Persatuan Asrama Belia Malaysia Negeri Sembilan

Persatuan Asrama Belia Malaysia Negeri Sembilan Persatuan Asrama Belia Malaysia or known as Malaysian Youth Hostels Association (MYHA)

Meneroka | Berilmu | Kreatif

Salam TakziahInnalillahi wa inna ilaihi raji’un.Dengan penuh rasa dukacita, kami merakamkan ucapan salam takziah kepada ...
05/01/2026

Salam Takziah

Innalillahi wa inna ilaihi raji’un.

Dengan penuh rasa dukacita, kami merakamkan ucapan salam takziah kepada seluruh ahli keluarga atas pemergian Allahyarhamah Wan Salwati Binti Haji Abdullah, yang telah kembali ke rahmatullah pada 5 Januari 2026.

Allahyarhamah merupakan bonda kepada Saudari Ain Haryati, Exco MYHA Negeri Sembilan.

Pemergian beliau amat dirasai kerana Allahyarhamah dikenali sebagai seorang tokoh pemimpin wanita yang disegani, berwibawa serta banyak menabur bakti dalam dunia belia dan kesukarelawan, khususnya di Negeri Sembilan.

Sumbangan, jasa dan kepimpinan Allahyarhamah menjadi inspirasi kepada para wanita, serta meninggalkan kesan mendalam kepada generasi belia dan masyarakat.

Kehilangan ini bukan sahaja dirasai oleh keluarga, malah oleh seluruh komuniti yang pernah mengenali dan bekerjasama dengan beliau.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah, mengampunkan segala dosa, melapangkan kuburnya serta menempatkannya dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Semoga keluarga yang ditinggalkan diberikan ketabahan, kesabaran dan kekuatan menghadapi ujian ini.

Marilah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarhamah.

Ikhlas daripada,
Presiden dan Barisan Kepimpinan
MYHA Negeri Sembilan

🎓✨ Selamat Menduduki Peperiksaan SPM 2025!Buat semua calon SPM, teruskan usaha, fokus dan percaya pada kemampuan diri. S...
24/11/2025

🎓✨ Selamat Menduduki Peperiksaan SPM 2025!

Buat semua calon SPM, teruskan usaha, fokus dan percaya pada kemampuan diri. Setiap langkah kecil yang kalian ambil hari ini adalah jalan menuju masa depan yang lebih gemilang. 🌟

Semoga dipermudahkan urusan menjawab soalan dan diberikan ketenangan sepanjang peperiksaan.

Selamat maju jaya daripada Presiden & Seluruh Barisan Kepimpinan Persatuan Asrama Belia Malaysia (MYHA) Cawangan Negeri Sembilan. 🤍


Address

Jalan Orkid

72200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Asrama Belia Malaysia Negeri Sembilan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Persatuan Asrama Belia Malaysia Negeri Sembilan:

Share