Taman Jasin Perdana

Taman Jasin Perdana Taman Jasin Perdana merupakan sebuah taman di Jasin. Page ini sebagai satu bentuk informasi dan medan persaudaraan

HARI GOTONG ROYONG TAMAN JASIN PERDANA 2026 (16 mei 2026)Assalamualaikum dan salam sejahtera,Pihak Persatuan Penduduk Ta...
17/05/2026

HARI GOTONG ROYONG TAMAN JASIN PERDANA 2026 (16 mei 2026)

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pihak Persatuan Penduduk Taman Jasin Perdana ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih dan penghargaan kepada seluruh warga Taman Jasin Perdana serta agensi-agensi kerajaan yang terlibat dalam menjayakan Program Gotong-Royong pada 16 Mei 2026 yang lalu.

Ucapan penghargaan khas kepada:

• JPKK Desa Seri Merbau
• PDRM Jasin
• Majlis Perbandaran Jasin (MPJ)

Alhamdulillah, objektif utama program kali ini berjaya dilaksanakan dengan usaha membersihkan serta menebang sekitar 15 hingga 17 pokok besar yang telah membesar sehingga menyebabkan kerosakan dan pecahan longkang penduduk di Jalan 9, Taman Jasin Perdana.

Lebih membanggakan, seramai sekitar 50 hingga 60 orang penduduk hadir memberikan tenaga, masa dan kerjasama sepanjang sesi gotong-royong separuh hari tersebut.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua penduduk yang hadir dan sanggup membantu tanpa berkira walaupun kawasan yang dibersihkan bukan halaman rumah sendiri.

Semangat kebersamaan yang ditunjukkan membuktikan perpaduan, sikap prihatin dan semangat kejiranan masyarakat kita masih kukuh.

Tidak kira kaum dan bangsa, walaupun terpaksa meluangkan masa pada hari cuti, semua hadir dengan satu tujuan iaitu menjaga kebersihan, keselamatan dan keharmonian kawasan perumahan kita bersama.

Ucapan terima kasih juga kepada Wak Jamil di rumah No. 3975, Jalan 9 kerana sudi menyediakan kediaman beliau sebagai operation centre sepanjang program berlangsung.

Penghargaan turut diberikan kepada semua yang menginfaq serta menyumbang makanan dan minuman seperti air mineral, kuih-muih, mee bihun, nasi lemak, air kotak dan pelbagai lagi untuk kemudahan para peserta gotong-royong.

Semoga program anjuran Persatuan Penduduk Taman Jasin Perdana ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang dengan lebih meriah serta mendapat penyertaan yang lebih ramai daripada warga penduduk.

Terima kasih semua atas semangat dan kerjasama yang diberikan.

“Muafakat Membawa Berkat”

Persatuan Penduduk
Taman Jasin Perdana

🔥 Hari ini hari yang ditunggu-tunggu!Jom sama-sama turun padang memeriahkan Hari Gotong-Royong Taman Jasin Perdana 💪🌳Lag...
15/05/2026

🔥 Hari ini hari yang ditunggu-tunggu!

Jom sama-sama turun padang memeriahkan Hari Gotong-Royong Taman Jasin Perdana 💪🌳

Lagi ramai yang hadir, lagi cepat kerja selesai 🤝
Bukan sekadar bersihkan kawasan, tapi kita eratkan silaturahim sesama jiran.

MPJ akan bantu potong pokok-pokok besar yang telah merosakkan longkang rumah penduduk dan kita p**a akan bantu masukkan sisa potongan ke dalam roro.

Jumpa pagi ini di rumah Wak Jamil, Jalan 9 JC3975 😊

Jom kita tunjuk semangat kejiranan terbaik!

