09/12/2023
PIHAK BERKUASA PALESTIN MENAWARKAN KHIDMATNYA
Sejak hari pertama perang, Pihak Berkuasa Palestin (FATAH) telah cuba menampilkan dirinya sebagai alternatif bagi menggantikan Hamas dalam memerintah Semenanjung Gaza. Berita telahpun tersebar tentang peranan Britain dalam membantu Fatah untuk ambil alih pemerintahan ini, dan orang-orang Fatah bersaing untuk mendapatkan posisi di bahagian keselamatan.
Israel tidak berhasrat untuk menggunakan badan keselamatan perantara, dan mahu menyelesaikan perkara itu sendiri. Amerika, dan di belakang mereka Eropah, mahu pihak berkuasa berperanan sebagai penamat yang tuntas kepada perang ini.
Walau apa pun yang dirancang, ini mendedahkan kepada kita tentang identiti sebenar Fatah (yang disebut oleh media barat sebagai pihak berautoriti), yang bersekongkol dengan pihak musuh yang menyembelih rakyatnya sendiri.
Sekali lagi, kita mesti memberi perhatian kepada fakta bahawa perang psikologi yang dimainkan oleh sebahagian media yang bercakap tentang peranan yang kononnya signifikan telah diambil oleh Fatah dalam perang kali ini, hanya membuktikan bahawa apa yang dibincangkan oleh mereka cuma berkenaan "Pasca-Hamas" dan perincian teknikal bagaimana untuk menggantikan Hamas setelah perang.
Sumber: Metras