10/01/2022
KISAH PENJUAL GULA MERAH
Al-kisah..
Di sebuah kampung ada sepasang suami isteri yang miskin.Mereka berniaga dengan menjual gula merah yang dibuat sendiri.Ia berbentuk bulat Dan beratnya 1 kilogram.
Lelaki miskin ini menjual gula merah ke Bandar dan diletakkan di kedai-kedai.Salah satunya kedai yang selalu mereka membeli barang keperluan harian.
Suatu hari pemilik kedai itu curiga dengan berat gula merah itu. Lalu dia pun menimbangnya.Teryata beratnya tidak sampai 1 kilogram. Hanya 900 gram.
Dia terlalu marah hingga tangannya gementar. Dadanya terasa seperti mahu meledak.Dia merasakan tertipu dengan lelaki miskin itu.
“Jadi selama ini dia membohongiku. Berapa banyak kerugian yang telah aku alami? Dasaarr Penipu !” teriaknya dalam hati.
Kebetulan pada petang itu, lelaki miskin tersebut datang lagi ke kedai itu.Dan membawa gula merahnya. Lalu pemilik kedai itu berkata:
"Kamu telah menipu saya! Kamu beritahu gula merah ini 1 kilogram.Ternyata hanya 900 Gram saja !” teriak pemilik kedai itu dengan marah.
Lelaki miskin itu menundukkan kepalanya dan berkata, “Kami orang miskin. Kami tidak punya alat timbangan di rumah.
Jadi saya membeli beras di kedai tuan seberat 1 kilogram. Kami telah jadikan ukuran timbangan untuk menimbang gula merah kami.
Apakah beras yang saya beli dari tuan selama ini hanya 900 gram. Dan bukan 1 kilogram?” tanya lelaki itu.
Pemilik kedai terdiam dan merasa sangat malu.Kerana seakan meludah ke langit dan jatuh semula ke batang hidung sendiri.
Sahabat..,
Terkadang kita terlalu mudah dan cepat menghukum orang lain bersalah. Padahal sumber masalah itu ada pada diri kita sendiri.
Oleh itu, Kita perlu jujur dalam semua perkara.Kerana segala perbuatan kita akan ditimbang diakhirat nanti. Semoga kita semua diberkati & dirahmati Allah SWT.Aamiin🤲🏻.
Ikhlas
Tim Ummatul Hilmaz