 24 jam 7-Eleven; butik pakaian, spa dan pusat kecantikan serta gerai-gerai makanan tempatan terutama sekali char kuetiau dan kuetiau kerang yang cukup terkenal di pekan ini.

๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐Œ๐”๐€๐…๐€๐Š๐€๐“ ๐€๐’๐˜๐”๐‘๐€ ๐“๐€๐Œ๐€๐ ๐ƒ๐„๐’๐€ ๐‡๐€๐‹๐๐€๐:โ€œ๐๐”๐๐”๐‘ ๐˜๐€๐๐† ๐ƒ๐ˆ๐Œ๐€๐’๐€๐Š, ๐”๐Š๐‡๐”๐–๐€๐‡ ๐˜๐€๐๐† ๐ƒ๐ˆ๐๐„๐‘๐Š๐”๐Š๐”๐‡โ€Sesebuah program komuniti tidak h...
05/07/2026

๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐Œ๐”๐€๐…๐€๐Š๐€๐“ ๐€๐’๐˜๐”๐‘๐€ ๐“๐€๐Œ๐€๐ ๐ƒ๐„๐’๐€ ๐‡๐€๐‹๐๐€๐:
โ€œ๐๐”๐๐”๐‘ ๐˜๐€๐๐† ๐ƒ๐ˆ๐Œ๐€๐’๐€๐Š, ๐”๐Š๐‡๐”๐–๐€๐‡ ๐˜๐€๐๐† ๐ƒ๐ˆ๐๐„๐‘๐Š๐”๐Š๐”๐‡โ€

Sesebuah program komuniti tidak hanya diukur melalui hasil akhirnya, tetapi juga melalui nilai kebersamaan yang terhasil sepanjang pelaksanaannya. Begitulah indahnya Program Muafakat Asyura Taman Desa Halban 2026M/1448H yang bukan sekadar bertujuan menyediakan juadah bubur Asyura untuk dinikmati bersama, malah menjadi wadah menyuburkan semangat muafakat, perpaduan dan silaturahim dalam kalangan penduduk.

Program ini membuka ruang kepada seluruh warga Taman Desa Halban untuk berkumpul, beramah mesra, saling mengenali dan bertanya khabar sesama jiran. Dalam kesibukan rutin harian yang dipenuhi komitmen kerja dan urusan keluarga, peluang seperti inilah yang memberi ruang kepada komuniti untuk meluangkan masa bersama, mengeratkan ukhuwah serta memperkukuh hubungan kejiranan yang menjadi asas kepada sebuah komuniti yang harmoni.

Suasana gotong-royong menyediakan bahan-bahan masakan, bergilir-gilir mengacau bubur dan menikmati hasil usaha bersama menggambarkan semangat bekerjasama yang semakin s**ar ditemui dalam kehidupan moden. Aktiviti seperti ini membuktikan bahawa apabila masyarakat bersatu hati, setiap tugasan menjadi lebih ringan dan setiap pertemuan menjadi lebih bermakna.

Lebih daripada itu, Program Muafakat Asyura menjadi medan terbaik untuk memupuk budaya hidup bermasyarakat dan berjiran. Ia menyemai nilai saling menghormati, saling membantu, bertolak ansur serta memperkukuhkan rasa tanggungjawab bersama dalam menjaga keharmonian kawasan kediaman. Daripada pertemuan seperti inilah lahirnya rasa kekitaan, kepercayaan dan kesediaan untuk saling membantu ketika menghadapi saat s**a mahupun duka.

Semoga tradisi yang penuh makna ini terus diwarisi dan diperkasakan pada masa hadapan agar Taman Desa Halban sentiasa menjadi sebuah komuniti yang bersatu padu, prihatin, saling menyokong dan sentiasa mengutamakan semangat kejiranan.

Kerana hakikatnya, bubur Asyura mungkin hanya dinikmati sehari, tetapi ukhuwah yang dibina mampu kekal bertahun-tahun lamanya.

