24/04/2026
Jamuan Penghargaan Komuniti Felda Lui Barat
Tarikh : 24 April 2026 (Jumaat)
Masa : 8.30 malam
Tempat : Kedai Mee Bandung Muar Felda Lui Barat
Malam ini diadakan jamuan makan di Kedai Mee Bandung Muar FELDA Lui Barat sebagai tanda penghargaan kepada semua komuniti FELDA Lui Barat yang terlibat.
Terima kasih kepada geng-geng rewang, geng masak serta seluruh komuniti FELDA Lui Barat yang telah membantu secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan Majlis Mahabbah Silaturahim sempena Aidilfitri DUN Sungai Lui 2026 di Padang Awam FELDA Lui Barat pada 19 April 2026 lalu.
Segala penat lelah, masa dan tenaga yang dicurahkan amat dihargai. Tanpa kerjasama semua, tidak mungkin majlis ini berjalan dengan lancar dan meriah.
Daripada kami, Komuniti FELDA Lui Barat (JPKK), jutaan terima kasih diucapkan kepada semua. ๐ค