PIBG SK Serting Ilir

PIBG SK Serting Ilir Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Serting Ilir

"Together We Are Stronger"

Kepada Seluruh Warga SK Serting Ilir ,Salam Aidiladha 2024/1445H kami ucapkan dansemoga segala amal soleh dan ibadah kor...
16/06/2024

Kepada Seluruh Warga SK Serting Ilir ,

Salam Aidiladha 2024/1445H kami ucapkan dan
semoga segala amal soleh dan ibadah korban kita diterima ALLAH SWT .

Tulus ikhlas dari kami :-
AHLIJAWATANKUASA PIBG SK SERTING ILIR

12&13 JUN 2024 | LENSA PIBGKEJOHANAN OLAHRAGA SK SERTING ILIR KE-44 BAGI TAHUN 2024 TAHNIAH & SYABAS KEPADA SEMUA GURU, ...
14/06/2024

12&13 JUN 2024 | LENSA PIBG

KEJOHANAN OLAHRAGA SK SERTING ILIR KE-44 BAGI TAHUN 2024

TAHNIAH & SYABAS KEPADA SEMUA GURU, AJK PIBG, IBUBAPA DAN MURID YANG BERTUNGKUS LUMUS MENJAYAKAN KEJOHANAN INI.

SANGAT MERIAH πŸ₯³

JEMPUTAN KE MESYUARAT AGUNG PIBG SK SERTING ILIR KALI KE-47 SESI 2024/2025Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,Kepada ibu...
05/05/2024

JEMPUTAN KE MESYUARAT AGUNG PIBG SK SERTING ILIR KALI KE-47 SESI 2024/2025

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Kepada ibu bapa/penjaga murid-murid SK Serting Ilir.

Dengan penuh rasa hormat dan rendah diri, saya ingin menjemput semua ibu bapa/penjaga untuk bersama-sama menghadiri Mesyuarat Agung PIBG SK Serting Ilir kali ke-47 seperti ketetapan berikut :

πŸ“… : 8 MEI 2024 (RABU)

⏰ :
7.30 Pg (Pendaftaran)
8.00 Pg (Mesyuarat)
9.30 Pg (Perasmian)
10.00 Pg (Jamuan Raya)

πŸ“: Dewan Kenangan, SKSI

Besarlah harapan saya agar ramai ibu bapa/penjaga dapat menghadirkan diri dalam mesyuarat ini.

Melalui mesyuarat agung ini, Tuan/Puan Ibu Ayah dapat membuat keputusan bersama dalam menentukan jumlah sumbangan PIBG bagi setiap murid.

Menerusi mesyuarat ini jugalah, Tuan/Puan Ibu Ayah boleh memberikan apa jua pandangan/cadangan berkaitan dengan anak-anak Tuan/Puan Ibu Ayah atau apa sahaja perkara yang berkaitan.

Marilah bersama-sama kita hadir bagi merapatkan dan mengeratkan lagi hubungan silaturrahim kita sebagai Ibu Bapa/Penjaga bersama para pendidik di sekolah tercinta ini.

Jangan lupa untuk mengisi borang pra-pendaftaran di sini πŸ‘‡πŸ»

https://forms.gle/1P6eM7ZAdbht4HAC9

Jumpa nanti ✨

Sekian, Terima Kasih.

Salam Hormat,

*NURULAZMA SHAFIQAH BINTI KHAIRUL AZHAR*
*YDP PIBG SK SERTING ILIR*
*SESI 2023/2024*

25 MAC 2023 | ISNINSeramai 30 orang murid yang terdiri daripada keluarga asnaf telah menerima sumbangan beg sekolah dari...
25/03/2024

25 MAC 2023 | ISNIN

Seramai 30 orang murid yang terdiri daripada keluarga asnaf telah menerima sumbangan beg sekolah daripada Badan Pertubuhan Kebajikan Dana Kita .

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih di ucapkan kepada Presiden Pertubuhan Kebajikan Dana Kita, Tuan Mohd Fadli Salleh kerana telah menerima permohonan daripada PIBG SK Serting Ilir khusus buat anak-anak di SK Serting Ilir .

Semoga segala budi baik dan jasa bakti pihak Tuan dan seluruh penyumbang Dana Kita diberkati oleh Allah SWT.

Kami mendoakan agar semua penyumbang diberikan kesihatan yang baik, dimewahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan dunia akhirat.

Insya Allah. Aamiin.


10/03/2024
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,Setelah 1 bulan anak-anak bercuti, kini tibalah masanya untuk anak-anak kembali meng...
10/03/2024

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Setelah 1 bulan anak-anak bercuti, kini tibalah masanya untuk anak-anak kembali menghadirkan diri ke sekolah di tahun dan sesi yang baru.

Kepada anak-anak yang akan kembali ke sekolah, semoga tahun ini anak-anak akan lebih bersedia dan mempunyai azam yang tinggi untuk mencapai sesuatu yang lebih baik dari tahun sebelum ini sama ada dalam bidang akademik, ko-kurikulum mahupun sahsiah diri.

Untuk anak-anak yang akan menduduki tahun 1 di SK Serting Ilir esok , selamat datang diucapkan dan semoga anak-anak tahun 1 selesa dan seronok berada di sekolah yang hebat ini.

Terima Kasih ibu ayah yang memilih SK Serting Ilir sebagai sekolah pertama anak-anak di peringkat sekolah rendah.

