SKUAD Antidadah Kubang Pasu

SKUAD Antidadah Kubang Pasu SKUAD Antidadah Kubang Pasu bersama Komuniti

AADK, SKUAD ANTIDADAH KUBANG PASU BERSAMA KOMUNITI KAMPUNG PADANG PEKAN MEMPERKASA BELIA MELALUI PROGRAM SKUAD BERSAMA B...
22/03/2024

AADK, SKUAD ANTIDADAH KUBANG PASU BERSAMA KOMUNITI KAMPUNG PADANG PEKAN MEMPERKASA BELIA MELALUI PROGRAM SKUAD BERSAMA BELIA
KEPALA BATAS, 21 Mac 2024 - AADK Daerah Kubang Pasu dan SKUAD Antidadah Daerah Kubang Pasu dengan kerjasama Komuniti Kampung Padang Pekan telah melaksanakan "Program SKUAD Bersama Belia" di Mukim Naga hari ini.

Program ini bertujuan untuk menyampaikan informasi tentang kepentingan kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat serta menggerakkan belia setempat supaya bertindak memerangi ancaman dadah di tempat masing-masing.

Taklimat berkaitan bahaya dadah telah disampaikan oleh Ketua AADK Daerah Kubang Pasu, Norhiza Lah, yang memberikan penekanan pentingnya kesedaran dan pendidikan dalam melawan gejala penggunaan dadah di kalangan generasi muda.

Beliau menyatakan, "Kita perlu bersama-sama membentuk persekitaran yang sihat dan menyokong pembangunan generasi muda yang bebas daripada pengaruh negatif dadah."

Selain taklimat, aktiviti lain yang dilaksanakan ialah gotong-royong memasak dan mengedar bubur lambuk turut diadakan. Lebih 400 bungkus bubur telah diedarkan kepada penduduk kawasan tersebut sebagai satu langkah untuk menghargai sokongan daripada masyarakat setempat. Aktiviti ini turut disertai oleh ahli SKUAD Antidadah dan komuniti kampung yang bersemangat dalam menyebarkan mesej kesedaran dadah kepada penduduk tempatan.

Pamplet berkaitan bahaya dadah juga telah diedarkan sebagai satu lagi usaha untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan masyarakat tentang risiko dadah serta langkah-langkah untuk melawan penyalahgunaannya.

Turut hadir bersama dalam program ini ialah Pengerusi SKUAD Antidadah Kubang Pasu, Amar Yasier Razli.

Program SKUAD Antidadah Bersama Belia ini bukan sahaja membawa mesej kesedaran tentang bahaya dadah kepada masyarakat, tetapi juga mengukuhkan lagi hubungan di antara AADK, SKUAD Antidadah, belia dan komuniti tempatan. Diharapkan usaha bersama ini akan terus memberi impak positif dalam memerangi gejala dadah di kawasan ini dan membentuk generasi muda yang sihat dan berkualiti.

AADK DAERAH KUBANG PASU, MEMPERKASA NGO-NGO MELALUI PROGRAM TOT NGOJITRA, 02 Mac 2024 - AADK Daerah Kubang Pasu telah me...
03/03/2024

AADK DAERAH KUBANG PASU, MEMPERKASA NGO-NGO MELALUI PROGRAM TOT NGO
JITRA, 02 Mac 2024 - AADK Daerah Kubang Pasu telah melaksanakan Program "Training of Trainers for Non-Governmental Organization (TOT NGO)" di Pejabat KEMAS Malau hari ini.

Program ini bertujuan untuk memberi latihan kepada NGO yang terlibat dalam bidang pencegahan dadah, pelencongan sosial, kebajikan dan mempromosi gaya hidup sihat melalui sesi ceramah dan Latihan Dalam Kumpulan (LDK).

Antara NGO-NGO yang turut serta dalam sesi TOT ini termasuklah SKUAD Antidadah Daerah Kubang Pasu, JKPD Daerah Kubang Pasu, MCPF Daerah Kubang Pasu, PEMADAM Kubang Pasu, Majlis Belia Daerah Kubang Pasu (MBDKP), YES! POLIMAS, MamaCare, Persatuan Cahaya Harapan, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan COMBI Daerah Kubang Pasu.

Sesi ceramah telah disampaikan oleh Penolong Pegawai Antidadah AADK Negeri Pulau Pinang, Nor Hajar Aswat Kamis, serta Pengerusi JKPD Daerah Kubang Pasu, Nurun Ihsan Hasbullah.

Dalam ucapan ringkasnya, Ketua AADK Daerah Kubang Pasu, Norhiza Lah, menyatakan, "Kami berharap melalui program ini, para peserta dapat memperoleh pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk menyebarkan kesedaran dan memainkan peranan aktif dalam usaha pencegahan dadah dan pembangunan masyarakat yang sihat dan berkualiti."

Program TOT NGO ini diharapkan dapat memberi impak yang positif dalam memperkukuhkan usaha pencegahan dadah serta mempromosikan gaya hidup yang lebih sihat dalam masyarakat setempat.





24/02/2024

Address

Jitra

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SKUAD Antidadah Kubang Pasu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to SKUAD Antidadah Kubang Pasu:

Share