02/04/2026
Terima kasih kepada semua dermawan.
Moga dikurniakan ganjaran pahala yang berterusan.
PIBG SMSAH
PENGUMUMAN RASMI
Pihak pengurusan Masjid al-Mu'adzam SM Sultan Abdul Halim secara rasmi mengumumkan kutipan Infaq bagi pembaikan masjid (naik taraf pendawaian elektrik, pendingin hawa dan penukaran karpet) yang dilancarkan pada 4 Mac 2026 yang lepas akan ditutup bermula 3 April 2026.
Sasaran infaq sebanyak RM150, 000.00 telah dicapai selepas hampir sebulan tabung infaq dilancarkan. Sehingga kini sebanyak RM159, 251.76 telah terkumpul.
Justeru, infaq yang disalurkan selepas tarikh tersebut perlu dinyatakan tujuan yang lain, jika tiada catatan, pihak pengurusan masjid al-Mu'adzam memohon keizinan para penyumbang untuk menyalurkan infaq kepada urusan-urusan pembaikan yang lain dan aktiviti-aktiviti imarah masjid al-Mu'adzam.
Pihak masjid al-Mu'adzam amat berbesar hati mengucapkan setinggi-tinggi perhargaan dan terima kasih atas komitmen, kemurahan hati, kerjasama, sokongan, dokongan, sumbangan dan infaq kepada semua pihak yang terlibat iaitu ALUMNI SMSAH, PIBG SM Sultan Abdul Halim, guru-guru, warga SMSAH, ibu bapa, penjaga, waris, tuan puan, individu@perseorangan, ahli jemaah masjid al-Mu'adzam dan lain-lain yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Semoga Allah mengganjari penyumbang-penyumbang sekalian dengan kebaikan dan rahmah.
Insyaallah pembaikan masjid al-Mu'adzam akan dimulakan pada minggu kedua April 2026.
Terima kasih semua.