โ€œ๐™ˆ๐™ช๐™–๐™›๐™–๐™ ๐™–๐™ฉ ๐™ˆ๐™š๐™ข๐™—๐™–๐™ฌ๐™– ๐˜ฝ๐™š๐™ง๐™ ๐™–๐™ฉ, ๐™๐™ ๐™๐™ช๐™ฌ๐™–๐™ ๐™๐™š๐™ง๐™ช๐™จ ๐˜ฟ๐™ž๐™ฅ๐™š๐™ง๐™š๐™ง๐™–๐™ฉ"
๐Ÿ’™๐Ÿงก๐Ÿ’›โค๏ธ๐Ÿค

๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐Œ๐”๐€๐…๐€๐Š๐€๐“ ๐€๐’๐˜๐”๐‘๐€ ๐“๐€๐Œ๐€๐ ๐ƒ๐„๐’๐€ ๐‡๐€๐‹๐๐€๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”๐Œ/๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ–๐‡ ๐Ÿค๐Ÿ“… ๐—ฆ๐—ฎ๐—ฏ๐˜๐˜‚, ๐Ÿฐ ๐—๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—ถ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ/๐Ÿญ๐Ÿด ๐— ๐˜‚๐—ต๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—บ ๐Ÿญ๐Ÿฐ๐Ÿฐ๐Ÿด๐Ÿ•‘ ๐Ÿฎ.๐Ÿฌ๐Ÿฌ ๐—ฝ๐—ฒ๐˜๐—ฎ๐—ป๐—ด๐Ÿ  ๐—ก๐—ผ. ๐Ÿญ๐Ÿฌ๐Ÿฌ ๐—๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ป...
05/07/2026

๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐Œ๐”๐€๐…๐€๐Š๐€๐“ ๐€๐’๐˜๐”๐‘๐€ ๐“๐€๐Œ๐€๐ ๐ƒ๐„๐’๐€ ๐‡๐€๐‹๐๐€๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”๐Œ/๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ–๐‡ ๐Ÿค

๐Ÿ“… ๐—ฆ๐—ฎ๐—ฏ๐˜๐˜‚, ๐Ÿฐ ๐—๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—ถ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ/๐Ÿญ๐Ÿด ๐— ๐˜‚๐—ต๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—บ ๐Ÿญ๐Ÿฐ๐Ÿฐ๐Ÿด
๐Ÿ•‘ ๐Ÿฎ.๐Ÿฌ๐Ÿฌ ๐—ฝ๐—ฒ๐˜๐—ฎ๐—ป๐—ด
๐Ÿ  ๐—ก๐—ผ. ๐Ÿญ๐Ÿฌ๐Ÿฌ ๐—๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ป ๐——๐—ฒ๐˜€๐—ฎ ๐—›๐—ฎ๐—น๐—ฏ๐—ฎ๐—ป ๐Ÿฎ, ๐—ง๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐—ป ๐——๐—ฒ๐˜€๐—ฎ ๐—›๐—ฎ๐—น๐—ฏ๐—ฎ๐—ป

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana Program Muafakat Asyura Taman Desa Halban 2026M/1448H telah berjaya dilaksanakan dengan penuh kemeriahan hasil semangat muafakat dan kebersamaan seluruh komuniti Taman Desa Halban.

Program yang menjadi acara tahunan penduduk ini sekali lagi menjadi medan menyemarakkan ukhuwah dan menghidupkan budaya gotong-royong. Lebih membanggakan, kehadiran penduduk pada tahun ini amat menggalakkan, walaupun bertepatan dengan cuti hujung minggu yang panjang bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah DYMM Tuanku Sultan Kedah Darul Aman yang ke-84 di negeri Kedah. Kehadiran dan keberadaan komuniti dari pelbagai lapisan usia telah memeriahkan suasana, membuktikan eratnya ikatan silaturahim yang terjalin dalam kalangan warga Taman Desa Halban.

Sejak awal persiapan lagi, penduduk berganding bahu menyediakan bahan-bahan masakan sebelum bergilir-gilir mengacau bubur Asyura, mencerminkan semangat kerjasama yang menjadi identiti komuniti kita.

