Persatuan Belia MBFM Felda Serting Hilir 2

Persatuan Belia MBFM Felda Serting Hilir 2 Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Persatuan Belia MBFM Felda Serting Hilir 2, Community Center, Balairaya Felda Serting Hilir 2, Jempol.

30 Mei 2026, Sabtu – Alhamdulillah, selesai sudah pelaksanaan program Persatuan Belia (MBFM) FELDA Serting Hilir 2 di Na...
02/06/2026

30 Mei 2026, Sabtu – Alhamdulillah, selesai sudah pelaksanaan program Persatuan Belia (MBFM) FELDA Serting Hilir 2 di Nanggroe Aceh Darussalam dengan jayanya.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan, sumbangan serta kerjasama sepanjang menjayakan program ini. Terima kasih kepada para penyumbang, sukarelawan, rakan strategik, pihak pengurusan serta semua individu yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan misi ini.

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga ditujukan kepada saudara-saudara kami di Aceh atas layanan mesra, sambutan yang amat baik serta segala bantuan yang diberikan sepanjang keberadaan kami di sana. Jasa dan budi baik yang ditunjukkan amat dihargai dan akan sentiasa dikenang.
Semoga segala bantuan dan sumbangan yang telah disampaikan memberi manfaat kepada golongan yang memerlukan serta menjadi asbab kebaikan dan keberkatan buat semua yang terlibat. Diharapkan jalinan ukhuwah, persaudaraan dan semangat kemanusiaan yang terjalin melalui program ini akan terus diperkukuhkan pada masa hadapan demi manfaat ummah sejagat.
Terima kasih atas segala sokongan dan doa. Semoga Allah SWT membalas setiap kebaikan dengan ganjaran yang berlipat ganda. 🤲🏻




27/05/2026

Sekitar Majis Sumbangan Anak-anak yatim..

PROGRAM SUMBANGAN ANAK YATIM DAN PELAKSANAAN IBADAH KORBAN 1447H/2026MAceh Besar, Indonesia – Program Sumbangan Anak Yat...
27/05/2026

PROGRAM SUMBANGAN ANAK YATIM DAN PELAKSANAAN IBADAH KORBAN 1447H/2026M

Aceh Besar, Indonesia – Program Sumbangan Anak Yatim dan Pelaksanaan Ibadah Korban tahun ini oleh Persatuan Belia (MBFM) FELDA Serting Hilir 2 dengan kerjasama Sukarelawan Aceh (S**A) telah berlangsung dengan jayanya di Ma'ahad Madinatuddiniyah Indrapuri serta Al-Mutazam Aceh Peduli, Aceh Besar.Ini juga merupakan Sumbangan Sesi Ke 11.0 daripada pihak Persatuan Belia MBFM Felda Serting Hilir 2 .

Program ini dilaksanakan sebagai tanda keprihatinan dan usaha menyemarakkan semangat kebajikan serta ukhuwah Islamiah sempena sambutan Hari Raya Aidiladha 1447H. Seramai 50 orang anak yatim yang layak telah menerima sumbangan kewangan bagi membantu meringankan beban dan menceriakan sambutan Aidiladha mereka.
Selain itu, sebanyak 2 ekor lembu berjaya dilaksanakan ibadah korban dan daging korban telah diagihkan kepada golongan asnaf, fakir miskin serta masyarakat setempat yang memerlukan. Program ini bukan sahaja memberi manfaat kepada penerima, malah turut mengeratkan hubungan silaturahim antara sukarelawan Malaysia dan masyarakat di Aceh.

Persatuan Belia (MBFM) FELDA Serting Hilir 2 merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua penyumbang, sukarelawan serta pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini. Semoga segala sumbangan dan amal kebajikan yang diberikan mendapat ganjaran pahala serta keberkatan daripada Allah SWT.

Persatuan Belia (MBFM) FELDA Serting Hilir 2 juga ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1447H kepada seluruh Muslimin dan Muslimat khususnya di Malaysia. Semoga Aidiladha kali ini membawa keberkatan, kebahagiaan dan memperkukuhkan semangat pengorbanan dalam kehidupan kita semua.


26 Mei 2026, Selasa –  Persatuan Belia MBFM Felda Serting Hilir 2 yang diwakili oleh Pengerusi Persatuan, Encik Afiq ser...
26/05/2026

26 Mei 2026, Selasa – Persatuan Belia MBFM Felda Serting Hilir 2 yang diwakili oleh Pengerusi Persatuan, Encik Afiq serta Penyelaras Belia, Encik Rosli telah menyertai Program Ibadah Korban & sumbangan kepada anak-anak yatim, mualaf, asnaf serta Misi Kemanusiaan Pasca Banjir 2026 di Nanggroe Aceh Darussalam, Indonesia.