08/04/2026

WEH WARGA TAMAN! DAH SAMPAI MASA KITA HIDUPKAN TEMPAT NI 🔥
Serius cakap… rugi kalau tak guna kemudahan yang dah ada depan mata ni 😍
Sekarang taman kita dah ada: ✅ Laluan jogging & brisk walk — cantik, luas, memang syok nak jalan petang-petang
✅ Taman permainan — budak-budak confirm happy!
✅ Gazebo / pondok rehat — port lepak santai dengan jiran
✅ Kawasan hijau — tenang, sesuai healing + family time 🌿
Petang-petang tu jomlah keluar rumah sikit…
Takkan nak tengok phone je kan 😆
Boleh: 👉 Jalan santai dengan family
👉 Jogging kasi peluh sikit
👉 Lepak borak dengan jiran
👉 Bagi anak-anak main puas-puas
💛 Tapi ingat ya… Kemudahan ni untuk kita semua.
👉 Jaga kebersihan
👉 Jangan rosakkan fasiliti
👉 Sama-sama hargai
Kalau bukan kita yang hidupkan taman ni… siapa lagi? 💪
Jom ramai-ramai turun padang!
Kita buat taman ni meriah, sihat & penuh vibe komuniti 🔥🔥



Raya Kan Sebulan! ✨​Taman cantik, baju dah segak, ketupat rendang pun dah sedia! 🥘🍲🤤​Pihak Persatuan Penduduk Taman Jasi...
22/03/2026

Raya Kan Sebulan! ✨

​Taman cantik, baju dah segak, ketupat rendang pun dah sedia! 🥘🍲🤤

​Pihak Persatuan Penduduk Taman Jasin Perdana ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua penduduk tercinta.

Mohon maaf jika ada salah dan silap sepanjang kita berjiran.

​Jom kita jadikan perayaan ini sebagai jambatan untuk kita lebih kenal dan mesra antara satu sama lain.

Jangan lupa jemput jiran sebelah datang beraya ya! 🤝😉


Sumbangan Telah Disampaikan! 🤝​Semalam, wakil penduduk telah menyerahkan sumbangan ikhlas anda semua kepada En. Azmi Bin...
10/03/2026

Sumbangan Telah Disampaikan! 🤝

​Semalam, wakil penduduk telah menyerahkan sumbangan ikhlas anda semua kepada En. Azmi Bin Samsudin di kediamannya.

​Terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh warga Taman Jasin Perdana di atas keperihatinan yang diberikan.

Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban kos rawatan dialisis beliau dalam masa yang terdekat.

​Terus doakan kesembuhan En. Azmi dan kita semua. Amin. 🙏🙏😊

🌙 Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak 🌙Persatuan Penduduk Taman Jasin Perdana mengucapkan selamat menyambut bulan Rama...
18/02/2026

🌙 Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak 🌙

Persatuan Penduduk Taman Jasin Perdana mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan kepada seluruh penduduk taman khususnya dan umat Islam di Malaysia amnya.

Semoga Ramadhan kali ini membawa keberkatan, ketenangan dan menguatkan ukhuwah sesama kita sebagai jiran tetangga. Moga setiap amalan yang dilakukan diterima Allah dan menjadikan kita insan yang lebih sabar, lebih pemurah dan lebih bertakwa.

✨ Motivasi Ramadhan

Ramadhan bukan sekadar menahan lapar dan dahaga.
Ia bulan untuk kita:

• Mendidik hati supaya lebih sabar
• Melatih diri supaya lebih disiplin
• Memperbanyakkan doa dan istighfar
• Menghidupkan malam dengan solat dan Al-Quran
• Memperbaiki hubungan dengan Allah dan sesama manusia

PPTJP
Persatuan Penduduk Taman Jasin Perdana

Selamat Tahun Baru Cina kepada semua penduduk yang meraikan.Ikhlas daripada Persatuan Penduduk Taman Jasin Perdana, semo...
17/02/2026

Selamat Tahun Baru Cina kepada semua penduduk yang meraikan.

Ikhlas daripada Persatuan Penduduk Taman Jasin Perdana, semoga perayaan kali ini membawa kebahagiaan, kesihatan yang baik serta rezeki yang melimpah buat anda dan keluarga.