Hasil daripada usaha bersama ini, sebanyak 66 bekas bubur Asyura berjaya disediakan daripada satu kawah dan seterusnya diagihkan kepada seluruh penduduk Taman Desa Halban sebagai tanda kesyukuran, kebersamaan dan kasih sayang sesama jiran.

Pengerusi serta seluruh Ahli Jawatankuasa Persatuan Kebajikan Penduduk Taman Desa Halban (PKPTDH) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua penduduk yang telah memberikan komitmen, tenaga, masa dan sokongan dalam menjayakan program pada tahun ini. Semangat kesepakatan inilah yang menjadi kekuatan utama komuniti Taman Desa Halban.

Dalam masa yang sama, seluruh penduduk Taman Desa Halban turut merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Pengerusi PKPTDH, Encik Muhamad Tajudin Ismail dan isteri, Puan Fauziah Ismail, atas kesudian menyediakan ruang di kediaman beliau sebagai lokasi penganjuran pelbagai aktiviti komuniti. Kemudahan tersebut bukan sahaja memudahkan pelaksanaan program, malah menjadi pemangkin kepada pengukuhan hubungan silaturahim, semangat kejiranan dan perpaduan dalam kalangan penduduk.

Semoga budaya muafakat dan gotong-royong seperti ini terus dipelihara serta menjadi inspirasi kepada generasi akan datang dalam membina komuniti yang harmoni, prihatin dan saling membantu.

โ€œ๐™ˆ๐™ช๐™–๐™›๐™–๐™ ๐™–๐™ฉ ๐™ˆ๐™š๐™ข๐™—๐™–๐™ฌ๐™– ๐˜ฝ๐™š๐™ง๐™ ๐™–๐™ฉ, ๐™๐™ ๐™๐™ช๐™ฌ๐™–๐™ ๐™๐™š๐™ง๐™ช๐™จ ๐˜ฟ๐™ž๐™ฅ๐™š๐™ง๐™š๐™ง๐™–๐™ฉ"
๐Ÿ’™๐Ÿงก๐Ÿ’›โค๏ธ๐Ÿค

โ€œ๐““๐“ช๐“พ๐“ต๐“ช๐“ฝ ๐“ฃ๐“พ๐“ช๐“ท๐“ด๐“พโ€
04/07/2026

โ€œ๐““๐“ช๐“พ๐“ต๐“ช๐“ฝ ๐“ฃ๐“พ๐“ช๐“ท๐“ด๐“พโ€

DAULAT TUANKU

Merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah ke hadapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda yang Ke-84.

5 Julai 2026 | 19 Muharam 1448H




๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐Š๐„๐๐ƒ๐”๐‘๐ˆ ๐ƒ๐”๐‘๐ˆ๐€๐ ๐„๐๐‚๐ˆ๐Š ๐’๐‡๐€๐Š๐„๐‘ ๐ƒ๐€๐ ๐‚๐ˆ๐Š๐†๐” ๐๐”๐‘๐”๐‹๐‡๐”๐ƒ๐€Alhamdulillah, Program Majlis Kenduri Pulut Durian anjuran keluarg...
29/06/2026

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐Š๐„๐๐ƒ๐”๐‘๐ˆ ๐ƒ๐”๐‘๐ˆ๐€๐ ๐„๐๐‚๐ˆ๐Š ๐’๐‡๐€๐Š๐„๐‘ ๐ƒ๐€๐ ๐‚๐ˆ๐Š๐†๐” ๐๐”๐‘๐”๐‹๐‡๐”๐ƒ๐€

Alhamdulillah, Program Majlis Kenduri Pulut Durian anjuran keluarga Encik Mohamad Shaker Ismail dan Cikgu Nurulhuda Ahmad telah berlangsung dengan lancar dan penuh kemeriahan pada malam Khamis yang lalu.

