17/06/2026
Dapatkan Buku Bergambar Khas Masjid Panglima Kinta
Terbitan Perak Academy, buku eksklusif ini menghimpunkan 100 keping gambar menarik hasil lensa Abas bin Hassan bersama rakan-rakan fotografinya yang merakam keindahan seni bina, sejarah dan keistimewaan Masjid Panglima Kinta, salah satu ikon warisan Islam di Ipoh.
Harga: RM80 senaskhah
Setiap pembelian buku akan disalurkan kepada Tabung Persatuan Masjid Panglima Kinta bagi menyokong aktiviti dan pembangunan masjid.
Untuk tempahan dan pertanyaan:
En. Nazrin – 017-592 1816
Miliki naskhah istimewa ini dan sama-sama menyumbang kepada pemeliharaan warisan serta pembangunan Masjid Panglima Kinta.