07/07/2026
AUDIT SISTEM PENARAFAN MASJID MALAYSIA (SPMM)
Jempol, 7 Julai - Alhamdulillah Masjid Tuanku Muhriz telah tercalon dalam Sistem Penarafan Masjid Malaysia (SPMM).
Audit hari ini telah dilaksanakan dari pelbagai jabatan antaranya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang juga selaku urus setia, Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia dan PLAN Malaysia.
Audit ini mengambil kira 4 komponen iaitu Pengurusan, Pengimarahan, Prasarana dan Persekitaran. Hadir sama ialah Pengerusi, barisan jawatankuasa dan pegawai masjid.
Terima kasih kepada semua yang terlibat bermula daripada penyediaan dokumen, persiapan prasarana dan persekitaran sehingga selesai audit hari ini. Semoga Masjid Tuanku Muhriz beroleh kejayaan dan menjadi contoh kepada masjid lain.
---------------------------------------
π‘ Ikuti media sosial Masjid Tuanku Muhriz:
π
πππππ¨π¨π€ : https://www.facebook.com/masjidtuankumuhriz