Majlis dimulakan dengan bacaan tahlil dan doa selamat, sebelum para tetamu menikmati hidangan pulut durian yang disediakan. Kehadiran penduduk Taman Desa Halban telah menyerikan lagi suasana, sekali gus mencerminkan semangat muafakat, kejiranan dan ukhuwah yang sentiasa utuh dalam komuniti.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Encik Shaker dan Cikgu Nurulhuda selaku tuan rumah majlis, terima kasih semua yang sudi meluangkan masa untuk hadir serta kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan majlis ini.

Jom sama-sama menyumbang!
29/06/2026

Jom sama-sama menyumbang!

NOTIS MAKLUMAN PERUBAHAN JADUAL KUTIPAN SISA PEPEJAL DI NEGERI KEDAH DAN PERLISUntuk makluman, terdapat perubahan pada j...
29/06/2026

NOTIS MAKLUMAN PERUBAHAN JADUAL KUTIPAN SISA PEPEJAL DI NEGERI KEDAH DAN PERLIS

Untuk makluman, terdapat perubahan pada jadual perkhidmatan kutipan sisa pepejal bagi kawasan taman perumahan di Negeri Kedah dan Perlis.

Penduduk disarankan untuk menyemak jadual kutipan yang terkini dan mengeluarkan tong atau sisa pepejal mengikut hari serta waktu yang telah ditetapkan bagi memastikan kelancaran operasi kutipan.

NOTIS MAKLUMAN PERUBAHAN JADUAL KUTIPAN SISA PEPEJAL DI NEGERI KEDAH DAN PERLIS

Untuk makluman, terdapat perubahan pada jadual perkhidmatan kutipan sisa pepejal bagi kawasan taman perumahan di Negeri Kedah dan Perlis.

Penduduk disarankan untuk menyemak jadual kutipan yang terkini dan mengeluarkan tong atau sisa pepejal mengikut hari serta waktu yang telah ditetapkan bagi memastikan kelancaran operasi kutipan.

Sila imbas kod QR yang disediakan untuk menyemak jadual kutipan terkini bagi kawasan anda.

Kerjasama semua penduduk dalam mematuhi jadual baharu ini amat dihargai. Segala kesulitan yang timbul amatlah dikesali.



Majlis Bandaraya Alor Setar-MBAS
Majlis Perbandaran Kangar Perlis
MAJLIS DAERAH PENDANG
Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan
Majlis Perbandaran Kubang Pasu
Majlis Perbandaran Kulim
Majlis Perbandaran Sungai Petani
Majlis Daerah S*k
Majlis Daerah Baling
Majlis Daerah Bandar Baharu
Majlis Daerah Padang Terap
Majlis Daerah Yan
SWCorp Negeri Kedah
Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam - SWCorp

๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐Œ๐”๐€๐…๐€๐Š๐€๐“ ๐€๐’๐˜๐”๐‘๐€ ๐“๐€๐Œ๐€๐ ๐ƒ๐„๐’๐€ ๐‡๐€๐‹๐๐€๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”๐Œ/๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ–๐‡ ๐Ÿค๐Ÿ“… ๐—ฆ๐—ฎ๐—ฏ๐˜๐˜‚, ๐Ÿฐ ๐—๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—ถ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ/๐Ÿญ๐Ÿด ๐— ๐˜‚๐—ต๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—บ ๐Ÿญ๐Ÿฐ๐Ÿฐ๐Ÿด๐Ÿ•‘ ๐Ÿฎ.๐Ÿฌ๐Ÿฌ ๐—ฝ๐—ฒ๐˜๐—ฎ๐—ป๐—ด๐Ÿ  ๐—ก๐—ผ. ๐Ÿญ๐Ÿฌ๐Ÿฌ ๐—๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ป...
28/06/2026

๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐Œ๐”๐€๐…๐€๐Š๐€๐“ ๐€๐’๐˜๐”๐‘๐€ ๐“๐€๐Œ๐€๐ ๐ƒ๐„๐’๐€ ๐‡๐€๐‹๐๐€๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”๐Œ/๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ–๐‡ ๐Ÿค

