Geng Mat Kilau Ayer Barok

Geng Mat Kilau Ayer Barok Ukwah
Semangat Kerja Berpasukan
Beramal Hingga Akhir Hayat

Aktiviti hari ini.
22/05/2026

Aktiviti hari ini.

17/05/2026

Hari ini Geng Mat Kilau telah menjalankan kerja-kerja pembersihan dan pengemasan kawasan sebagai persediaan majlis perka...
17/05/2026

Hari ini Geng Mat Kilau telah menjalankan kerja-kerja pembersihan dan pengemasan kawasan sebagai persediaan majlis perkahwinan anak Kak Long Fariza & Abg Zahar (Lipan Bara) yang akan berlangsung minggu hadapan.
Pihak Geng Mat Kilau ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua sahabat-sahabat yang hadir membantu dan memberikan kerjasama sepanjang gotong-royong dijalankan. Semangat dan muafakat yang ditunjukkan amat dihargai. 🤝
Semoga segala jasa baik dan bantuan yang diberikan dibalas dengan keberkatan serta dipermudahkan segala urusan.


21/04/2026

Dengan penuh rasa dukacita dan sedih, kami dari Geng Mat Kilau Ayer Barok merakamkan ucapan takziah atas pemergian insan yang sangat kami hormati, Allahyarham Tok Lan .
Kehilangan beliau amat terasa seorang yang baik, peramah, dan sentiasa bersama dalam susah dan senang. Jasa dan kenangan bersama arwah akan sentiasa terpahat dalam ingatan kami semua.

Al-Fatihah.

Dengan penuh rasa dukacita dan sedih, kami dari Geng Mat Kilau Ayer Barok merakamkan ucapan takziah atas pemergian insan...
21/04/2026

Dengan penuh rasa dukacita dan sedih, kami dari Geng Mat Kilau Ayer Barok merakamkan ucapan takziah atas pemergian insan yang sangat kami hormati, Allahyarham Tok Lan .
Kehilangan beliau amat terasa seorang yang baik, peramah, dan sentiasa bersama dalam susah dan senang. Jasa dan kenangan bersama arwah akan sentiasa terpahat dalam ingatan kami semua.

Al-Fatihah.

Jasa mu di kenang
Pergi mu tiada ganti
Lena lah dengan tenang
Ke pangkuan yang abadi.

Hari ini berlangsungnya penyediaan Bubur Lambuk di Masjid Lama Ayer Barok.Alhamdulillah,  sahabat yang hadir turun padan...
14/03/2026

Hari ini berlangsungnya penyediaan Bubur Lambuk di Masjid Lama Ayer Barok.
Alhamdulillah, sahabat yang hadir turun padang membantu dalam kerja-kerja persiapan. Semangat gotong-royong yang ditunjukkan amat membanggakan dan mencerminkan kuatnya ukhwah dalam kalangan kita.
Esok merupakan hari terakhir penyediaan, semoga lebih ramai lagi yang dapat hadir bersama-sama memeriahkan program ini.
Terima kasih kepada geng-geng yang datang membantu tadi. Tanpa kerjasama dan semangat kalian, program ini tidak akan berjalan dengan lancar. Semoga setiap usaha dan keringat yang dicurahkan menjadi amal kebajikan yang diberkati.



📢 JEMPUTAN MAJLIS KENDURI SEKAMPUNGAssalamualaikum W.B.T & Salam Sejahtera warga kariah sekalian 🤲Dengan penuh takzim da...
10/02/2026

📢 JEMPUTAN MAJLIS KENDURI SEKAMPUNG
Assalamualaikum W.B.T & Salam Sejahtera warga kariah sekalian 🤲
Dengan penuh takzim dan hormatnya, pihak Jawatankuasa Masjid Lama Kg Ayer Barok menjemput seluruh warga kariah serta ahli Geng Mat Kilau untuk hadir memeriahkan:
🌾 Majlis Kenduri Sekampung
🕌 Anjuran: Jawatankuasa Masjid Lama Kg Ayer Barok
📅 Khamis | 12/2/2026
⏰ 7.00 malam
📍 Masjid Lama Kg Ayer Barok
Marilah kita sama-sama hadir mengeratkan silaturahim, memupuk ukhuwah dan menyemarakkan semangat kebersamaan dalam komuniti kita.
Kehadiran tuan/puan amatlah dialu-alukan.
Datang beramai-ramai, ajak keluarga sekali ❤️



Pergerakan jemaah Umrah Kariah Ayer Barok, Jasin ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor telah berlangsung pada 6 ...
05/01/2026

Pergerakan jemaah Umrah Kariah Ayer Barok, Jasin ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor telah berlangsung pada 6 Januari 2026 jam 2.00 pagi.
Jemaah telah berkumpul di Masjid Lama Ayer Barok sebelum bertolak ke destinasi.
Semoga Allah SWT mengurniakan perjalanan yang selamat, mempermudahkan segala urusan para jemaah, serta menerima segala amalan ibadah umrah yang dilaksanakan. Didoakan agar para jemaah dikurniakan kesihatan yang baik dan pulang ke tanah air dengan memperoleh umrah yang mabrur.
Aamiin Ya Rabbal ‘Alamin.

Geng Mat Kilau Ayer Barok
Kampung Ayer Barok
Suri Prihatin Ayer Barok

Alhamdulillah dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua yang telah hadir dan membantu mengemas, membasuh lantai ser...
01/01/2026

Alhamdulillah dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua yang telah hadir dan membantu mengemas, membasuh lantai serta membersihkan persekitaran Masjid Lama Ayer Barok untuk kenduri malam ini.
Kesudian tuan-tuan meluangkan masa serta tenaga amat kami hargai. Semoga segala usaha dan amal kebajikan ini diberkati dan dibalas dengan pahala berlipat ganda oleh Allah SWT.
Terima kasih atas semangat kerjasama dan kebersamaan yang ditunjukkan.
Moga ukhuwah terus terjalin dan Masjid Lama Ayer Barok sentiasa terpelihara.

Menyiapkan kerja membuat tapak besi bagi menutup kolah lama di Masjid Lama Ayer Barok.Alhamdulillah, sedikit usaha, besa...
29/12/2025

Menyiapkan kerja membuat tapak besi bagi menutup kolah lama di Masjid Lama Ayer Barok.
Alhamdulillah, sedikit usaha, besar manfaat untuk jemaah.
Terima kasih kepada semua yang terlibat, semoga jadi amal jariah berpanjangan 🤲

Satu aktiviti gotong-royong membaiki bumbung pantry telah berjaya dilaksanakan oleh Geng Mat Kilau bermula jam 9.00 pagi...
20/12/2025

Satu aktiviti gotong-royong membaiki bumbung pantry telah berjaya dilaksanakan oleh Geng Mat Kilau bermula jam 9.00 pagi.
Alhamdulillah, kerja-kerja pembaikan dapat diselesaikan dengan baik hasil kerjasama dan semangat muafakat semua yang terlibat.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua ahli yang telah meluangkan masa dan tenaga.
Semoga usaha ini menjadi amal kebaikan dan memberi manfaat bersama. 🙏

Address

Kampung Air Barok
Jasin
77000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Geng Mat Kilau Ayer Barok posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share