Persatuan Khairat Kematian Kariah Masjid Al Ikhlas Taman Tunku Sarina

  • Home
  • Malaysia
  • Jitra
  • Persatuan Khairat Kematian Kariah Masjid Al Ikhlas Taman Tunku Sarina

Persatuan Khairat Kematian Kariah Masjid Al Ikhlas Taman Tunku Sarina ‎إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن

𝗕𝗔𝗚𝗔𝗜𝗠𝗔𝗡𝗔 𝗕𝗘𝗥𝗛𝗔𝗗𝗔𝗣𝗔𝗡 𝗗𝗘𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗢𝗥𝗔𝗡𝗚 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗕𝗔𝗥𝗨 𝗠𝗘𝗡𝗜𝗡𝗚𝗚𝗔𝗟 𝗗𝗨𝗡𝗜𝗔? Saat insan tersayang menghembuskan nafas terakhir, saat itu...
14/08/2026

𝗕𝗔𝗚𝗔𝗜𝗠𝗔𝗡𝗔 𝗕𝗘𝗥𝗛𝗔𝗗𝗔𝗣𝗔𝗡 𝗗𝗘𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗢𝗥𝗔𝗡𝗚 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗕𝗔𝗥𝗨 𝗠𝗘𝗡𝗜𝗡𝗚𝗚𝗔𝗟 𝗗𝗨𝗡𝗜𝗔?

Saat insan tersayang menghembuskan nafas terakhir, saat itulah bermulanya ujian emosi yang sebenar buat ahli keluarga. Dalam keadaan sedih dan panik, kerap kali kita buntu tentang apakah tindakan pertama yang perlu dilakukan sebelum urusan mandi dan kafan dijalankan.

Sebenarnya, ada beberapa tindakan awal yang sangat dituntut untuk kita lakukan sejurus kematian berlaku. Ini bukan sahaja sebagai tanda penghormatan terakhir, malah bagi memelihara kehormatan dan keadaaan jasad arwah sementara menanti urusan seterusnya.

Berikut adalah panduan praktikal untuk kita berhadapan dengan situasi ini:

1. Tutup mata jenazah

Kebiasaannya mata jenazah akan terbuka setelah ia menghembuskan nafasnya yang terakhir. Hal ini terjadi kerana jenazah melihat rohnya keluar melalui ubun-ubun di kepalanya. Ada beberapa kaedah yang boleh digunakan untuk menutup mata jenazah.
- Gunakan minyak zaitun atau minyak masak yang belum digunakan untuk mengurut kedua mata jenazah sekiranya mata jenazah sukar ditutupkan.
- Ambil batu kerikil yang kebiasaannya ada di tepi jalanraya dan cuci dengan bersih sebelum diletakkan di atas kedua kelopak mata jenazah setelah ditutup matanya.
- Gunakan duit syiling 50 sen dan bersihkannya sebelum diletakkan di atas mata jenazah atas niat untuk menutup mata jenazah bukan kerana meniru perbuatan agama lain.
- Gunakan sellotape kertas untuk menarik kedua kelopak mata dan lekatkan di bawah alis mata. Pastikan hanya lekatkan sementara kerana dibimbangi gam padanya mengoyakkan kulit jenazah yang mudah mengelupas.

2. Sumbatkan kapas di kedua lubang hidung dan telinga jenazah.
- Gunakan kapas dengan kadar yang sesuai untuk disumbatkan ke dalam kedua lubang hidung dan telinga jenazah. Tidak perlu menggunakan terlalu banyak kapas. Cukup sekadar menutupnya sahaja agar serangga kecil tidak dapat masuk melaluinya.

