Iqbal Jamal Jamaludin

Iqbal Jamal Jamaludin Ipoh Perak

16/03/2026

KJ Kembali kepada UMNO.

Syukur Alhamdulillah. Itulah ungkapan ramai Ahli Parti & Penyokong Parti UMNO.

UMNO Parti Muhasabah. Menerima hakikat UMNO perlu berubah dan berlapang dada.

Sombong bukan sifat yang dipilih oleh UMNO tetapi Muhasabah.

Atas keinsafan itu, Ramai pimpinan terdahulu juga tidak berat hati untuk datang kembali ke rumah ini.

Terdahulu Kadir Shaikh Fadzir, Sekarang Khairy Jamaluddin, InshaAllah akan datang Hishamuddin Hussein Onn & ramai lagi.

Ada yang perlekeh Kadir Shaikh Fadzir, itulah sifat sombong manusia, memandang rendah orang lain daripada mereka yang merasa diri hebat.

Rumah Bangsa ini bukan membuka ruang hanya kepada figura yang sudah punya nama besar semata-mata.

Rumah Bangsa ini terbuka kepada bekas Ahli cawangan biasa juga terbuka luas untuk kembali kepada Parti UMNO ini. Walau tiada nama, namun setiap insan yang kembali adalah merupakan kekuatan kita bersama.

Jika UMNO dulu dianggap banyak kesilapannya, kita ingat kembali bahawa Syurga itu juga adalah tempat Pendosa yang bertaubat.

UMNO berusaha perbaiki segala kesilapan lalu & pandang jauh kehadapan. InshaAllah sekaligus menjadikan UMNO sebuah parti paling Stabil, Berpengalaman, Muhasabah & Harmoni ketika ini untuk kesejahteraan Rakyat.

Iqbal Jamal Jamaludin

Pilihanraya PBT, wajar atau tidak?1. Pilihanraya PBT menurut saya tak wajar dilaksanakan. Noktah.2. Akan berlaku lebih b...
13/02/2026

Pilihanraya PBT, wajar atau tidak?

1. Pilihanraya PBT menurut saya tak wajar dilaksanakan. Noktah.

2. Akan berlaku lebih besar perpecahan dalam masyarakat setempat. Ianya akan menyumbang kepada kehidupan yang tidak sihat antara kaum/masyarakat. Tidak stabil. Itu risiko besar untuk kita semua. Kerana kita semua tahu penduduk di bandar dikuasai satu kaum, Cina.

3. Pihak-pihak berkepentingan seperti developer, pemilik pusat² judi, atau seangkatannya akan bias kepada calon-calon yang bertanding di dalam pilihanraya pbt. Mungkin akan menjadi ‘funder’ kepada ‘kuda’ mereka yang bertanding untuk kesenangan masa hadapan. Sekali lagi akan timbul diskriminasi tanpa sedar dan boleh aniaya sesetengah pihak.

4. Risiko Polarisasi yang akan timbul amat ketara. Perlu ada proses asimilasi terlebih dahulu untuk mengecilkan jurang perkauman yang boleh menyumbang kepada keharmonian, Malaysia belum bersedia untuk itu. Ini fakta.

5. Ini bukan soal cuba cuba. Berapa banyak kali pengalaman yang kita cuba cuba untuk bagi peluang untuk tukar kepimpinan, tetapi banyak cuba cuba itu akhirnya guna semula idea pentadbiran sebelumnya contoh seperti pemberian STR, ECRL & malu-malu nak mulakan cukai sistem GST. PTPTN masih tak percuma. Sebab tu kita kena realistik, bukan cuba cuba.

6. Perkara ini akan memberi kesan kepada hubungan Kerajaan Persekutuan-Negeri-Tempatan. Timbul masalah jika ketiga tiga ini tidak sehaluan. Maka keseimbangan amat diperlukan.

7. Saya hanya cakap benar untuk urustadbir berdasarkan hujah, bukan politik benci atas dasar kepentingan kuasa semata.

8. Saya tulis ni dalam perjalanan nak ambil anak saya di Putrajaya cuti sekolah panjang ditemani oleh sahabat baik saya, Malai Karuppan.

