22/03/2024
Assalamualaikum wbt,
*PENCARIAN BAKAT FEEL DA STARZ* π€πΌ
Anda berbakat dalam bidang nyanyian?? Jom sertai kami di Feel Da Staz. Ayuh, warga FELDA (Komuniti rancangan & wilayah serta Kakitangan) yang berminat & berbakat dalam bidang nyanyian jom sertai program Feel Da Starz π€πΌ
Pencarian bakat baru FEEL DA STARZ ini terbuka kepada anak & cucu peneroka yang tinggal dirancangan atau luar rancangan dan juga Kakitangan Felda berumur 18-40 tahun.
Klik link dibawah untuk pendaftaran dan info lebih lanjut :
https://segalanyafelda.com/pendaftaran-feel-da-starz
Sesi Auditon akan diadakan pada ketetapan berikut :
*Tarikh : 24 & 25 April 2024*
*Tempat* : *Dewan Feldajaya Selatan*, *FELDA Wilayah Raja Alias*
Minus one disediakan oleh pihak penganjur. Peserta hanya perlu datang ke lokasi auditon dan dinasihatkan memakai pakaian yang tidak mencolok mata.
Saguhati disediakan diperingkat saringan. Hadiah utama RM10,000.00 dan berpeluang merakamkan single album.
*Peringkat Separuh Akhir & Akhir akan diadakan semasa Hari Peneroka pada 12 & 13 julai 2024.*
Keputusan samada layak ke peringkat seterusnya atau gagal akan dimaklumkan terus pada sesi audition yang diadakan.
Konsep Program ini seperti Akademi Fantasia. Peserta yang berjaya masuk semi final akan di interview sama seperti peserta akademi fantasia.
Jangan terkejut ya, pihak produksi akan interview kawan rapat atau keluarga terdekat anda.πΉπ
Semuanya akan divideokan dan ditayangkan semula semasa semifinal dan final bulan Julai nanti.
Mohon tuan/puan membuat hebahan kepada komuniti rancangan masing masing.
Ayuh, serlahkan bakat anda!!!
Pendaftaran Peserta "Feel Da Starz" daftar