Si Peduli

Si Peduli Pertubuhan Peduli Ummah ( SI PEDULI ) telah berdaftar di bawah Akta 1966 di Pendaftaran Pertubuhan Ma

Petang semalam, kami juga berkesempatan menziarahi warga emas di Pusat Jagaan Jalinan Kasih, Kuala Selangor.Pertemuan be...
15/03/2026

Petang semalam, kami juga berkesempatan menziarahi warga emas di Pusat Jagaan Jalinan Kasih, Kuala Selangor.

Pertemuan bersama mereka sangat menyentuh hati. Ada yang jarang diziarahi, ada yang hanya ditemani kenangan lama dan menunggu seseorang datang bertanya khabar.

Saat mendengar kisah hidup mereka, kami belajar satu perkara yang sangat besar — bersyukur dengan apa yang kita ada dan menghargai ibu bapa selagi mereka masih bersama kita.

Mengejar Lailatul Qadar bukan hanya dengan ibadah, tetapi juga dengan menabur kasih sayang, memberi perhatian dan menggembirakan hati mereka yang memerlukan.

Semoga lawatan kecil ini membawa sedikit kegembiraan buat mereka dan menjadi amal yang diterima oleh Allah SWT. 🤲

Terima kasih kepada semua yang menjayakan program ini.

Bersempena 10 malam terakhir Ramadhan, kami masih membuka peluang kepada sesiapa yang ingin berkongsi rezeki untuk misi bantuan seterusnya.

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun rasmi:

Maybank
5627 8608 5563
Pertubuhan Peduli Ummah
(Reference: Sumbangan Ramadhan)

Semoga setiap sumbangan menjadi saham akhirat dan asbab bertemu Lailatul Qadar ✨

Alhamdulillah, pagi semalam kami berpeluang mengagihkan pek makanan kepada golongan asnaf di Surau Al-Hidayah, Bandar Sa...
15/03/2026

Alhamdulillah, pagi semalam kami berpeluang mengagihkan pek makanan kepada golongan asnaf di Surau Al-Hidayah, Bandar Saujana Putra untuk program bersama surau.

Dalam 10 malam terakhir Ramadhan, setiap kebaikan yang kecil mungkin menjadi sebab kita dipertemukan dengan Lailatul Qadar — malam yang lebih baik daripada seribu bulan.

Melihat senyuman mereka mengingatkan kami bahawa rezeki bukan sekadar pada apa yang kita miliki, tetapi pada apa yang kita mampu kongsikan.

Semoga setiap tangan yang memberi dan setiap hati yang mendoakan menjadi amal yang diterima Allah. 🤲

Bagi yang ingin turut berkongsi rezeki dalam misi bantuan Ramadhan ini:

Maybank
5627 8608 5563
Pertubuhan Peduli Ummah
(Reference: Sumbangan Ramadhan)

Semoga setiap sumbangan menjadi saham akhirat 🤍





Misi Iftar Gelandangan KL | 8 Mac 2026Alhamdulillah, semalam kami berpeluang turun berkongsi rezeki bersama saudara-saud...
09/03/2026

Misi Iftar Gelandangan KL | 8 Mac 2026

Alhamdulillah, semalam kami berpeluang turun berkongsi rezeki bersama saudara-saudara gelandangan di sekitar Kuala Lumpur.

Mungkin bagi kita hanya sepinggan nasi, ayam masak merah dan sedikit minuman. Tapi bagi mereka, itulah juadah berbuka yang dinanti selepas seharian berpuasa.

Melihat senyuman, ucapan terima kasih dan cara mereka menerima dengan penuh syukur benar-benar mengingatkan kami bahawa rezeki bukan sekadar pada apa yang kita ada, tetapi pada apa yang kita mampu kongsikan.

Terima kasih kepada semua sukarelawan yang hadir dari Selangor, Kuala Lumpur dan Melaka yang sama-sama meluangkan masa, tenaga dan hati untuk menjayakan misi ini.

Semoga setiap langkah, setiap senduk nasi dan setiap senyuman semalam menjadi saham akhirat buat kita semua.

Kadang-kadang kita turun untuk memberi tapi sebenarnya kita yang pulang dengan lebih banyak rasa syukur.

Teruskan memberi, kerana kebaikan itu tidak akan pernah sia-sia.

MAYBANK
562786085563
Pertubuhan Peduli Ummah






Kami dalam perjalanan ke Kuantan dari Selangor bersama bot bantuan. Jika ada keluarga yang masih terperangkap, mohon mak...
17/12/2025

Kami dalam perjalanan ke Kuantan dari Selangor bersama bot bantuan.

Jika ada keluarga yang masih terperangkap, mohon maklumkan lokasi. Kami akan cuba sedaya upaya.

Semoga Allah melindungi semua mangsa banjir dan mempermudahkan urusan kita semua 🤲

Bagi yang ingin berkongsi rezeki, marilah sama-sama menyumbang mengikut kemampuan.
Sedikit dari kita, besar maknanya buat mereka yang terkesan.

Maybank
5627 8608 5563
PERTUBUHAN PEDULI UMMAH







Address

40, Jalan SP8/4, Bandar Saujana Putra
Jenjarom
42610

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Si Peduli posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share