22/07/2026
𝐀𝐬𝐬𝐚𝐥𝐚𝐦𝐮𝐚𝐥𝐚𝐢𝐤𝐮𝐦 𝐰𝐚𝐫𝐚𝐡𝐦𝐚𝐭𝐮𝐥𝐥𝐚𝐡𝐢 𝐰𝐚𝐛𝐚𝐫𝐚𝐤𝐚𝐭𝐮𝐡.
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan izin-Nya, telah berlangsungnya Program Jejak Mahabbah Kariah anjuran Masjid Abu Bakar Mukim Malau,Jitra Kedah pada 17 Julai 2026
Kehadiran tuan-tuan dan puan-puan merupakan satu penghormatan yang amat bermakna bagi seluruh kariah di bawah Masjid Malau. Kunjungan seperti ini bukan sahaja mengeratkan silaturahim, malah membuka ruang untuk bertukar pandangan, berkongsi pengalaman, serta memperkukuh kerjasama dalam memakmurkan institusi surau dan masjid disamping menyantuni anak anak kariah secara keseluruhanya.
Sekali lagi, kami mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian rombongan Masjid Abu Bakar Malau hadir bersama kami. Semoga Allah SWT membalas segala kebaikan dengan ganjaran yang berlipat ganda, mengurniakan kesihatan, kesejahteraan, dan memberkati ukhwah yang terjalin ini.