Thirdforce Besut

Thirdforce Besut Thirdforce Coordinator

05/08/2026
04/08/2026

KAJI DULU EKOSISTEM ASNAF SEBELUM TURUN MEMBANTU

Untuk itu SOP bantuan mestilah dipatuhi. Antaranya jangan ganggu ekosistem asnaf. Kaitan dengan keluarga terdekat, saudara-mara. Kena kaji benda yang kita tidak tahu, berhati-hati dengan maklumat yang banyak boleh jadi salah faham atau sebaliknya. Sentiasa bertindak sebagai penghubung antara asnaf dan agensi kerajaan yang berfungsi dari duit pembayar cukai. Itu yang paling utama. Yayasan Raja Shamri dan TF adalah support sistem yang bergerak seiring membantu bukan mencari salah siapa-siapa bahkan mendahului sekaligus sebar gelombang kasih sayang sejauh mungkin.

Terima kasih. Jom jadi orang baik-baik.

Media Team
Yayasan Raja Shamri

Pak Cik Razali, 66 tahun, ayah kepada salah seorang sukarelawan kita, telah lama menghidap penyakit strok dan memerlukan...
24/12/2025

Pak Cik Razali, 66 tahun, ayah kepada salah seorang sukarelawan kita, telah lama menghidap penyakit strok dan memerlukan katil hospital. Beliau tinggal di Kampung Pasir Akar. Dengan adanya bantuan katil hospital, kita dapat meringankan sedikit kesusahan yang dihadapi Pak Cik Razali.

Terima kasih diucapkan kepada penyumbang katil hospital ini dan jiran-jiran yang turut membantu dalam proses menurun dan memasang katil ini. Semoga sumbangan anda menjadi saham akhirat yang terus mengalir selagi mana sumbangan anda bermanfaat untuk orang yang memerlukan.



Shamira/Iskandar sukarelawan thirdforce Besut.

Untuk sama-sama membantu pelbagai program bantuan Yayasan Raja Shamri dan Thirdforce sumbangan boleh di salurkan ke akaun YAYASAN RAJA SHAMRI seperti berikut:-

Sumbangan Am :-

No akaun : 1102074345
Nama Akaun: YAYASAN RAJA SHAMRI
Bank Kerjasama Rakyat Malaysia (Bank Rakyat)

atau

Akaun Khusus Untuk Sumbangan Zakat dan Fidyah:-

YAYASAN RAJA SHAMRI
CIMB Islamic Bank Cawangan Machang Kelantan
No Akaun: 860 4333 655

h/p : 017-3872232
email : [email protected]

⚠️ DISCLAIMER / PENAFIAN RASMI

Yayasan Raja Shamri tidak pernah melantik mana-mana pihak ketiga untuk menguruskan sumbangan atau bantuan.

Segala urusan hanya melalui saluran rasmi yayasan.
Berhati-hati dengan scammer yang menyamar menggunakan nama YRS.

Yayasan Raja Shamri telah mendapat kelulusan dari LHDN untuk para penyumbang mendapat pelepasan cukai pendapatan dibawah subseksyen 44(6), Akta Cukai Pendapatan 1967 disamping kita juga adalah Amil Zakat MAIK sejak 2021.

Pak Cik Azman, seorang lelaki yang pernah berjuang keras untuk keluarganya, kini terbaring lemah di atas katil. Beliau t...
08/12/2025

Pak Cik Azman, seorang lelaki yang pernah berjuang keras untuk keluarganya, kini terbaring lemah di atas katil. Beliau telah mengidap penyakit strok selama 3 tahun, meninggalkan beliau tidak dapat bergerak dan bergantung pada orang lain untuk melakukan aktiviti sehari-hari.

Tinggallah beliau di sebuah kampung kecil di Tasek Cherang Pasir Akar. Isteri beliau, yang tidak bekerja, telah menjadi tulang belakang keluarga, menjaga suaminya yang sakit dengan penuh kasih sayang.

Mereka memiliki 6 orang anak, dan 3 daripadanya masih bersekolah, memerlukan biaya pendidikan dan keperluan sehari-hari. Namun, pendapatan keluarga ini sangat terbatas, kerana Pak Cik Azman tidak dapat bekerja lagi.

Beliau juga memiliki masalah penglihatan akibat terkena percikan api welding, menambahkan kesulitan dalam menjalani kehidupan sehari-hari. Isteri beliau terpaksa menjadi mata dan tangan suaminya, melakukan segala-galanya untuk memastikan keluarga mereka dapat terus bertahan.

Abang Raja selalu berpesan dan mengingatkan kita akan pentingnya kasih sayang, kesabaran, dan kekuatan dalam menghadapi kesulitan. Semoga kita semua dapat membantu mereka dalam kesulitan ini..sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi Shamira 0145251155 untuk info lebih lanjut..



Shamira/Suhana sukarelawan thirdforce jertih.

Address

No 10 Kampung Cherang Meliling
Jerteh
22000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Thirdforce Besut posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share