Jpkk Bkt Rang

Jpkk Bkt Rang Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Jpkk Bkt Rang, Community Center, Jerantut.

Sekitar program Ikhlas bersama UniSZA dalam acara pertandingan memasak yang telah di anjurkan.
21/11/2025

Sekitar program Ikhlas bersama UniSZA dalam acara pertandingan memasak yang telah di anjurkan.

Jangan lupa temujanji kita pada jam 8.30 malam ini. Kepada penduduk sekitar, anda semua  dijemput hadir beramai ramai ke...
31/10/2025

Jangan lupa temujanji kita pada jam 8.30 malam ini. Kepada penduduk sekitar, anda semua dijemput hadir beramai ramai ke perkarangan Galeri Mat Kilau untuk bersama dalam Forum Perdana dengan tajuk "Fitnah Akhir Zaman" . Sebuah tajuk yang sangat baik bagi kita dan semoga kita dapat mengambil ikhtibar dari apa yang akan di sampaikan.

29/09/2025

Suasana pelepasan Kawasaki Megatrail Fun Ride
Galeri Mat Kilau, Pulau Tawar ke Mat Daling, Ulu Tembeling.

KAWASAKI,Salah satu jenama terkenal di arena sukan permotoran dengan kerjasama Majlis daerah Jerantut, telah menganjurka...
28/09/2025

KAWASAKI,
Salah satu jenama terkenal di arena sukan permotoran dengan kerjasama Majlis daerah Jerantut, telah menganjurkan satu program sukan bermotor (lasak) dengan tajuk: KAWASAKI MEGATRAIL Fun Ride,
sejauh 150km sehala.
Program telah berlangsung dengan jayanya dengan pelepasan peserta Fun Ride bermula dari Galeri Mat Kilau di Pulau Tawar dan tamat di Kampung Mat Daling, Ulu Tembeling.
Program telah berjaya mengumpulkan ratusan peserta dari seluruh Negara.
Kerjasama yang baik dari semua pihak telah melancarkan lagi program ini. Semoga banyak lagi program dapat di anjurkan di masa hadapan.
Tahniah dan terima kasih kepada Pengerusi Jpkk Bukit Rang beserta AJK lain seterusnya masyarakat sekitar yang telah sama-sama memeriahkan program ini. Jumpa lagi di lain acara. InsyaAllah

Pahang Pride Kid 2024.Seramai lebih kurang 25 kanak-kanak yang lahir pada tahun 2024 telah terpilih untuk menerima inisi...
24/08/2025

Pahang Pride Kid 2024.
Seramai lebih kurang 25 kanak-kanak yang lahir pada tahun 2024 telah terpilih untuk menerima inisiatif dari Kerajaan Negeri Pahang.
Program telah berlangsung di Pejabat JPKK Bukit Rang dengan dihadiri oleh Penyelaras DUN Pulau Tawar yang baru di lantik.
Tahniah kepada semua penerima dan Terima Kasih kepada semua yang terlibat.

๐ŸŽค๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ *DAFTAR SEKARANG* ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐ŸŽค*PERTANDINGAN KARAOKE BINTANG PATRIOTIK 2025*๐Ÿ“… Tarikh: Ahad, 17 Ogos 2025๐Ÿ•‘ Masa: 2.00 Petang๐Ÿ“ T...
12/08/2025

๐ŸŽค๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ *DAFTAR SEKARANG* ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐ŸŽค
*PERTANDINGAN KARAOKE BINTANG PATRIOTIK 2025*

๐Ÿ“… Tarikh: Ahad, 17 Ogos 2025
๐Ÿ•‘ Masa: 2.00 Petang
๐Ÿ“ Tempat: Galeri Mat Kilau, Pulau Tawar

๐Ÿ”ฅ Tunjukkan bakat anda! Mari raikan semangat patriotik melalui nyanyian lagu-lagu kebangsaan dan patriotik!

๐ŸŽฏ *SYARAT PENYERTAAN :*

โœ… Berumur 13 tahun ke atas
โœ… Terbuka kepada semua warga:
โ€ข PPMS
โ€ข Bukit Rang 1,2&3
โ€ข Kg Perian,
Kg Bandar
โ€ข Kg Kedondong,
Kg Masjid

๐Ÿ“Œ Terhad 20 Penyertaan Sahaja

๐Ÿ“๐“๐š๐ซ๐ข๐ค๐ก ๐“๐ฎ๐ญ๐ฎ๐ฉ ๐ฉ๐ž๐ง๐๐š๐Ÿ๐ญ๐š๐ซ๐š๐ง : ๐Ÿ๐Ÿ’ ๐Ž๐ ๐จ๐ฌ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“ (๐Š๐ก๐š๐ฆ๐ข๐ฌ)

๐Ÿ† *HADIAH MENARIK MENANTI*
๐Ÿฅ‡ Tempat Pertama: RM150.00 + Hamper
๐Ÿฅˆ Tempat Kedua: RM100.00 + Hamper
๐Ÿฅ‰ Tempat Ketiga: RM50.00 + Hamper

๐Ÿ’ฅ Nota Penting:
*Pemenang Tempat Pertama* akan bertanding ke Peringkat Daerah Jerantut
pada Malam Ambang Merdeka di Padang FA Jerantut!