3. Keluarkan gigi palsu dan tutup mulut jenazah.
- Bersihkan cecair yang keluar dari mulut dan hidung jenazah.
- Keluarkan segera gigi palsu sekiranya ada pada jenazah. Jika gigi palsu tersebut sudah ditanam dalam gusi atau sukar untuk dikeluarkan, maka biarkan sahaja tanpa perlu mengeluarkannya agar tidak menyakiti jenazah.
- Begitu juga bagi jenazah yang menggunakan pendakap gigi (braces), tidak perlu dibuka sekiranya ia sukar dikeluarkan.
- Sumbatkan kapas ke dalam mulut jenazah sekiranya mulutnya terbuka.
Ambil kain (sebesar saiz tudung bawal bidang 45) dan dilipat kemas sebelum mengikatnya dari bawah dagu jenazah ke atas kepalanya jika keadaan mulutnya terbuka. Sekiranya mulut jenazah tertutup, maka tidak perlu diikat lagi.

4. Tukarkan pakaian jenazah dengan pakaian yang bersih dan mudah ditanggal.
- Ketika hendak menanggalkan pakaian jenazah, perlu berhati-hati.
- Sekiranya pakaian jenazah sukar ditanggalkan, maka guntingkan sahaja pakaian tersebut.
- Sebaiknya pakaian jenazah tersebut dibuang namun sekiranya waris mahukannya, maka sebaiknya dibungkuskan dengan kemas atas aspek keselamatan.
- Gantikan pakaian jenazah dengan pakaian yang bersih dan mudah untuk ditanggalkan seperti kain pelekat dan kain batik.
- Pastikan aurat jenazah sentiasa terpelihara di bahagian hadapan dan belakang badannya.
- Pakaikan tudung atau anak tudung bagi jenazah wanita untuk menutup aurat rambutnya.

5. Qiamkan tangan dan ikat sendi-sendi jenazah.
- Letakkan kedua-dua tangan jenazah ke dada sepertimana kedudukan qiam dalam solat.
- Ikatkan kedua-dua pergelangan tangan agar tidak jatuh ke bawah.
- Luruskan kaki jenazah dan ikat di bahagian lututnya agar sentiasa dalam keadaan lurus.
- Rapatkan kedua tapak kaki jenazah dan ikat kedua-dua ibu jari kakinya.

6. Letakkan sesuatu benda yang sederhana berat di atas perut jenazah.
- Kebiasaannya masyarakat kita menggunakan gunting untuk diletakkan di atas perut jenazah bagi mengelakkan perut kembung kerana kemasukan angin dari luar.
- Gunting tersebut diletakkan di atas perut jenazah kerana memudahkan pengurus jenazah untuk mendapatkan gunting sewaktu hendak memotong kain kafan.
- Selain gunting, boleh digunakan apa sahaja untuk diletakkan atas perut jenazah yang penting ia sederhana berat.

7. Gunakan wangi-wangian untuk menutup bau jasad jenazah. Kebiasaannya jenazah akan mula mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan. Ada beberapa kaedah yang boleh digunakan untuk mengurangkan atau menghindari bau busuk tersebut, antaranya :-
- Membakar kemenyan, setanggi, cendana atau apa saja wangian untuk diasapkan di seluruh ruangan kawasan jasad jenazah diletakkan.
- Meletakkan daun pandan yang telah diracik-racikkan atau dihiris-hiris agar dapat menutup bau busuk dari jenazah.
- Meletakkan penyembur wangian automatik di dinding rumah yang boleh mengeluarkan semburan wangian pada setiap waktu yang telah ditetapkan.

Semua tindakan awal ini sebenarnya bertujuan untuk memuliakan jasad dan memudahkan urusan penganjuran jenazah seterusnya. Apabila kita lakukannya dengan ilmu dan penuh kesabaran, secara tidak langsung kita sedang memberikan perkhidmatan terakhir yang paling bermakna buat insan yang kita cintai.

Semoga panduan ringkas ini menjadi ilmu yang berguna buat kita semua. Simpan dan kongsikan perkongsian ini, kerana kita tidak pernah tahu bila waktu dan giliran kita p**a yang perlu menguruskan orang tersayang.

