19/04/2026
MAJLIS RUMAH TERBUKA AIDILFITRI & PELANCARAN BUKU
Majlis Rumah Terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri serta Pelancaran Buku berjudul “Masjid Panglima Kinta” telah berlangsung dengan jayanya pada 11 April 2026 (Sabtu) bertempat di pekarangan Masjid Panglima Kinta, Ipoh, Perak.
Majlis ini telah disempurnakan oleh Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan, Raja Jaafar ibni Almarhum Raja Muda Musa.
Program ini merupakan anjuran bersama:
* Persatuan Kebajikan Rakan Masjid Kinta Perak
* Perak Academy
* Masjid Panglima Kinta
Dengan sokongan penajaan daripada Yayasan Hasanah.
Selain mengeratkan silaturrahim sempena Aidilfitri, majlis ini turut diadakan bagi meraikan anak-anak yatim, warga emas serta golongan asnaf, sebagai tanda keprihatinan dan usaha menyantuni masyarakat yang memerlukan.
Majlis turut diserikan dengan persembahan silat dan gendang oleh Persatuan Panca Indera Seni Silat Lintau Malaysia di bawah pimpinan Tok Ayah Paduka Khalifah Zainudin bin Tah, yang menampilkan warisan seni bela diri tradisional Melayu sebagai pengisian budaya yang penuh beridentiti dan berjiwa bangsa.
Majlis ini juga menjadi platform penting dalam memperkenalkan penerbitan buku yang mengangkat sejarah dan peranan Masjid Panglima Kinta sebagai institusi penting dalam pembangunan masyarakat setempat.