Salam Jumaat semua.

Iqbal Jamal Jamaludin

Inisiatif Perak Sejahtera 2030 : Lensa Kerajaan VS Lensa Rakyat.1. Baru-baru ini ‘State Leadership Retreat’ telah selesa...
10/02/2026

Inisiatif Perak Sejahtera 2030 : Lensa Kerajaan VS Lensa Rakyat.

1. Baru-baru ini ‘State Leadership Retreat’ telah selesai dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Perak Pimpinan YAB Dato’ Seri Saarani Mohamad.

2. Semua Top Leadership Negeri Perak terlibat, sama ada daripada agensi Kerajaan Negeri mahupun Kerajaan Persekutuan kecuali badan beruniform.

3. Tujuan retreat ini untuk memperkemaskan lagi gerak kerja Kerajaan Negeri untuk rakyat merasai segala inisiatif Perak Sejahtera 2030.

4. Antara dapatan yang dapat disimpulkan adalah, adakah segala inisiatif ini dirasai oleh rakyat, atau hanya laporan cantik di atas kertas sahaja.

5. Dalam tempoh masuk 4 tahun pelaksanaan Perak Sejahtera 2030 ini, sudah tentu fasa pertama dalam tempoh 2 tahun pertama adalah untuk mewujudkan kesedaran rakyat terhadap keberadaan perancangan pelan dasar Negeri ini dengan inisiatif² yang dilaksanakan.

6. Kini masuk tahun ke 4, pelbagai kejayaan dapat ditunjukkan melalui data yang dikeluarkan seperti, kenaikan peratus kdnk negeri, peratusan pengangguran berkurang, bajet negeri meningkat, kutipan hasil meningkat, pelaburan negeri meningkat, kadar jenayah menurun (separuh tahun 2024 dari tahun sebelumnya), kadar miskin tegar dinoktahkan, peluang pekerjaan meningkat, peluang perniagaan meluas, bantuan pendidikan meningkat, Tanah Rizab Melayu meningkat, Syiar Islam di perkukuh dan pelbagai lagi inisiatif oleh Kerajaan Negeri untuk kesejahteraan rakyat.

7. Antara persoalan disebalik bantuan² Kerajaan Negeri yang boleh dianggap cemerlang ini, adakah rakyat keseluruhan ‘merasainya’? Kerana rakyat tak percaya apa mereka ‘baca’, tetapi apa mereka ‘rasa’. Ini lah antara kesimpulan yang dibangkitkan oleh YAB Menteri Besar semasa penggulungan SLR 2026.

8. Dari lensa kerajaan, mereka merasakan Kerajaan telah buat yang sebaiknya, tetapi dari lensa rakyat (tak semua, kepada yang merasakan tidak menerima manfaat terus), seolah macam kerajaan tak buat apa-apa. Tetapi data laporan menunjukkan prestasi positif Kerajaan Negeri.

9. Mengetahui keadaan ini, ini lah antara perkara yang rakyat perlu tahu, bahawasanya Kerajaan Pimpinan YAB Dato’ Seri Saarani Mohamad sentiasa mencari ruang untuk menambahbaik dan mengetahui keadaan sebenar corak kehidupan rakyat dibawah. Sekaligus mencari solusi keatas perkara² ini hari ini dan di masa akan datang.

10. InshaAllah, tahun ini dan mendatang, Pimpinan YAB Menteri Besar Perak hari ini, akan terus bekerja demi Rakyat atas dasar Taqwa & Amanah Allah untuk kesejahteraan rakyat keseluruhannya.

Kerajaan ini adalah Kerajaan yang bekerja untuk rakyat, tidak sempurna namun sentiasa buat yang terbaik dengan setiap ikhtiar dan perancangan di dalam Pelan Perak Sejahtera 2030.

Realistik bukan retorik.

Iqbal Jamal Jamaludin

Address

Puncak Meru
Ipoh
30020

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Iqbal Jamal Jamaludin posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Iqbal Jamal Jamaludin:

Share