๐Ÿ“Œ Pendaftaran kini dibuka! Jangan lepaskan peluang ini!

๐Ÿ“ž Untuk maklumat & pendaftaran, hubungi:
https://www.wasap.my/60199593662/NAKJOINKARAOKE

Link Pendaftaran : https://forms.gle/2ZwCCDizBArYCHoe9

Sekalung Tahniah dan penghargaan di ucapkan kepada YM Maulana Dato' Cik Wan Helmi Bin Wan Mohamed di atas penganugerahan...
11/08/2025

Sekalung Tahniah dan penghargaan di ucapkan kepada YM Maulana Dato' Cik Wan Helmi Bin Wan Mohamed di atas penganugerahan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Dato' seterusnya ucapan Tahniah di atas perlantikan sebagai Ahli Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang.
Semoga dengan penganugerahan dan perlantikan ini dapat memberi manfaat yang besar kepada semua.
Tahniah dari Jpkk Bukit Rang

Tarikh: 31/07/2025Hari: KhamisMasa: 10pagi Program penyerahan Kad Kesihatan Warga Emas bagi kawasan Jpkk Bukit Rang.Prog...
31/07/2025

Tarikh: 31/07/2025
Hari: Khamis
Masa: 10pagi
Program penyerahan Kad Kesihatan Warga Emas bagi kawasan Jpkk Bukit Rang.
Program ini adalah inisiatif dari pihak Jpkk Bukit Rang dengan kerjasama YB Harris Salleh Bin Hamzah bersama Dr Mohd Aslam dari klinik Mas Medic selaku panel.
Seramai 17 orang warga emas telah terpilih untuk menerima kad kesihatan dengan jumlah Rm500 setiap seorang.
Selepas tamat program penyerahan kad tersebut, pihak Jpkk Bukit Rang bersama Dr Aslam juga sempat melakukan ziarah kasih juga kepada penerima yang tidak dapat hadir kerana masalah kesihatan.
Dr Aslam juga sempat memberikan khidmat penilaian kesihatan kepada YB Haris Salleh Hamzah dan juga peserta program secara percuma.
Tahniah kepada penerima dan terima kasih kepada Jpkk Bukit Rang melalui Pengerusi dan ahli jawatankuasa jpkk yang terlibat.

Kuala Salan, antara kisah sejarah dan lokasi santai petang bagi penduduk setempat yang tinggal di sekitar Pulau Tawar.Pa...
28/07/2025

Kuala Salan, antara kisah sejarah dan lokasi santai petang bagi penduduk setempat yang tinggal di sekitar Pulau Tawar.
Pasir Salan selalu menjadi tumpuan untuk melakukan aktiviti di sungai ketika air Sungai Pahang surut dan jernih.
Untuk anak-anak yang ingin mandi manda di sini perlulah kepada pemerhatian dari orang tua kerana arus sungai yang mengalir agak deras.
Utamakan keselamatan ketika anda melakukan aktiviti di sungai walau di mana jua.

Tarikh: 27 Julai 2025Hari: Ahad Masa: 3 petangTempat: Dewan permainan Bukit RangSatu mesyuarat telah diadakan bagi tujua...
27/07/2025

Tarikh: 27 Julai 2025
Hari: Ahad
Masa: 3 petang
Tempat: Dewan permainan Bukit Rang
Satu mesyuarat telah diadakan bagi tujuan penubuhan satu jawatankuasa penduduk bagi kawasan Bukit Rang 2.
Ini adalah inisiatif dari pengerusi Jpkk Bukit Rang iaitu Ustaz Zulfaker Mat Sood bagi memudahkan lagi urusan atau sebarang hal berkaitan di dalam kawasan pentadbiran beliau.
Mesyuarat berjalan dengan lancar dengan kehadiran dan kerjasama dari penduduk setempat.
Semoga dengan tindakan ini akan dapat memperkemas lagi tadbir urus di Kampung Bukit Rang.
"Berkhidmat Untuk Masyarakat"

Address

Jerantut

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jpkk Bkt Rang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share