Rukun Tetangga Mutiara Residence

Rukun Tetangga Mutiara Residence Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Rukun Tetangga Mutiara Residence, Non-Governmental Organization (NGO), Jitra.

Assalamualaikum & salam sejahtera πŸ‡²πŸ‡Ύ Ayuh Warga Mutiara Residence,Kibarkan Jalur Gemilang di Halaman Rumah dengan semang...
09/08/2026

Assalamualaikum & salam sejahtera πŸ‡²πŸ‡Ύ

Ayuh Warga Mutiara Residence,
Kibarkan Jalur Gemilang di Halaman Rumah dengan semangat Merdeka di Hati ❀️

Sempena menyambut Hari Kebangsaan, marilah kita semarakkan bulan kemerdekaan ke-69 tahun bersama menyertai "KEMPEN KIBAR BENDERA MALAYSIA" di setiap kediaman kita.

"Satu Rumah, Satu Bendera"
Kerana kemerdekaan ini milik kita bersama.

Lebih menarik lagi, jom kita sama-sama hangatkan suasana penuh semangat dengan menyertai Pertandingan Rumah Merdeka Mutiara Residence!

πŸ“… Tarikh penilaian: 1 Ogos 2026 – 15 Ogos 2026
🎁 Hadiah: Ada macam-macam hadiah best untuk dimenangi!
🀝 Anjuran: Rukun Tetangga (KRT) Mutiara Residence

Macam mana nak sertai?
Senang saja! cuma perlu hias perkarangan rumah masing-masing dengan cantik dan sekreatif mungkin menggunakan Jalur Gemilang atau apa-apa hiasan bertemakan merdeka.

Jom pakat-pakat turut serta, Selamat menghias!

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ₯³

Jom kibar bendera πŸ‡²πŸ‡Ύ

PROGRAM JOM LAYAN BIG SCREEN FINAL WORLD CUP 2026πŸ†βš½Warga Mutiara Residence sama-sama menyaksikan pertembungan epik  dua ...
20/07/2026

PROGRAM JOM LAYAN BIG SCREEN FINAL WORLD CUP 2026πŸ†βš½

Warga Mutiara Residence sama-sama menyaksikan pertembungan epik dua gergasi bola sepak Sepanyol πŸ‡ͺπŸ‡Έ menentang Argentina πŸ‡¦πŸ‡·

πŸ—“ Tarikh : 20 Julai 2026 (ISNIN)
⏰ Masa : 2.30 Pagi - 5.00 Pagi
Tentatif : 2 Pagi - Qiamullail,
3 Pagi - Kick-off
πŸ“ Tempat : Perkarangan Surau Mutiara Residence



Program Memasak Bubur Asyura anjuran Masjid Sharifah Fatimah.πŸ“… Tarikh: 18 Julai 2026 (Sabtu)πŸ•— Masa: 8.00 pagiπŸ“ Tempat: M...
18/07/2026

Program Memasak Bubur Asyura anjuran Masjid Sharifah Fatimah.

πŸ“… Tarikh: 18 Julai 2026 (Sabtu)
πŸ•— Masa: 8.00 pagi
πŸ“ Tempat: Masjid Sharifah Fatimah

Bagi program kali ini, Mutiara Residence telah diamanahkan untuk menyediakan satu (1) kawah Bubur Asyura, bersama-sama taman perumahan dan kampung lain di bawah kariah Masjid Sharifah Fatimah.

Terima kasih buat seluruh warga KRT Mutiara Residence yang terlibat dalam menjayakan program pada kali ini.




