17/02/2026
Selamat Menyambut Ramadhan al-Karim 1447H / 2026M
Khusus buat seluruh warga Gugusan Manjoi, semoga Ramadhan ini menjadi bulan keinsafan, peluang memperbanyakkan ibadah, serta saat mustajab doa untuk memohon keampunan, rahmat dan keberkatan daripada Allah SWT.
Seperti firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah, ayat 183:
"Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu, agar kamu bertakwa."
Dan dalam Surah Al-Baqarah, ayat 186:
"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepada-Kuβ¦"
Ikhlas daripada:
Kelab Kebajikan Komuniti Gugusan Manjoi Ipoh
Biro Agama & Dakwah KAMI