LAFAZ TAKZIAHSOALAN :Adakah lafaz takziah yang tertentu untuk diucapkan ketika berlaku kematian dan bagaimana ucapan tak...
12/08/2026

LAFAZ TAKZIAH

SOALAN :

Adakah lafaz takziah yang tertentu untuk diucapkan ketika berlaku kematian dan bagaimana ucapan takziah kepada jiran yang bukan beragama Islam?

JAWAPAN :

Takziah adalah ucapan kepada keluarga si mati bertujuan menenangkan hati mereka atas musibah yang telah menimpa.

Tidak ada lafaz tertentu yang telah ditetapkan syarak maka boleh dengan apa sahaja ucapan yang mempunyai arti menenangkan hati keluarga simati.

Berkata Dr Wahbah Az-Zuhaili :

وليس في ألفاظ التعزية شيء محدد، فيقول المعزي للمسلم: «أعظم الله أجرك وأحسن عزاءك، وغفر لميتك» وإن عزى مسلماً بكافر يقول: «أعظم الله أجرك، وأحسن عزاءك» ويمسك عن الدعاء للميت؛ لأن الدعاء والاستغفار له منهي عنه. وإن عزى كافراً بمسلم قال: «أحسن الله عزاءك، وغفر لميتك» وإن عزى كافراً بكافر قال: «أخلف الله علينا وعليك، ولانقص عددك

Artinya : “Dan tidak ada ditetapkan lafaz tertentu bagi ucapan takziah. Maka harus orang yang mengucapkan takziah berkata : أعظم الله أجرك وأحسن عزاءك، وغفر لميتك artinya semoga Allah membesarkan ganjaran kamu dan membaikkan kesedihan kamu dan mengampunkan mayat kamu ini. Dan jika ditakziahkan orang Islam kerana kematian orang kafir maka ucaplah : أعظم الله أجرك، وأحسن عزاءك sahaja tanpa meminta ampun bagi simati itu kerana doa dan mohon ampun bagi mayat yang kafir adalah dilarang daripadanya. Dan jika takziahkan orang kafir kerana kematian orang Islam berkata olehnya : Semoga dielokkan kesedihan kamu dan diampunkan mayat kamu ini. Dan jika ditakziahkan yang kafir kerana kematian orang kafir maka diucapkan : أخلف الله علينا وعليك، ولانقص عددك artinya semoga Allah menggantikan atas kami dan atas kamu dan tidak mengurangi bilangan kamu.”(Kitab Al-Fiqh Al-Islami)

wallahua’lam
Ustaz Azhar Idrus

https://www.facebook.com/share/p/19F6mMV4sN/
07/08/2026

https://www.facebook.com/share/p/19F6mMV4sN/

JAZAKALLAH KHAIRAN KATHIRA

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan izin-Nya, kita telah dipertemukan serta disatukan hati dalam menjayakan Program Ceramah Perdana dan Kutipan Dana Pembinaan Masjid Al-Ikhlas Taman Tunku Sarina (MAITTS).

Ribuan terima kasih diucapkan kepada seluruh Jawatankuasa Khairat PEKERTI MAITTS, Jawatankuasa Masjid Al-Ikhlas MAITTS, Surau As-Siddiqin, Surau Nurul Iman, Biro Khairat PEKERTI, Petugas Pengurusan Jenazah Kariah MAITTS serta PJM Muslimat MAITTS yang telah mengorbankan masa, tenaga, buah fikiran dan sumbangan kewangan demi memastikan program ini berjalan dengan lancar.

Sesungguhnya setiap pengorbanan dan khidmat yang diberikan tidak ternilai harganya. Mudah-mudahan segala usaha dakwah dan kebajikan ini diterima sebagai amal soleh, amal jariah dan saham akhirat di sisi Allah SWT.

Bagi pihak Jawatankuasa Khairat PEKERTI MAITTS dan Jawatankuasa Pengurusan Masjid Al-Ikhlas Taman Tunku Sarina (MAITTS), kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua yang telah bersama-sama menjayakan program ini.

