11/10/2026
Bila Pengerusi JPKK sendiri turun padang, tengok jalan kampung sendiri kotor depan mata, takkan nak diam dan buat tak tahu? Bila dah nampak, tentulah kita tegur. Itu tanggungjawab, bukan mencari gaduh.
Lebih mengecewakan, sehingga hari ini pihak pemaju masih belum pernah mengadakan perjumpaan bersama organisasi kampung untuk berbincang dan menyelaraskan perkara berkaitan.
Kami bukan mahu bermusuh. Kami mahu kerjasama, rasa hormat dan tanggungjawab terhadap kebersihan serta kepentingan penduduk kampung.
Jangan anggap teguran sebagai satu ancaman. Kalau semuanya dibuat dengan baik, kenapa perlu takut untuk berdepan dan berbincang?