10/08/2026
🦟 GOTONG-ROYONG MENCEGAH DENGGI BERSAMA PEJABAT KESIHATAN JASIN 🧹
Pada : 10 Ogos 2026
Tempat : KRT TAMAN MAJU JASIN
Alhamdulillah, telah berlangsung Program Gotong-Royong Mencegah Denggi bersama Pejabat Kesihatan Daerah Jasin di sekitar kawasan KRT Taman Maju.
Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan menjaga kebersihan persekitaran serta menghapuskan tempat-tempat yang berpotensi menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Inspektor Kesihatan Jasin atas kerjasama, khidmat nasihat dan komitmen dalam menjayakan usaha membanteras wabak denggi.
Terima kasih juga kepada semua ahli KRT dan penduduk Taman Maju yang turut bersama-sama menjayakan aktiviti gotong-royong ini.
“Jom Cegah Denggi, Pastikan Tiada Aedes Membiak!” 🦟🚫
Malaysia Madani
Kementerian Perpaduan Negara
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional
Perpaduan Melaka
Jentera Perpaduan Jasin