๐Ÿ“… ๐—ฆ๐—ฎ๐—ฏ๐˜๐˜‚, ๐Ÿฐ ๐—๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—ถ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ/๐Ÿญ๐Ÿด ๐— ๐˜‚๐—ต๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—บ ๐Ÿญ๐Ÿฐ๐Ÿฐ๐Ÿด
๐Ÿ•‘ ๐Ÿฎ.๐Ÿฌ๐Ÿฌ ๐—ฝ๐—ฒ๐˜๐—ฎ๐—ป๐—ด
๐Ÿ  ๐—ก๐—ผ. ๐Ÿญ๐Ÿฌ๐Ÿฌ ๐—๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ป ๐——๐—ฒ๐˜€๐—ฎ ๐—›๐—ฎ๐—น๐—ฏ๐—ฎ๐—ป ๐Ÿฎ, ๐—ง๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐—ป ๐——๐—ฒ๐˜€๐—ฎ ๐—›๐—ฎ๐—น๐—ฏ๐—ฎ๐—ป

โ€œMuafakat Membawa Berkat, Ukhuwah Terus Diperkukuh"

ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ุฃูŽูƒู’ุจูŽุฑูุŒ ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ุฃูŽูƒู’ุจูŽุฑูุŒ ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ุฃูŽูƒู’ุจูŽุฑูุŒ ู„ูŽุงุงูู„ูฐู‡ูŽ ุงูู„ูŽู‘ุง ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ูˆูŽุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ุฃูŽูƒู’ุจูŽุฑูุŒ ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ุฃูŽูƒู’ุจูŽุฑู ูˆูŽู„ู...
29/05/2026

ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ุฃูŽูƒู’ุจูŽุฑูุŒ ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ุฃูŽูƒู’ุจูŽุฑูุŒ ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ุฃูŽูƒู’ุจูŽุฑูุŒ ู„ูŽุงุงูู„ูฐู‡ูŽ ุงูู„ูŽู‘ุง ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ูˆูŽุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ุฃูŽูƒู’ุจูŽุฑูุŒ ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ุฃูŽูƒู’ุจูŽุฑู ูˆูŽู„ูู„ูŽู‘ู‡ู ุงู„ู’ุญูŽู…ู’ุฏู

Firman Allah Taโ€™ala dalam Surah al-Kauthar, 108:2:
ููŽุตูŽู„ูู‘ ู„ูุฑูŽุจูู‘ูƒูŽ ูˆูŽุงู†ู’ุญูŽุฑู’

Maksudnya:
โ€œ๐˜–๐˜ญ๐˜ฆ๐˜ฉ ๐˜ช๐˜ต๐˜ถ, ๐˜ฌ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ซ๐˜ข๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ญ๐˜ข๐˜ฉ ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ฃ๐˜ข๐˜ฉ๐˜บ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ ๐˜ฌ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ข ๐˜›๐˜ถ๐˜ฉ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ฎ๐˜ถ ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ต๐˜ข-๐˜ฎ๐˜ข๐˜ต๐˜ข, ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ฃ๐˜ฆ๐˜ญ๐˜ช๐˜ฉ๐˜ญ๐˜ข๐˜ฉ ๐˜ฌ๐˜ฐ๐˜ณ๐˜ฃ๐˜ข๐˜ฏ (๐˜ด๐˜ฆ๐˜ฃ๐˜ข๐˜จ๐˜ข๐˜ช ๐˜ฃ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ด๐˜บ๐˜ถ๐˜ฌ๐˜ถ๐˜ณ).โ€

โ€œ๐‘บ๐’†๐’๐’‚๐’Ž๐’‚๐’• ๐‘ฏ๐’‚๐’“๐’Š ๐‘น๐’‚๐’š๐’‚ ๐‘จ๐’Š๐’…๐’Š๐’๐’‚๐’…๐’‰๐’‚โ€

๐Ÿค๐ŸŒ™โœจ
20/04/2026

๐Ÿค๐ŸŒ™โœจ

Address

Taman Desa Halban
Jitra
06000

Telephone

+60197672807

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Kebajikan Penduduk Taman Desa Halban posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Persatuan Kebajikan Penduduk Taman Desa Halban:

Shortcuts

Share