Aqiqah Bersama Nusrah

Aqiqah Bersama Nusrah Sedia membantu untuk mereka yang mahu menderma

HIKMAH MELAKUKAN AQIQAH ANAKTerdapat pelbagai hikmah melakukan aqiqah bagi anak anda.Antara hikmahnya adalah sebagai tan...
17/10/2024

HIKMAH MELAKUKAN AQIQAH ANAK

Terdapat pelbagai hikmah melakukan aqiqah bagi anak anda.

Antara hikmahnya adalah sebagai tanda kegembiraan dan kesyukuran atas kurniaan tuhan dengan lahirnya anak anda.

Selain itu, aqiqah juga adalah satu jalan untuk menjadikan permulaan kehidupan anak anda dengan dekat dengan Allah SWT dan perkara-perkara kebaikan.

Aqiqah juga sangat membantu dalam mengukuhkan hubungan di antara keluarga suami isteri yang baru mendapat bayi dengan masyarakat umum.

Seterusnya, aqiqah adalah satu cara untuk memaklumkan kepada masyarakat umum tentang anugerah Tuhan.

PERBEZAAN AQIQAH ANAK LELAKI DAN ANAK PEREMPUANIbu bapa perlu mengambil tahu tentang aqiqah dan perbezaan dalam ibadah t...
17/10/2024

PERBEZAAN AQIQAH ANAK LELAKI DAN ANAK PEREMPUAN

Ibu bapa perlu mengambil tahu tentang aqiqah dan perbezaan dalam ibadah tersebut berdasarkan jantina anak.

Perbezaan aqiqah bagi lelaki dan perempuan adalah kadar aqiqahnya.

Bagi anak lelaki, dua ekor kambing harus dikorbankan.

Manakala aqiqah anak perempuan p**a memerlukan seekor kambing.

Walaupun kadarnya diukur dengan menggunakan kambing, haiwan lain juga boleh dikorbanlan untuk menggantikan kambing.

Jadi bagaimana p**a pengiraan kadar aqiqahnya jika anda tidak menggunakan kambing sebagai korban.

Menurut mazhab al-Syafi’e, kambing boleh digantikan dengan lembu atau unta.

Perbandingannya adalah seekor bahagian kambing bersamaan dengan 1 bahagian lembu atau unta.

Namun, menyembelih dua ekor kambing bagi anak lelaki bukanlah satu kemestian.

Boleh juga membuat aqiqah seekor kibas seperti yang dilakukan oleh Rasulullah SAW bagi aqiqah cucu baginda.

Haiwan aqiqah lain seperti lembu, kerbau dan unta boleh dikongsi sehingga 7 bahagian bersamaan 7 ekor kambing.

1. Ibu Bapa / PenjagaWajib ke atas mereka menanggung nafkah bayi2. Datuk atau NenekMereka juga dituntut mengakikahkan cu...
17/10/2024

1. Ibu Bapa / Penjaga

Wajib ke atas mereka menanggung nafkah bayi

2. Datuk atau Nenek

Mereka juga dituntut mengakikahkan cucu mereka, sepertimana baginda Nabi SAW mengakikahkan cucu baginda iaitu Saiyidatina Hassan dan Hussain R.Anhuma

3.Diri Sendiri

Sekiranya seseorang individu itu sudah dewasa dan berkemampuan dari sudut hartanya, tetapi (sewaktu kecil) dia belum diakikahkan oleh Ibubapa / datuk atau penjaganya, maka dia boleh lakukan Akikah untuk dirinya sendiri.

17/10/2024
Aqiqah dari segi bahasa bermaksud rambut yang terdapat pada kepala kepala bayi sewaktu kelahirannya.Rambut itu dinamakan...
17/10/2024

Aqiqah dari segi bahasa bermaksud rambut yang terdapat pada kepala kepala bayi sewaktu kelahirannya.

Rambut itu dinamakan aqiqah kerana ianya harus dipotong.

Dari segi istilah p**a, aqiqah merujuk penyembelihan binatang an’am tertentu untuk kepentingan anak, di samping mencukur rambut bayi dan memberi nama kepadanya.

Antara binatang an’am yang boleh dijadikan korban ialah kibas, biri-biri, domba, kambing, lembu, kerbau dan unta.

Sebelum mengadakan aqiqah, terdapat beberapa syarat yang perlu dipenuhi.

Antaranya adalah memastikan umur binatang untuk dikorbankan itu cukup umur.

Bagi kibas, biri-biri, domba dan kambing, anda perlu memastikan umurnya sudah setahun dan telah gugur gigi sesudah ia berumur enam bulan.

Seterusnya, untuk mengorbankan lembu dan kerbau, umurnya perlu melebihi satu tahun apabila gigi sususan hadapannya gugur.

Unta p**a perlu berumur melebihi lima tahun.

Haiwan-haiwan yang dikorbankan juga perlu terdiri daripada haiwan ternak, tidak cacat, kurus, buta atau bunting.

Pasti ada yang tertanya, apakah wajib untuk melaksanakan aqiqah?

Imam Syafi’e berpendapat hukum melaksanakan aqiqah adalah sunat muakkad.

Sunat muakkad bermakna sunat yang sangat dituntut pelaksanaannya terutamanya bagi golongan yang berkemampuan.

Jika anda tidak mampu melakukan aqiqah anak anda ketika usianya 7 hari, aqiqah boleh dilaksanakan ketika anak berumur 14 hari atau 21 hari.

Sekiranya tidak mampu melakukan pada hari-hari tersebut, bolehlah dilakukan pada bila-bila masa bila ada kemampuan sehinggalah anak mencapai umur baligh.

Apabila anak sudah dewasa dan aqiqah masih belum dilaksanakan, adalah sunat bagi anak tersebut untuk membuat aqiqah untuk dirinya sendiri.

Address

Lot 3591 Kedai Tingkat 1, Taman D Nik Jalan Besar Kg Gong Badang
Jerteh
22000

Telephone

+601110871107

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Aqiqah Bersama Nusrah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Aqiqah Bersama Nusrah:

Share