Tanpa sokongan, kerjasama dan semangat kebersamaan daripada tuan-tuan dan puan-puan, sudah pasti program ini tidak dapat dilaksanakan dengan sebaiknya. Sekiranya terdapat sebarang kekurangan, kelemahan atau kekhilafan sepanjang perancangan dan pelaksanaan program ini, kami dengan penuh rendah hati memohon maaf zahir dan batin.

Terima kasih. Terima kasih. Terima kasih.

Jazakumullahu Khairan Kathira.

Khairat PEKERTI MAITTS

Jawatankuasa Pengurusan Masjid Al-Ikhlas Taman Tunku Sarina (MAITTS)

https://www.facebook.com/share/p/1C3rmxTfj9/
06/08/2026

https://www.facebook.com/share/p/1C3rmxTfj9/

𝗞𝗨𝗟𝗜𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗚𝗛𝗥𝗜𝗕 𝗣𝗘𝗥𝗗𝗔𝗡𝗔 (𝗠𝗔𝗜𝗧𝗧𝗦) 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗗𝗔𝗧𝗢' 𝗨𝗦𝗧𝗔𝗭 𝗠𝗢𝗛𝗔𝗠𝗠𝗔𝗗 𝗞𝗔𝗭𝗜𝗠 𝗘𝗟𝗜𝗔𝗦 (𝗗𝗨𝗞𝗘)

Tarikh : 7 OGOS, 2026
Hari : JUMAAT
Masa : SELEPAS SOLAT MAGHRIB BERJEMAAH
Tempat : Masjid Al-Ikhlas, Taman Tunku Sarina, Jitra Kedah. (MAITTS)

BERSAMA-KITA MENYUMBANG DANA UNTUK PEMBINAAN MASJID AL-IKHLAS YANG BARU DI TAMAN TUNKU SARINA, JITRA, KEDAH

(Sila scan QR code atau Transfer ke nombor akaun yg tertera)

Membina masjid kerana Allah SWT merupakan amalan yang besar ganjarannya. Rasulullah SAW bersabda, "Sesiapa yang membangunkan Masjid kerana Allah, maka Allah akan membangunkan baginya sebuah rumah baginya di Syurga"

Semoga usaha ini menjadi saham akhirat yang berterusan dan diberkati Allah jua

𝗛𝗨𝗞𝗨𝗠 𝗗𝗨𝗗𝗨𝗞 𝗔𝗧𝗔𝗦 𝗕𝗔𝗧𝗨 𝗡𝗜𝗦𝗔𝗡SOALAN :Ketika dibawa jenazah ke kubur sementara menunggu siap ditanam ada orang yang duduk d...
02/08/2026

𝗛𝗨𝗞𝗨𝗠 𝗗𝗨𝗗𝗨𝗞 𝗔𝗧𝗔𝗦 𝗕𝗔𝗧𝗨 𝗡𝗜𝗦𝗔𝗡

SOALAN :

Ketika dibawa jenazah ke kubur sementara menunggu siap ditanam ada orang yang duduk di atas batu nisan di kubur.

Apakah hukumnya duduk atas batu nisan?

JAWAPAN :

Menurut pendapat jumhur ulamak duduk di atas kubur tanpa hajat adalah makruh dan bersamaan hukumnya duduk di atas batu nisan jika batu nisan itu berada di atas kubur.

Dan setengah fuqahak mengharamkan duduk di atas kubur tanpa hajat.

Jika batu nisan yang tidak berada di atas kubur seperti telah beralih dari tempat asalnya maka tidak makruh duduk di atasnya.

Berkata Imam Nawawi :

عبارة الشافعي في الأم وجمهور الأصحاب في الطرق كلها أنه يكره الجلوس وأرادوا به كراهة التنزيه كما هو المشهور في استعمال الفقهاء وصرح به كثيرون منهم وقال المصنف والمحاملي في المقنع لا يجوز

Artinya : “Ibarat Imam As-Syafie dalam kitab Al-Umm dan jumhur ashab pada beberapa jalan sekeliannya dimakruhkan duduk atas kubur dan dikehendaki dengan makruh itu ialah makruh tanzih sebagaimana ia masyhur pada sisi fuqahak. Dan telah menerangkan dengannya olih kebanyakkan dari mereka itu. Dan berkata musonnif dan Syeikh Mahamili pada kitab Al-Muqni’ tidak harus.” (Kitab Al-Majmu’ Syarah Al-Muhazzab)

Dan selain duduk itu dimakruhkan juga memijak dan bertekan dan bersandar atas kubur.

