Persatuan Rakan Penghantar Kedah

Persatuan Rakan Penghantar Kedah Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Persatuan Rakan Penghantar Kedah, Non-Governmental Organization (NGO), 26A Kompleks, Jitra.

Menjadi platform penyatuan Penghantar P-Hailing di Negeri Kedah yang menjadi wadah dalam menjaga kesejahteraan, melindungi kepentingan serta membawa suara Penghantar P-Hailing di Negeri Kedah ke arah lebih proaktif.

19/03/2026

KUALA LUMPUR -Gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyarankan kerajaan menangguhkan pelaksaaan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig 2025 (Akta 872)...

16/03/2026
16/03/2026

1. Kerajaan melalui Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) digesa supaya menggugurkan pengiktirafan pemastautin tetap (PR) sebagai pekerja gig di bawah Akta Pekerja Gig 2025 (Akta 872) bagi melindungi kepentingan lebih 1.2 juta rakyat di negara ini yang bekerja dalam sektor berkenaan.

2. MyGiG membantah keras takrifan dalam Akta 872 yang memberi pengiktirafan kepada PR sebagai pekerja gig. Perkara ini jelas bertentangan dengan dasar sedia ada di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715) yang menetapkan bahawa hanya warganegara Malaysia dibenarkan beroperasi sebagai pemandu e-hailing dan penghantar p-hailing.

3. Sekiranya status itu diiktiraf, ia bakal mencetuskan lambakan penawaran, sekali gus membolehkan syarikat pengendali platform mempunyai ruang untuk terus memanipulasi dan menekan kadar tambang serta upah yang sudah sedia rendah ke paras yang lebih tidak munasabah.

Sumber: Sinar Harian

Berita Penuh:
https://www.sinarharian.com.my/article/771658/berita/nasional/mygig-desak-kerajaan-gugurkan-pengiktirafan-pr-sebagai-pekerja-gig

Rakan Penghantar Kedah membantah definisi “pekerja gig” dalam Akta Pekerja Gig 2025 (Akta 872) yang turut merangkumi gol...
16/03/2026

Rakan Penghantar Kedah membantah definisi “pekerja gig” dalam Akta Pekerja Gig 2025 (Akta 872) yang turut merangkumi golongan pemastautin tetap (PR).

Kami juga membangkitkan kebimbangan terhadap kemungkinan pertindihan antara Akta 872 dan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715) yang berpotensi menimbulkan kekeliruan dalam pelaksanaan serta pengawalseliaan industri.

Kami turut kecewa kerana tiada sesi libat urus rasmi diadakan bersama pihak kami, walaupun kami mewakili komuniti penghantar di peringkat negeri.

Sehubungan itu, kami menggesa agar pelaksanaan akta ini diperhalusi semula melalui proses perbincangan yang lebih telus, adil dan inklusif demi memastikan masa depan pekerja gig tempatan terus terpelihara.

SHAH ALAM - Persatuan Rakan Penghantar Kedah (RPK) menzahirkan kebimbangan serius terhadap definisi “pekerja gig” yang bakal diperkenalkan di bawah...

16/03/2026

Di saat pemandu ehailing dan penghantar phailing bertungkus lumus untuk mencari organisasi berkesan bagi membela nasib mereka rupa-rupanya terdapat sebuah persatuan dan sebuah kesatuan yang berusaha untuk menidakkan kewujudan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia SEGiM.

Puak di dalam persatuan dan kesatuan setahun jagung ini sama ada tidak faham atau ada agenda sendiri.

Sedarkah mereka usaha berterusan pejuang ehailing dan phailing untuk merealisasikan SEGiM adalah kerana sudah tidak yakin 100% terhadap Kementerian Pengangkutan seterusnya JPJ dan seterusnya Apad yang terbukti gagal sejak undang-undang ehailing dikuatkuasakan.

Persatuan dan kesatuan ini dilihat senada dengan mantan menteri KESUMA yang memandang sebelah mata terhadap SEGiM sehingga tergamak membatalkan SEGiM di Parlimen.

Alhamdulillah menteri selepas beliau bertindak lebih bijak dan akhirnya SEGiM diluluskan oleh Kabinet.

Kepada pejuang SEGiM setinggi-tinggi tahniah dari kami ehailing.fm

16/03/2026

SHAH ALAM - Persatuan Rakan Penghantar Kedah (RPK) menzahirkan kebimbangan serius terhadap definisi “pekerja gig” yang bakal diperkenalkan di bawah...

02/03/2026
23/12/2025

Kami dah baca laporan Sinar Harian ini.

Berikut adalah respon kami kepada APAD:

Antara kenyataan APAD: “Antaranya pemegang lesen hendaklah memastikan pemandu tidak tawar-menawar selepas berjaya mendapat tempahan, sebaliknya memberikan perkhidmatan berdasarkan tempahan yang diterima,” menurut kenyataan itu.”

Apa yang kami bangkitkan ialah, jika tiada harga lantai, pengguna boleh offer harga paling rendah atau tidak masuk akal. Kami akui ada pemandu yang sanggup menerima tempahan seumpama ini dan ia sekaligus memberi kesan kepada keseluruhan industri. Jika ada harga lantai, apa jua bidding (tawar menawar) akan lebih bermaruah dan pemandu tidak terus ditindas.

APAD tak faham apa yang kami bangkitkan sebenarnya. Cuba tarik nafas panjang-panjang, order meehoon, secawan kopi, dan baca perlahan-lahan statement kami semalam apa sebenarnya isu bidding ni dan bagaimana ia beri kesan pada keseluruhan industri.

Mudah untuk cakap, pemandu mempunyai pilihan sama ada terima atau tolak. Kalau asyik tolak akhirnya kena gantung macam mana APAD? Kalau tolak, rakan pemandu kami nak cari makan macam mana? Cubalah sesiapa dalam APAD tu fikir sekejap, kalau asyik tolak harga tak bermaruah, kami nak makan apa?

Cerita harga lantai ni dah 7 tahun kami fight. Dalam laporan sama, APAD kata ada kajian. Mungkin tunggu 7 tahun lagi?

Sama juga mengenai insurans, jangan lama sangat nak kumpul dan analisa skim insurans tu. Premium semakin naik, dan pemandu perlu bayar. Kalau tak bayar, kami tak boleh jalan.

Sumber: Sinar Harian

Berita penuh di ruangan komen




22/12/2025

1. Setiausaha RPM, Kamarulzaman Ahmad berkata, satu sesi libat urus telah diadakan pada 17 November 2025 antara Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dengan beberapa persatuan pemandu e-hailing dan penghantar p-hailing.

2. Bagaimanapun, sehingga kini, tiada sebarang maklum balas rasmi diterima daripada APAD, termasuk mengenai kajian tambang lantai e-hailing yang dijangka diumumkan pada Disember ini.

3. Sesi libat urus yang diadakan tidak seharusnya sekadar “wayang”, sedangkan realiti di lapangan menunjukkan rakan pemandu dan penghantar terus menanggung tekanan akibat dasar dan sistem yang tidak adil.

Berita penuh di ruangan komen

Kredit: Sinar Harian.

Address

26A Kompleks
Jitra
06000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Rakan Penghantar Kedah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Persatuan Rakan Penghantar Kedah:

Share