Turut hadir di lapangan terbang, Ahli Jawatankuasa Persatuan, Saudara Hadi serta Pengerusi Persatuan Peminat Muzik Raagapriy, Encik Sujol.

Semoga segala urusan dan perjalanan dipermudahkan oleh Allah S.W.T serta segala usaha kebajikan ini mendapat keberkatan dan rahmat-Nya. Aamiin.

24/05/2026

Alhamdulillah 🤲
Persatuan Belia (MBFM) FELDA Serting Hilir 2 merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua para penyumbang.

Sumbangan pakaian yang diberikan amat bermakna dan telah selamat dihantar oleh Ustaz Khadi Khan untuk disalurkan kepada mereka yang memerlukan. Semoga setiap sumbangan yang dihulurkan menjadi amal jariah serta mendapat ganjaran berlipat kali ganda daripada Allah SWT.

Terima kasih kerana terus menyokong usaha kemanusiaan dan kebajikan kami ❤️🤝





Terima Kasih JBS Negeri Sembilan
22/05/2026

Terima Kasih JBS Negeri Sembilan

🌸 SELAMAT HARI IBU 🌸Kasih ibu tiada tandingan, pengorbanan ibu p**a tidak mampu dibalas dengan harta dan kata-kata. Teri...
09/05/2026

🌸 SELAMAT HARI IBU 🌸

Kasih ibu tiada tandingan, pengorbanan ibu p**a tidak mampu dibalas dengan harta dan kata-kata. Terima kasih kepada semua insan bergelar ibu yang sentiasa menjadi kekuatan, pelindung dan sumber kasih sayang dalam keluarga. ❤️

Semoga semua ibu sentiasa diberikan kesihatan, kebahagiaan serta dipermudahkan segala urusan.

Ikhlas daripada
Persatuan Belia MBFM Felda Serting Hilir 2

Alhamdulillah 🤍Pada 09.05.2026 (Sabtu), program Sumbangan Anak-Anak Yatim 10.0 Sempena Aidiladha anjuran Persatuan Belia...
09/05/2026

Alhamdulillah 🤍

Pada 09.05.2026 (Sabtu), program Sumbangan Anak-Anak Yatim 10.0 Sempena Aidiladha anjuran Persatuan Belia (MBFM) FELDA Serting Hilir 2 telah selesai dilaksanakan dengan lancar.

Turut hadir memeriahkan program ialah Ketua Peneroka Tok Aziz, sahabat Persatuan Belia MBFM Felda Serting Hilir 2 Encik Param, Pengerusi Encik Afiq, Setiausaha Puan Nuur Zalina, AJK Encik Hadi, AJK GPW serta anak-anak yatim yang diraikan. Sumbangan terdiri daripada Beras, Duit dan Kit Makanan🤍

Terima kasih diucapkan kepada semua penyumbang, sukarelawan serta pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini. Semoga setiap sumbangan yang diberikan menjadi asbab kebahagiaan buat anak-anak yatim serta mendapat keberkatan dan ganjaran yang baik daripada Allah SWT. 🤲✨


Alhamdulillah 🤍Gotong-royong perdana anjuran Gerakan Persatuan Wanita (GPW) Felda Serting Hilir 2 telah berlangsung deng...
05/05/2026

Alhamdulillah 🤍
Gotong-royong perdana anjuran Gerakan Persatuan Wanita (GPW) Felda Serting Hilir 2 telah berlangsung dengan lancar di Jalan Utama FELDA Serting Hilir 2 pada 5 Mei 2026 (Selasa).

Persatuan Belia MBFM Felda Serting Hilir 2 turut bersama-sama membantu menjayakan program ini. Semangat kerjasama dan kebersamaan ini amat bermakna dalam memastikan kebersihan serta keharmonian kawasan terus terpelihara.

InsyaAllah, Kami akan sentiasa komited dan bersedia untuk terus membantu dalam apa jua aktiviti kemasyarakatan demi manfaat bersama 💪✨



Selamat menyambut Hari Pekerja 2026, semoga segala usaha dan pengorbanan para pekerja terus dihargai dalam membina negar...
30/04/2026

Selamat menyambut Hari Pekerja 2026, semoga segala usaha dan pengorbanan para pekerja terus dihargai dalam membina negara yang maju dan sejahtera.

Tulis ikhlas
Persatuan Belia MBFM Felda Serting Hilir 2

Address

Balairaya Felda Serting Hilir 2
Jempol
72120

Telephone

+601116720160

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Belia MBFM Felda Serting Hilir 2 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Persatuan Belia MBFM Felda Serting Hilir 2:

Share