Tersebut pada kitab Syarah Mahallil ‘alal-Minhaj :

ولا يجلس على القبر ) ولا يتكأ عليه ( ولا يوطأ ) أي يكره ذلك إلا لحاجة بأن لا يصل إلى قبر ميته إلا بوطئه , قال في الروضة : وكذا يكره الاستناد إليه

Artinya : “Dan tidak boleh duduk atas kubur dan tidak boleh bertekan atasnya dan memijak atasnya artinya dimakruhkan yang demikian itu melainkan kerana hajat. Contoh kerana hajat itu ialah tidak dapat sampai ke tempat mayatnya melainkan dengan memijak. Berkata Imam Nawawi dalam Kitab Ar-Raudhah dan begitu juga dimakruhkan bersandar kepadanya.”

Kesimp**an

Makruh hukumnya duduk di atas batu nisan di sisi kebanyakkan ulamak dan haram ia di sisi sebahagian ulamak.

wallahua’lam
Ustaz Azhar Idrus

Selasa 28/7/2026 selepas solat Isyak. Mesyuarat Jawatankuasa Petugas, Team Khairat PEKERTI Masjid Al-Ikhlas untuk Kuliah...
28/07/2026

Selasa 28/7/2026 selepas solat Isyak. Mesyuarat Jawatankuasa Petugas, Team Khairat PEKERTI Masjid Al-Ikhlas untuk Kuliah Maghrib Perdana oleh Yg Berbahagia Dato' Ustaz Mohamad Kazim bin Elias (Jumaat 7/8/2026).

Isnin 27/7/2026 jam lebih kurang 7.50 malam. Selesai urusan tanam anggota tubuh (kaki) ahli Persatuan Khairat Kematian M...
27/07/2026

Isnin 27/7/2026 jam lebih kurang 7.50 malam.

Selesai urusan tanam anggota tubuh (kaki) ahli Persatuan Khairat Kematian Masjid Al-Ikhlas Taman Tunku Sarina, Jitra (PEKERTI) iaitu Encik Mohd Ishraqi bin Mohd Noor (No. Ahli PEKERTI 0790) di Tanah Perkuburan Raudhatul Jannah Taman Tunku Intan Syafinaz (TTIS) oleh Team Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Jannah (TPIRJ) setelah dibawa balik oleh keluarga dari Hospital Tuanku Fauziah, Kangar, Perlis

Isnin 27/7/2026 jam lebih kurang 3.30 petang. Urusan dan persiapan di Tanah Perkuburan Raudhatul Jannah Taman Tunku Inta...
27/07/2026

Isnin 27/7/2026 jam lebih kurang 3.30 petang.
Urusan dan persiapan di Tanah Perkuburan Raudhatul Jannah Taman Tunku Intan Syafinaz (TTIS). Untuk tanam anggota tubuh (kaki) ahli Persatuan Khairat Kematian Masjid Al-Ikhlas Taman Tunku Sarina, Jitra iaitu Encik Mohd Ishraqi bin Mohd Noor (Nombor Ahli PEKERTI 0790) Fasa Atira Taman Tunku Sarina. Kaki ahli ini telah dipotong di Hospital Kangar, Perlis kerana sakit kencing manis

Address

D/a Masjid Al Ikhlas Taman Tunku Sarina, Jalan Myra, Taman Tunku Sarina
Jitra
06000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Khairat Kematian Kariah Masjid Al Ikhlas Taman Tunku Sarina posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Persatuan Khairat Kematian Kariah Masjid Al Ikhlas Taman Tunku Sarina:

Shortcuts

Share