Darussyifa' Jasin

Darussyifa' Jasin Pusat Perubatan Islam bertempat di Melaka, Jasin.
- Darussyifa Melaka (Sg rambai, Solok Gaung, Masj

09/01/2026

Pusat Rawatan Darussyifa' Jasin masih dibuka seperti berikut :
Isnin : 8.00 mlm - 10.30 mlm
Khamis : 8.00 mlm - 10.30 mlm

03/06/2025

PRK Darussyifa' Jasin ditutup pada 5/6/25 & 9/6/25. Pusat rawatan akan beroperasi semula pada 12/6/25 (Khamis)
# Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha #

07/04/2025

Assalamualaikum & Salam Aidilfitri. PRK Darussyifa' Jasin akan dibuka semula pada hari Isnin (7/4/2025) jam 8.30 - 10.30 mlm

🔊 *MAKLUMAN WAKTU PENGOPERASIAN PRK JASIN*Assalamu'alaikum.Untuk makluman semua, waktu operasi kami adalah seperti berik...
20/02/2025

🔊 *MAKLUMAN WAKTU PENGOPERASIAN PRK JASIN*

Assalamu'alaikum.
Untuk makluman semua, waktu operasi kami adalah seperti berikut;-

MASA OPERASI
*Setiap hari Isnin & Khamis*
*Jam 8.30 malam - 10.30 Malam*

❌ TIADA TEMUJANJI
❌ TIADA BAYARAN yg dikenakan ke atas setiap rawatan, sekiranya ingin memberi sumbangan, tabung ada disediakan.

Dimulai dengan *SOLAT HAJAT, MAJLIS BACAAN YASIN, ZIKIR & DOA*. Orang ramai dijemput hadir, bagi pemantapan rohani & mental.

*"KESEMBUHAN MILIK ALLAH"*

☎️ Sebarang pertanyaan sila hubungi No tel :
019-687 6705 *Ustaz Azrul*
Wasap.my/+60196876705

Lokasi :
Lot 1213, Mukim Kesang,
Jalan Kemendor,
(Belakang KV Jasin),
Kampung Kelubi, 77000
Jasin, Melaka.
Lokasi : https://maps.app.goo.gl/Cg8MurzPDmJ8HUzh6

WhatsApp Messenger: More than 2 billion people in over 180 countries use WhatsApp to stay in touch with friends and family, anytime and anywhere. WhatsApp is free and offers simple, secure, reliable messaging and calling, available on phones all over the world.

Pengambilan pelajar baru Kumpulan 7 bagi Kursus Perubatan dan Pengubatan Islam Darussyifa' Negeri Melaka telah dibuka. O...
20/02/2025

Pengambilan pelajar baru Kumpulan 7 bagi Kursus Perubatan dan Pengubatan Islam Darussyifa' Negeri Melaka telah dibuka.

Orang ramai yang berminat dipelawa untuk menyertai kursus yang bakal bermula pada Januari 2025.

Sesiapa yang berminat, boleh beri maklumat awal dulu. Maklumat lanjut akan diberikan kemudian. Kami sedang mengumpul calon pelajar yang berminat.

Sila berikan butiran diri melalui link google form berikut :
https://forms.gle/dmoM38i7V49K1PMTA

atau mengimbas kod QR yang tertera pada iklan yang disertakan.. .

Pendaftaran Pengamal PT&K KKMDarussyifa’ menyambut baik pindaan dan pelanjutan tempoh Pendaftaran Pengamal Perubatan Tra...
19/02/2025

Pendaftaran Pengamal PT&K KKM

Darussyifa’ menyambut baik pindaan dan pelanjutan tempoh Pendaftaran Pengamal Perubatan Tradisional dan Komplementari (PT&K) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui kaedah pengalaman Pengamal seperti yang dinyatakan dalam hebahan Peraturan-peraturan Perubatan Tradisional dan Komplementari (PINDAAN) 2024 dan Garis Masa Pelaksanaan Pendaftaran Pengamal Perubatan Tradisional & Komplementari (PT&K) dalam tempoh peralihan yang dilanjutkan (Klik sini :https://hq.moh.gov.my/tcm/ms/index.php/pelanjutan-tempohperalihan)

Dalam satu temubual bersama Timbalan Pengerusi Darussyifa’ iaitu Ust. Abd Rahman Nawas, beliau berkata:

“Kami mengharapkan semua perawat di Malaysia agar sama-sama menceburkan diri dalam bidang rawatan Islam. Bagi yang belum membuat pendaftaran, seharusnya mereka mengambil ujian i-Syifa untuk memudahkan membuat pendafataran. Keperluan ini bukan sahaja untuk merawat pesakit, tetapi juga untuk membenteras amalan-amalan yang bercanggah dengan rawatan Islam”

Usaha oleh PT&K untuk mendaftarkan pengamal pengubatan Islam adalah bertepatan kerana rawatan seperti ini banyak dilakukan di dalam Malaysia. Walaubagaimana pun ianya tidak dapat diketahui dan dapat disahkan apakah rawatan yang dijalankan tersebut bertepatan dengan syariat Islam atau tidak. Ia merangkumi pengetahuan berkaitan Ruqyah, penggunaan Al-Quran, penggunaan bahan-bahan rawatan, dan bagaimana kaedah rawatan dijalankan, sama ada boleh diterima atau tidak.

Oleh yang demikian adalah penting agar perawat-perawat perlu diperakui oleh Jabatan Agama Islam atau Jabatan M***i tiap-tiap negeri atau juga boleh mendapat sokongan daripada Darussyifa’ selaku wakil badan pengamal dalam amalan Pengubatan Islam.

“Bagi perawat-perawat yang menggunakan kaedah Ruqyah Islamiah sebagai kaedah rawatan, apa yang patut dilakukan adalah mendapat perakuan pendaftaran secara rasmi dengan KKM di bawah PT&K di bawah Akta 775,” tambahnya lagi.

Akta 775 merupakan akta di bawah Undang-undang Malaysia untuk penubuhan Majlis PT&K bagi mengawal selia perkhidmatan PT&K di negara ini. Akta ini telah diluluskan di Parlimen Malaysia pada tahun 2016.

Oleh yang demikian Darussyifa’ juga menyeru para pengamal Pengubatan Islam di luar sana untuk mengambil langkah proaktif bagi mendaftarkan diri sebagai Pengamal Berdaftar yang diiktiraf.

Sumber : Web rasmi Darussyifa' Malaysia

Diary : 12/2/2025 (Rabu)MESYUARAT PRK JASIN(IJTIMA' DARUSSYIFA')Tarikh: 12 Feb 2025 (Rabu)Tempat: PRK JasinMasa: 8.30 ml...
19/02/2025

Diary : 12/2/2025 (Rabu)

MESYUARAT PRK JASIN
(IJTIMA' DARUSSYIFA')

Tarikh: 12 Feb 2025 (Rabu)
Tempat: PRK Jasin
Masa: 8.30 mlm (Isyak berjemaah)
Sasaran: Semua ahli Darussyifa Jasin dijemput hadir

Kudapan disediakan, jika ada yang ingin bawa juadah ringan dialu-alukan.

Agenda:

1. Ucapan Aluan.
2. Laporan aktiviti 2024.
3. Laporan kewangan.
4. Pemilihan AJK PRK Jasin Sesi 2025-2026.
5. Perancangan 2025.
6. Maklumat perawat PRK Jasin.
7. Hal-hal lain.


Address

Jasin

Opening Hours

Monday 20:30 - 22:30
Thursday 20:30 - 22:30

Telephone

+60104373706

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Darussyifa' Jasin posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share