Persatuan India Muslim Perak - PRIM

Persatuan India Muslim Perak - PRIM NGO. Best Persatuan in Malaysia. any One can joint together for helping people.

15/03/2026

Program Sumbangan Hari Raya PRIM 2026 telah berjaya dilaksanakan hari ini di Masjid Muhammadiah Tasek dengan pengagihan 130 bakul makanan kepada golongan Asnaf, OKU dan Muallaf.

Majlis telah dirasmikan oleh Dato’ Haji Azizul K**a (Dewan Perniagaan Melayu Malaysia) dan turut dihadiri oleh Datuk Dr. Fadli Cheah, Pengerusi Masjid Cina Tasek.

Program ini dianjurkan oleh Persatuan India Muslim Perak (PRIM) bagi membantu golongan yang memerlukan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Semoga sumbangan ini dapat meringankan beban serta membawa kegembiraan kepada para penerima. 🀝✨

09/03/2026

Program Sumbangan Barang Dapur kepada 100 penerima yang terdiri daripada Asnaf, OKU, ibu tunggal dan saudara baru telah berlangsung dengan jayanya di Masjid Muhammadiah Tasek hari ini.

Program ini dianjurkan oleh Persatuan India Muslim Perak (PRIM) dengan sumbangan daripada Majlis Ukhuwah India Muslim Nasional (MUKMIM).

Majlis telah dirasmikan oleh Pengerusi Masjid Muhammadiah, Dato Fadly Cheah.

Ribuan terima kasih juga kepada Dato Wira Sahul (MUKMIM) atas sumbangan barang dapur kepada golongan yang memerlukan.

Semoga usaha murni ini membawa keberkatan dan memberi manfaat kepada masyarakat serta mengeratkan lagi semangat kebersamaan dalam komuniti. 🀲✨

05/03/2026

✨ Alhamdulillah, Program Pengagihan Nasi Briyani PRIM 2026 telah berlangsung dengan jayanya!

Sebanyak 7,000 bungkusan Nasi Briyani berjaya diagihkan kepada warga kota Ipoh, Perak di Masjid Idris Shah II (Masjid Negeri Perak). Orang ramai mula beratur seawal jam 3 petang, dan pengagihan selesai sekitar 5.30 petang.

Terima kasih kepada semua penyumbang dan sukarelawan yang bersama-sama berkongsi rezeki di bulan Ramadan yang mulia ini. Semoga setiap sumbangan ini mendapat ganjaran dan keberkatan daripada Allah SWT. 🀲

πŸ’– Semoga kita dapat terus menyantuni masyarakat dengan lebih banyak program kebajikan pada masa akan datang.

πŸ“’ Nantikan lagi program kebajikan PRIM selepas ini!

09/12/2025

Mohon Sumbangan Ikhlas – Renovasi Dewan Komuniti PRIM

Kami daripada Persatuan India Muslim Perak (PRIM) dengan rendah hati merayu sumbangan ikhlas bagi kerja-kerja renovasi dewan komuniti untuk kegunaan masyarakat, aktiviti pendidikan dan kebajikan.

Setiap sumbangan anda adalah amal jariah yang berpanjangan dan sangat bermakna buat kami.

Butiran Sumbangan:
Bank: Bank Islam
No. Akaun: 08013010082071
Nama Akaun: Persatuan India Muslim Perak (PRIM)

Semoga Allah membalas segala kebaikan dan keikhlasan tuan/puan.
Terima kasih atas sokongan anda.

23/03/2025

πŸŽ‰ Program Bantuan Hari Raya 2025
πŸ“… Tarikh: Ahad, 23 Mac 2025
πŸ“ Lokasi: Dewan Masjid Muhammadiah (Masjid Cina Muslim Tasek)
πŸ“Œ Anjuran: Persatuan India Muslim Perak (PRIM)

Kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan & terima kasih kepada semua yang hadir.
Kehadiran anda amat kami hargai dan telah memberkati lagi majlis ini.
Ameen. 🀲

Address

Ipoh
31400

Telephone

+60195241786

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan India Muslim Perak - PRIM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Persatuan India Muslim Perak - PRIM:

Share

AGM 10 PERSATUAN INDIA MUSLIM PERAK (PRIM)

PRIM DITUBUHKAN PADA TAHUN 2008