PROGRAM MASAK BUBUR ASYURA MUTIARA RESIDENCE 2026πŸ“… 17 Jun 2026 (Rabu)πŸ•˜ 9.00 pagiπŸ“ Surau Mutiara Residence
17/06/2026

PROGRAM MASAK BUBUR ASYURA MUTIARA RESIDENCE 2026

πŸ“… 17 Jun 2026 (Rabu)
πŸ•˜ 9.00 pagi
πŸ“ Surau Mutiara Residence



Solat Sunat & Khutbah Hari Raya Aidiladha di Surau Mutiara Residence 27/5/2026 (Rabu)
27/05/2026

Solat Sunat & Khutbah Hari Raya Aidiladha di Surau Mutiara Residence
27/5/2026 (Rabu)

πŸŒ™ Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H / 2026M πŸŒ™  Segala puji bagi Allah SWT yang mengurniakan kita kesempatan untuk menyam...
26/05/2026

πŸŒ™ Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H / 2026M πŸŒ™

Segala puji bagi Allah SWT yang mengurniakan kita kesempatan untuk menyambut hari yang penuh makna ini. Semoga ibadah korban kita diterima dengan penuh keikhlasan dan menjadi tanda pengorbanan serta ketaatan kepada-Nya.

Aidiladha mengajar kita erti sebenar pengorbanan, keikhlasan dan kasih sayang sebagaimana Nabi Ibrahim A.S. dan Nabi Ismail A.S. menunjukkan kepatuhan yang tiada tandingan terhadap perintah Allah SWT.

Semoga semangat pengorbanan ini menyatukan hati kita dalam perjuangan menegakkan kebenaran, memperkukuh ukhuwah, dan menebarkan rahmat sesama insan.

Salam Aidiladha β€” Maaf Zahir & Batin πŸ™πŸ»



23/05/2026

23/5/26, 8.30pg
gotong-royong Surau Mutiara Residence

23/5/2026 (Sabtu), 8.30 pagiAktiviti gotong-royong membersihkan surau Mutiara Residence.Terima kasih kepada semua yang t...
23/05/2026

23/5/2026 (Sabtu), 8.30 pagi
Aktiviti gotong-royong membersihkan surau Mutiara Residence.
Terima kasih kepada semua yang terlibat.



Mesyuarat & Lantikan Jawatankuasa KRT Mutiara Residence Sesi 2026 - 2028Tarikh : 21 Mei 2026Hari : KhamisMasa: 8.30 mlmT...
21/05/2026

Mesyuarat & Lantikan Jawatankuasa KRT Mutiara Residence Sesi 2026 - 2028

Tarikh : 21 Mei 2026
Hari : Khamis
Masa: 8.30 mlm
Tempat: Man & Milah Medan Selera Ikan Bakar, Jitra

Agenda:
1. Aluan pengerusi
2. Lantikan Jawatankuasa
3. Lantikan Juruaudit
4. Perbincangan Program
5. Hal-hal lain
6. Penangguhan

Sekian.


Alhamdulillah selesai sudah Majlis Pelantikan AJK Kawasan Rukun Tetangga Mutiara Residence Sesi Tahun 2026 - 2028Tarikh ...
18/05/2026

Alhamdulillah selesai sudah Majlis Pelantikan AJK Kawasan Rukun Tetangga Mutiara Residence Sesi Tahun 2026 - 2028

Tarikh : 17/05/2026 (Ahad)
Masa : 8 Malam
Tempat : Perkarangan Parkir Surau Mutiara Residence, Lorong 8.

Terima kasih kepada Pegawai-pegawai Pejabat Perpaduan Daerah Kubang Pasu dan kepada Warga Mutiara Residence yang berkelapangan sudi hadir menunaikan tanggungjawab pada pemilihan mesyuarat kali ini.

Tahniah diucapkan kepada AJK baharu yang terpilih memegang Amanah & Tanggungjawab, semoga dipermudahkan segala urusan.
Tidak dilupakan kepada AJK terdahulu yang banyak menyumbang jasa.

Diharapkan Warga KRT Mutiara Residence dapat memberi kerjasama baik kepada AJK yang dilantik demi Keharmonian & Perpaduan seluruh warga penduduk.


Address

Jitra

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Rukun Tetangga Mutiara Residence posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share