Begitu juga bagi murid-murid baru yang berpindah masuk ke SK Serting Ilir, juga kepada ibu bapa/penjaga. Selamat Datang diucapkan. Terima Kasih kerana menjadi sebahagian daripada warga SK Serting Ilir bertuah ini.

Pesanan buat anak-anak,

βœ… Pastikan tidur awal malam ini
βœ… Bangun awal esok
βœ… Datang awal ke sekolah
βœ… Pastikan hadir dengan semangat yang tinggi untuk kembali menuntut ilmu πŸ₯°

Sebagai tanda penghargaan dan kasih sayang dari pihak pentadbiran sekolah dan PIBG, ada kejutan untuk anak-anak semua esok tau ! 😍

Jadi, jangan lupa βœ… hadir ke sekolah anak-anak . Kita jumpa esok ! 😍

28 FEBRUARI 2024 | RABU10:30 PAGI - 1.00 PETANGSeramai 11 orang murid dari tahun 2-6, SK Serting Ilir menerima sumbangan...
28/02/2024

28 FEBRUARI 2024 | RABU
10:30 PAGI - 1.00 PETANG

Seramai 11 orang murid dari tahun 2-6, SK Serting Ilir menerima sumbangan daripada Projek Senyuman&Keceriaan, Jom Kembali Ke Sekolah dengan pakaian baru.

Projek yang dijalankan ini mendapat sumbangan dana dari syarikat dan orang perseorangan yang menyumbang melalui akaun PIBG SK Serting Ilir.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada semua penyumbang yang budiman.

Tanpa sumbangan kalian, tidak mungkin dapat mengukir senyuman anakΒ² penerima sumbangan hari ini.

Terima Kasih juga kepada pihak pengurusan sekolah yang turut membantu menjayakan projek ini dengan sempurna dan jayanya.

Guru Pengiring : Pn Samsuria, GPK HEM

#

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,PIBG SK Serting Ilir berhasrat untuk mengumpul dana bagi menampung keperluan pemberi...
14/02/2024

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

PIBG SK Serting Ilir berhasrat untuk mengumpul dana bagi menampung keperluan pemberian sumbangan sekolah kepada *11 orang* asnaf yang telah dikenalpasti layak untuk menerima sumbangan.

Pihak kami juga turut berbesar hati menerima sumbangan berbentuk barangan seperti yang telah disenaraikan dalam surat tersebut.

UPDATE TERKINI SUMBANGAN

πŸ“† 14 Februari 2024

Sumbangan Kewangan

1) RM100 βœ…
2)
3)

Sumbangan Barangan

1) 11 Pasang Stoking βœ…
2) 8 Helai Tudung βœ…
3)

DAULAT TUANKU
31/01/2024

DAULAT TUANKU



π’π„π‹π€πŒπ€π“ πŒπ„ππƒπ”πƒπ”πŠπˆ ππ„ππ„π‘πˆπŠπ’π€π€π π”ππŠπŠ πŸπŸŽπŸπŸ‘ PIBG SK Serting Ilir mewakili seluruh barisan ahlijawatankuasa dan ibu bapa sert...
15/01/2024

π’π„π‹π€πŒπ€π“ πŒπ„ππƒπ”πƒπ”πŠπˆ ππ„ππ„π‘πˆπŠπ’π€π€π π”ππŠπŠ πŸπŸŽπŸπŸ‘

PIBG SK Serting Ilir mewakili seluruh barisan ahlijawatankuasa dan ibu bapa serta penjaga mendoakan semoga segala urusan calon-calon UPKK dipermudahkan, dikurniakan kefahaman dan ketenangan hati semasa menjawab kesemua kertas ujian, serta beroleh keputusan yang cemerlang.

Bittaufiq wannajah diucapkan kepada semua calon-calon yang akan menduduki peperiksaan UPKK hari ini.

فَΨ₯ِذَا ΨΉΩŽΨ²ΩŽΩ…Ω’Ψͺَ فَΨͺΩŽΩˆΩŽΩƒΩŽΩ‘Ω„Ω’ ΨΉΩŽΩ„ΩŽΩ‰ Ψ§Ω„Ω„ΩŽΩ‘Ω‡Ω
Maksudnya: β€œApabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah”

07/01/2024
Buat anakΒ² SK Serting Ilir tersayang,Esok akan bermulanya Pentaksiran Sumatif Akhir Tahun bagi sesi persekolahan 2023.Ci...
07/01/2024

Buat anakΒ² SK Serting Ilir tersayang,

Esok akan bermulanya Pentaksiran Sumatif Akhir Tahun bagi sesi persekolahan 2023.

CikMa doakan agar anak-anak CikMa semuanya akan beroleh kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan ini.

Moga dilapangkan dada, diberi ketenangan dan dipermudahkan segala urusan anak-anak semua esok sehinggalah tamat semua subjek pentaksiran.

Jawab betul² semua soalan, siapa banyak dapat A CikMa bagi hadiah 😍

Nak ke nak? Kena jawab pekso dulu okey 🀭☺️

All the best and good luck !

Address

SK SERTING ILIR, Jalan BAHAU-BATU KIKIR
Jempol
72200

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+60198575346

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PIBG SK Serting Ilir posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to PIBG SK Serting Ilir:

Share