Gunakan masa cuti ini untuk bersama insan tersayang. Pandu dengan cermat, jaga keselamatan dan sentiasa peka dengan keadaan sekeliling.

Selamat bercuti dan stay safe everyone.

⚠️ *AMARAN KESELAMATAN* ⚠️*KEHADIRAN BABI HUTAN DI KAWASAN TAMAN*📍 Habitat dikenal pasti berhampiran kawasan belakang ta...
08/02/2026

⚠️ *AMARAN KESELAMATAN* ⚠️

*KEHADIRAN BABI HUTAN DI KAWASAN TAMAN*

📍 Habitat dikenal pasti berhampiran kawasan belakang taman.
📍 Beberapa laluan keluar masuk telah dikesan.



❗ RISIKO KEPADA PENDUDUK
• Bahaya kepada kanak-kanak yang bermain di luar rumah
• Risiko serangan jika terserempak babi tunggal
• Potensi kemalangan motosikal & kereta
• Kerosakan landskap dan halaman rumah



🚨 LANGKAH BERJAGA-JAGA

✅ Elakkan berjalan atau berjoging seorang diri pada waktu awal pagi & malam
✅ Pastikan anak-anak tidak bermain berhampiran kawasan semak
✅ Jangan cuba mendekati atau menghalau babi
✅ Tutup tong sampah dengan rapat
✅ Laporkan segera jika ternampak kelibat babi di whatsapp group



📞 Jika berlaku kecemasan:

Hubungi PBT / PERHILITAN

perhilitan hotline
1-300-80-1010
1-800-88-5151
062345610(melaka)

Pengerusi Taman
0132002460

Maklum dalam group whatsaap pptjp



Keselamatan keluarga kita tanggungjawab bersama.
Mohon semua penduduk lebih berwaspada.

ALHAMDULILLAH, JAZLAN TELAH DIJUMPAI! 🤲​Syukur ke hadrat Ilahi, En. Jazlan bin Jamal Abd Nasir yang dilaporkan hilang se...
03/02/2026

ALHAMDULILLAH, JAZLAN TELAH DIJUMPAI! 🤲

​Syukur ke hadrat Ilahi, En. Jazlan bin Jamal Abd Nasir yang dilaporkan hilang sebelum ini telah berjaya ditemui dalam keadaan selamat.

​Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak, ahli keluarga, rakan-rakan, pihak berkuasa, dan seluruh rakyat Malaysia yang membantu menyebarkan maklumat serta mendoakan keselamatan beliau.

​Bantuan anda semua amat kami hargai.
TERIMA KASIH! 😊🙏

*​"Satu tangan yang membantu, lebih bermakna daripada seribu bibir yang berdoa." 🤲*​Jiran kita, En. Azmi Bin Samsudin da...
03/02/2026

*​"Satu tangan yang membantu, lebih bermakna daripada seribu bibir yang berdoa." 🤲*

​Jiran kita, En. Azmi Bin Samsudin dari Jalan 4, Taman Jasin Perdana kini sedang berjuang melalui ujian kesihatan.

Kos rawatan dialisis yang berterusan bukanlah beban yang mudah untuk dipikul sendirian.

​Oleh itu, Persatuan Penduduk Taman Jasin Perdana (PPTJP) dengan rendah hati mengajak tuan-puan untuk menghulurkan sedikit sumbangan ikhlas.

​Setiap RM5, RM10, atau berapa sahaja nilai yang diberikan, sangat besar maknanya buat beliau dan keluarga.

​✅ Sumbangan boleh disalurkan ke:
Bank Islam: 4033 0100 31436
(PPTJP TMN JASIN PERDANA)
Remark : En Azmi

​Atau imbas kod QR pada poster untuk transaksi yang lebih pantas.

​Moga Allah SWT membalas segala budi baik tuan/puan dengan rezeki yang melimpah ruah. Amin.

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi Md Ammar 0192026264



Address

Jasin

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Taman Jasin Perdana posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share