18/08/2025
Program Gotong-Royong Menceriakan Sekolah..
Alhamdulillah, pada 16 Ogos jam 8.00 pagi lalu, telah berlangsung Program Gotong-Royong Mengecat Tembok Pagar Sekolah SRA JAIM Kelubi dengan penuh semangat kebersamaan.
Kehadiran Team Pertubuhan Setia Masyarakat bersama Persatuan Pemuda Kelubi menjadikan kerja-kerja gotong-royong ini selesai dengan jayanya. Semangat ukhuwah, kerjasama, dan kesungguhan jelas terpancar sepanjang program berlangsung.
Semoga dengan suasana baru ini, para guru dan anak-anak di SRA JAIM Kelubi dapat belajar dan beraktiviti dalam keadaan lebih ceria, gembira dan bersemangat. 🌿🎨
Terima kasih kepada semua yang terlibat — inilah tanda kasih dan khidmat masyarakat untuk generasi akan datang. ❤️